10/24/11

Review 'Libas'

Song Played : Belajar - Wani Ardy



Tak tahu demam apa tiba-tiba nak tulis review (panjang pula tu).

Lain betul wajah Scha Al-Yahya pada poster Libas. Ohh, Johan pun masih kurus lagi ketika ini. Melihat posternya, pelakon-pelakon filem ini hampir semuanya sudah ada tempat dan nama dalam industri. Harus diakui permulaan filem Libas ini menarik perhatian. Malah jalan ceritanya yang ingin dipaparkan juga menarik. Sayangnya, 3 minit pertama yang menarik tadi, tidak berjaya dipertahankan ke akhirnya. Pace cerita ini tidak lembab tetapi ianya melemaskan. Kalau dapat digambarkan perasaan menonton filem ini, ianya sama seperti beratur panjang ketika membeli barang di kedai. Kita berjalan sedikit dan terhenti, jalan sedikit ke hadapan dan berhenti sehinggalah tiba giliran kita. Di dalam filem ini kita menantikan bila ianya akan berakhir. Bergenre aksi komikal, jadi, tidak perlu diperdebatkan logik dan tidak logiknya, namun begitu, membuat penonton percaya apa yang diceritakan adalah penting. Di sini wujud kekeliruan, saktinya permainan libas ini terletak pada pemainnya atau bolanya. Kadang terlihat tendangan pemain yang berbisa, di babak yang lain seperti bola yang punya kuasa. Pada babak akhir, bola pusaka (memilikinya adalah menjaga maruah negara) itu yang mempunyai kuasa. Walaupun menonton filem sebegini, kita sudah tahu di akhirnya hero itu pasti menang, kita tentu mahu tahu apa punca kemenangannya (agar dapat mengikut rentak cerita). Jadi, kekeliruan kuasa sebenar permainan libas amat mengganggu. Wujud juga persoalan, mengapa pasukan Jepun di-highlight di dalam filem ini sebanyak 2 kali. Seperti tidak ada kepentingannya. Seterusnya, berkaitan Pasukan Thailand yang bercakap Melayu dengan lenggok Siam ini amat memeningkan kepala. Sukar untuk memahami apa yang diperkatakan mereka pada babak awal. Mujur visual yang ditunjukkan membantu penonton memahami pergerakan cerita (mujur, babak-babak seterusnya percakapan mereka makin jelas). Kehadiran watak seorang lelaki di dalam pasukan Thailand yang kelihatan seperti gay (tidak pasti), yang sering menyebut ‘Curang curang’ itu, tidak membantu filem ini kelihatan menarik. Di sini motif kewujudan watak tersebut perlu dipersoal. Lucunya filem ini, bila perkataan maruah disebut berulang kali sehingga ada satu babak Madi (Johan Raja Lawak) sendiri berkata ‘Abang, ni dari tadi maruah … maruah … maruah.’ Penonton sudah faham mengenai kepentingan maruah itu, tetapi inner dan outer motivation watak-watak itu perlu bermain libas dengan bersungguh-sungguh melainkan dipaksa Adnan Saladdin (Rosyam Nor) dan mempertahankan maruah seperti yang diulang-ulang. Ia boleh jadi lebih dari itu, percayalah. Elemen komedi di dalam filem ini kelihatan seperti tidak menjadi. Yang pertama, sudah dinyatakan tadi, jika Pasukan Thailand yang bercakap Melayu dengan lenggok Siam itu cuba dijadikan elemen komedi ianya tidak kelakar. Yang kedua, perbualan Madi, Kumok dan Adnan Saladdin di bilik sebelum perlawanan. Di mana mereka bercakap mengenai Kumok yang sebenarnya Cina Muallaf dan tidak pernah tinggal solat. Ada kelakarnya di sini. Malah dialognya juga ada mesej dan menyindir sikap manusia yang sering mengabaikan solat. Sepatutnya berhenti sahaja di situ. Tidak perlu diperpanjangkan kepada mandi junub dan sebagainya. tidak jelas kepentingannya kepada penonton. Filem ini di-klasifikasikan sebagai U, semua lapisan masyarakat boleh menontonnya termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang innocent tidak tahu apa-apa mengenai mandi junub (contohnya saya tidak tahu mandi junub itu apa sehinggalah saya sekolah menengah atas). Bukan soal, keterbukaan atau apa tetapi lawak itu takkan menjadi kepada kanak-kanak. Abaikan soal CGI atau sebarang editing yang tidak meyakinkan anda. Semua orang perlukan ruang untuk belajar. Lagipun, sampai bila mahu harapkan orang luar. Usaha percubaan untuk membuat filem berelemen sukan ini perlulah dipuji kerana sekurang-kurangnya ia bukan filem seram (haha, selalu sahaja biased mengenai hal ini). Tambahan pula, selepas membaca artikel ‘filem sukan gagal di pawagam’dalam BPop (tak jumpa link) rasanya, usaha menulis, mengarah dan menerbitkan filem ini perlu disokong (saya suka gol & gincu !). Harap lain kali tidak kucar-kacir lagi.



Namun begitu, dicadangkan agar kamu semua menontonnya sendiri dan tidak perlu mengambil review ini secara keseluruhannya. Mungkin kita boleh berbicara percanggahan pendapat kita di kedai teh nanti (:

3 comments:

YNA said...

tak berminat nak tgk cita macam nie :(

Amie. said...

tak berminat nak tengok jugak. tapi gol & gincu saya minat eventhough ianya idea ciplak sedikit sebanyak dari filem2 barat sedia ada :)

Orang Kita said...

Dah bc riview kamu tentang libas. Dan say jugak dah tngok cita ni. If normal penonton cam sy ni mgkin just rasa sstu yg seronok n cita tu lain sikit.. Tpi bila pas bce entry td, sy mula bfkir.. "Ak ah lah".. :)"betul lah".. Tpi papepun.. Stu entry yg menarik..