7/9/11

Laporan Ke Karnival 2 (Serius)

Song Played : Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza

Sebelum ini saya sudah menulis laporan, namun itu sekadar draf. Jika saya tidak dapat ke karnival itu sekurang-kurangnya ada sedikit isi untuk dikarang. Namun, hari ini saya berpeluang ke karnival yang ditugaskan jadi saya menulis laporan ini sekali lagi. **Namun, kemungkinan untuk laporan ini beremosi wujud, kerana banyak perkara yang saya lakukan hari ini tidak menjadi. Ohh, lagi satu perkara saya masih mahu ke Urbanscapes. Sila tolong.

_____________________________________

LAPORAN PERASAAN KE KARNIVAL

9 Julai 2011 - Karnival yang diadakan merupakan satu usahasama yang baik. Keadaan sewaktu saya berada di sana sedikit lengang. Saya rasa faktor yang mempengaruhi adalah tempat karnival diadakan kerana pengunjung perlu menaiki tangga yang agak tinggi. Saya tidak pasti jika ramai tahu jalan untuk membawa kereta ke bahagian atas tetapi jika boleh pun, bagaimana ? Hal ini demikian kerana, ada khemah-khemah jualan. Mengenai lif pula, saya difahamkan lif akan di-blok untuk memastikan kelancaran malam gala yang akan dilansungkan malam ini. Salah satu faktor, karnival ini lengang mungkin juga kerana beberapa acara yang berlaku di sekitar seperti Gig TV9 dan juga acara perhimpunan di Kuala Lumpur. Malah beberapa kawan saya juga tidak berani keluar rumah. Apa yang saya harapkan adalah agar bumi ini terus aman.

Seterusnya, mengenai rumah hantu. Berlakunya perubahan yang baik kerana rumah hantu sudah mula dibuka setiap masa. Walaupun tidak berpeluang memasuki rumah hantu itu, saya gembira mendengar ada Hantu Kak Limah di dalamnya. Hal ini demikian kerana, berdasarkan populariti yang dia ada Kak Limah wajar berada di situ. Penjual tiketnya juga ramah kepada saya. Mungkin juga kerana kami sebenarnya kenal. Dia bersungguh-sungguh menjual tiket kepada saya walaupun saya berkali-kali mengatakan tidak kerana memakai baju kurung (saya baru pulang dari kenduri) dan tiada geng. Di akhirnya, dia masih tidak berputus asa dan menyerahkan poster rumah hantu agar saya dapat membuat keputusan yang tepat untuk memasuki rumah hantu itu atau pun tidak.

Selain itu, mengenai malam gala. Nampaknya saya tidak berjaya keluar dari zon selesa. Saya yang sebelum ini tidak pernah ke malam gala, kekal, dengan tidak ke malam gala. Sebenarnya, saya sudah berdiri di hadapan kaunter jualan tiket. Sesekali terlihat kelibat rakan-rakan yang dapat masuk dengan percuma kerana mempunyai pas istimewa. Fikiran saya memang kusut dari pagi tadi, akhirnya, saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Salah satu faktor mempengaruhi saya adalah apabila ayah saya bertanya “Haa, nanti tahu ke balik nanti nak tunggu bas kat mana ?” Sejurus itu, saya beredar dari kaunter.

Kesimpulannya, karnival seperti ini perlu diteruskan. Cuma mungkin di tempat dan tarikh berbeza. Cara perlaksanaan boleh diperbaiki. Dan diharapkan agar lain kali, supaya kelas saya dapat turut serta untuk membantu di dalam acara seperti ini agar dapat merasa masuk ke majlis dengan pas istimewa, wah ! Apa pun, saya boleh tersenyum apabila ternampak Ayam Juvana di karnival tadi. Mahu juga saya menegur “Ehh, Botak mana ? Saya pernah juga minat dia.” Tapi seperti biasa saya memang tak berani tegur orang secara rambang.

Disediakan oleh,

Aimi Amira

( AIMI AMIRA )

Pelajar,

Jabatan Penulisan

Sekolah Filem.

Oh, laporan dari Kuala Lumpur :

Driving around KL after the fact. Practically empty. What a beautiful city we actually have. - 7.38 PM

4 comments:

Iki Ali said...

apa maksud dia 'after the fact' ek? hmm...

Liyana Aziz said...

wow! dah siap review untuk Kak Jumi... after all karnival tidak berjalan dengan baik, tiada langsung pengangkutan yang dapat beri jaminan kita akan balik dengan selesa... pffffttttt <---- aimi...

oh, lecterur mesej??? weehuuuu

Kupi Sajuk said...

ceh aimi dah siap laporan. aku pun nak start mengarang lah.

Aimi Rosli said...

@ iki : you knowwwwwwww, the perhimpunan.

@ yana : kena tambah rumah hantu & malam gala.

ehh, weeehhuuuu kenapa ? bukan cancel kelas (evil)

@ casey : ah ha !