5/16/12

Kebanyakan masa kita luang untuk rasa debar, yang sedikit itu untuk rasa gembira.

Di kebanyakan waktunya, kita rasa tak selamat. Contohnya seperti, macamana hari pertama sekolah, bagaimana dengan rakan sekelas, adakah saya akan berjaya di dalam kelas ini, adakah cikgu saya seorang yang garang. Boleh jadi, cuma pada darjah satu atau sehingga habis sekolah, kita masih dibelenggu persoalan.

Contohnya (lagi), akankah menara gading ini mempertemukan saya dengan keajaiban dunia ke - 8 ?

Berdebar-debar berdiri nak perkenalkan diri pada hari pertama kelas.




Meningkat remaja atau menjadi pelajar universiti, berdebar separuh mati menunggu keputusan peperiksaan loading dalam email. semua kerana membuat assignment dalam penuh debar kerana last minute. Kalau boleh, 12 tengah malam baru nak mula. Supaya tak tidur, terus mandi dan pergi kelas.  




Bercakap mengenai membuat kerja last minute, saya ada banyak pengalaman (siri terlajak ke kelas pun banyak). Tapi saya pilih untuk cerita Top 2 sahaja. Mungkin tak sedahsyat, waktu kelas bermula baru mula taip assignment. Kemudian, call rakan-rakan tanya kelas dah habis kelas atau belum tapi saya ada cerita.

Saya sedang membuat assignment jam 7 pagi. Tidur, bangun, tidur, bangun, dari malam rasanya. Akhirnya, komputer riba saya, tidurkan dirinya sendiri. Tapi kali ini, bila saya cuba hidupkan, dia sudah tidak bernyawa lagi. "Matilah, macamana nak hantar. Kelas pukul 2.30 petang."

Tapi apa yang saya taip tu, tak banyak pun -- last minute. Saya tetap risau, saya telefon ayah saya, dia kata dah tak ada apa yang dapat dibuat. Cuma petang nanti dia datang ambil laptop. Tengok-tengok kalau boleh dibaiki (dan keputusannya amat mengecewakan kerana ia tidak dapat dibaiki).

Sementara itu, pulang dari kelas jam 12.30 petang, rakan serumah saya yang merupakan rakan sebilik saya yang juga merupakan rakan sekelas saya, terus menaip dan menyiapkan kerjanya. Saya lari masuk ke bilik dan tidur. Saya tak dapat fikir cara lain.

Pergi ke kelas, ramai yang tak hantar. Jadi, tarikh hantar dilanjutkan pada minggu hadapan. Saya menggunakan masa yang ada dengan meletakkan hidup saya di bilik IT perpustakaan, siang dan malam untuk membuat assignment. 

Tiba, di hari penghantaran assignment saya, saya masih menaip lagi 30 minit sebelum kelas bermula. (Bila komputer riba rosak, maknanya semua assignment saya perlu dibuat semula). Printer di perpustakaan saya, perlu tukarkan format Word kepada PDF sebelum di print. Disebabkan komputer yang saya guna bermasalah untuk menukarkan format tersebut, saya cucuk pendrive saya di komputer sebelah.

Malang buat saya, apabila semua folder dan assignment saya bertukar menjadi shortcut. Semuanya kerana Virus. Saya berdendam dan amat membenci virus tersebut. Semua usaha saya selama ini, lebur atau hilang begitu saya. Seperti membuat rumah dalam masa 5 tahun, dirobohkan dalam satu hari. 

Dalam cemas dan debar, saya tetap ke kelas. Saya tak reti ponteng. Saya ke kelas sambil membawa sehelai kertas A4 iaitu muka depan assignment saya yang telah lesap. Saya ceritakan semua tragedi yang menimpa.

Cerita berakhir dengan, pensyarah tersebut berkata "Ala, kesiannya. Hantar minggu depan lah." 

Ada 4-5 orang ikut saya hantar pada minggu berikutnya. 

Saya dapat B untuk subjek ini.




Saya keliru nak cerita yang mana satu. 

Ok, biar saya cerita yang ini. Tapi secara ringkas.

Saya kurang faham tentang subjek tersebut. Tak silap saya, kena buat 20 mukasurat penerangan tentang filem yang dipertontonkan. Ada bahagian dalam otak saya tak dapat interpret pelajaran kelas tersebut. Saya amat kagum siapa yang mampu mengaplikasikannya pada kehidupan atau filem lain. Sehingga hari ini kalau ditanya pada saya, saya tak tahu nak terangkan.

Akhirnya, perancangan untuk membuat esei tersebut pada awal waktu tidak berlaku seperti dirancang. Pertamanya, ada satu waktu, pensyarah tersebut melakukan sesi rundingan. Saya kurang ingat kenapa saya dan seorang lagi rakan lambat untuk ke bilik pensyarah tersebut. Jadi, kami menerima jawapan hampa apabila sesi rundingan tidak dapat dibuat sebab kami tiba lambat dan dia sudah mengunci pintu bilik untuk pulang. "Siapa suruh awak lambat ?"

Selepas dari hari itu, sudah tidak ada hari rundingan / perbincangan. Ada beberapa rakan yang sudah siap, saya jadikan rujukan dan cuba memahami. Mereka berkali-kali mengakatan bahawa "ala, aku tibai je ni. ikut kepala otak sendiri"

Waktu hantar assignment ada 2.30 petang pada waktu kelas. Tapi pada tarikh penghantara tidak ada kelas. Cuma perlu hantar dan tanda tangan. Malam sebelum itu, saya siapkan 10 mukasurat. Saya tidur 2 jam, kemudian bangun lagi. 

Dalam keadaan huru-hara saya bersiap ke kelas pagi. Tambah, huru-hara sebab pagi itu saya ada persembahan. Saya rancang untuk baca saja. Dalam kelas itu, saya menaip dan menaip lagi. Atas masalah yang berlaku, persembahan pagi itu ditangguhkan. 

Acara makan tengah hari saya lupakan seketika, saya terus pulang ke rumah dan sambung menaip. Selang sejam, saya menggeliat. Tiba-tiba, saya tersedar jam sudah hampir pukul 2. Ada 3 mukasurat belum siap.

Tak semena-mena, telefon saya berdering (waktu yang tidak sesuai untuk berbual. saya cuba menaip selaju lipas kudung). Walaupun begitu, saya masih mahu tahu, siapa yang menelefon saya. Jantung seakan berhenti apabila, pensyarah saya menelefon saya.

Dalam otak saya sudah mula 'matilah ! matilah ! aku sorang je ke tak hantar lagi ?' 

Pensyarah tersebut bersuara tenang "Aimi, awak ingat tak markah kumpulan yang saya bagi dekat presentation awak semua hari tu ?"

Sebaik sahaja perbualan ditamatkan, aku terus menaip pantas menyiapkan assignment tersebut. 3.00 petang aku hantar. Akhirnya, aku dapat B-.



(Tak gunaaa, aku patut cerita pasal subjek yang aku dapat A!) 
Oh, saya juga ada cerita tiga hari berkurung hidup terumbang-ambing dan marathon buat kerja. Bila keluar bilik jadi macam social retarded. Tapi tak apa lah, cerita debaran di konvokesyen pula.





Seterusnya, biar saya cerita mengenai debaran saya untuk naik ke pentas konvokesyen. Pada hari mengambil jubah, ketika hendak mengambil saiz jubah yang sesuai, petugas yang memberi jubah itu berkata pada saya "saiz ni ok lah. nanti akak kena pakai kasut tinggi tau." 

Saya buat muka panik. Dalam otak saya fikir (atau harap) budak ini main-main.

Semuanya musnah apabila ketika sesi raptai, pegawai yang bertugas berkata "pelajar perempuan mesti memakai kasut bertutup. Bertumit. 1.5 inci."

Saya mula gelabah. Gila, nak pakai kasut apa ! 

Dalam otak, sedaya-upaya fikirkan design kasut yang buka berwarna hitam seperti PRS di sekolah saya pakai. 

Mencari kasut sahaja sudah masalah. Akhirnya, kawan-kawan saya yang pilihkan. Kelakar juga, hari saya dapat tahu perlu pakai kasut tinggi, saya beritahu mak saya. Dan dia pesan "cepat-cepatlah beli. pergi praktis."

Malam selepas kasut dibeli, saya cuba 3 kali kasut saya. 1 - cuba seorang diri. 2 - roomate dan rakannya suruh saya modelling di dalam bilik. 3 - cuba seorang diri lagi (?). Bukan apa, kasut tinggi bukan apa yang saya pakai setiap hari. Flat adalah pilihan terbaik.

Mortar board terjatuh dari kepala, jatuh ketika menaiki tangga ke pentas, tersadung di pentas adalah antara mimpi-mimpi ngeri yang tidak diingini pada hari konvokesyen. Saya jalan se-teratur mungkin. Petanda yang baik, ditunjukkan apabila saya berjaya berjalan dari kolej ke stesen bas (pada pagi hari konvokesyen) tanpa tersadung atau sedikit-sedikit hendak terjatuh. Cuma separuh jalan, saya sudah sakit kaki. Hujung jari kecil di kaki saya sudah sakit. Tekanan mula terkumpul di bahagian hadapan kaki. 

Kalau kena jalan jauh lagi, saya sudah terfikir untuk buka kasut. Syukur, ibu bapa saya sampai awal dan saya menaiki kereta ke dewan konvokesyen (perancangan awal adalah saya berjalan atau naik bas ke sana). 

Setelah, beberapa jam di dalam dewan. Akhirnya, tiba giliran kami untuk menaiki pentas. Tahukah anda, isu kasut itu diperbincangkan, difikirkan dan di di di yang lain selama seminggu ? Durasi saya berjalan di atas pentas hanya 3 minit sahaja (mungkin kurang). Apa pun, saya gembira kerana semuanya sudah selesai dengan baik walaupun kaki saya sakit memakai kasut tinggi ini (ketak ketuk ketak ketuk -- bunyi ketika berjalan).

Gembira adalah apabila debaran berakhir. Sebelum bermula yang baru.




Kalau terlalu senang hati, mesti tak boleh menulis. Sebab sewaktu nak menulis akan terkenang. Bila tengok foto, jadi lupa, mahu tulis apa sebab ralit tengok foto. Tapi saya mesti cerita yang saya dah konvo. Untuk diploma.

Wow, pada hari guru, anak murid buat post menyatakan dia sudah konvo. Wow. 
(kenapa 'wow' post sendiri ? Wow! HAHA)

3 comments:

syakey said...

wowoww! :D

seronoknya sudah bergraduate. mmg failed la pakai kasut tinggi lg lg nak naik pentas!

tahniah!

Akemi Siegel said...

karangan kali ni ada flashback, ada pelbagai rasa dan yang teristimewa, this is more than words. tahniah!

Korchiyan said...

ugh. kita akan pastikan awak pakai kasut tumit tinggi itu untuk kali kelima.
just wait me at 5th floor.