12/18/11

atmosfera temuduga

song played : seberapa pantas - sheila on 7

sidang hadirinnya berpakaian kemas dan sopan lebih dari biasa. membawa fail, sijil-sijil, portfolio dan segala yang diminta. segala kehendak acara cuba dipenuhi. ada yang menggigil, ada yang menggosok-gosok tapak tangan. seorang tersenyum, seorang lagi bermuka kosong. kedengaran juga tarikan nafas yang dalam, batuk-batuk kecil, sesekali nafas panjang dihela. semuanya menyembunyikan debar di dada atau mungkin keyakinan membara. yang sudah saling kenal duduk di dalam kelompok mereka, bercerita kerinduan serta pelbagai hal dunia. yang belum berteman, cuba ramah dengan orang sebelah. sesekali perbualan diisi dengan kejanggalan. kalau bertemu dengan bakal rakan sekelas dan kawan di masa akan datang, itu dikira bertuah. waktu berlalu. satu demi satu orang meninggalkan dewan menunggu menuju ke ruangan utama. bilik temuduga.

jawapan kepada soalan-soalan mereka, diberikan sudah. selebihnya kita hanya mampu berserah.


pulang ke rumah dan tidur.

3 comments:

Hanz Lee said...

temduga kami penuh dengan gelak ketawa dan keseronokkan. haha

iKhRam said...

baru jer abis interview spp kat maktab.. huh!!

memang diorang saja nak pangkah .. dia soal.. kita jawab..
yg penting keyakinan mesti mau..!!

biarpun peluh kat baju menitik2.. hahaha

ain fathihah said...

moga berjaya