3/24/13

Make-up

"Laa ... tak pernah pakai make-up ke ?" pengurus majlis bersuara dengan nada separa perli, separa bertanya jam 7 pagi ketika aku sedang menepis dan mengelak daripada celak diukirkan di mata aku.


Pagi itu, ada majlis penting. Entah macamana entah, aku tiba-tiba berada di barisan penyambut tetamu. Aku sedar tentang hakikat 'kena touch-up, touch-up muka sikit.' Tapi aku macam tak boleh nak terjemah perasaan bila muka bertepek macam-macam. 


'Pernahlah ... tapi ingat aku suka ke ... ' aku balas dalam hati saja. Aku tak rasa dia ada masa nak dengar aku. Majlis penting. Yang penting aku iring tetamu dan majlis berjalan lancar.


Sebelum aku masuk ke alam universiti aku selalu berdoa agar aku dijauhkan dari golongan yang bermake up tebal dan kemudian memaksa aku untuk bermake up kemudian make over aku dengan imej yang bukan-bukan. Bukan apa, aku takut aku goyah pendirian dan menjadi seorang yang dikatakan culture shock.


Dan untuk itu, aku telah bertemu dengan Manda, Diah dan Maria.


Manda adalah seorang yang berkata 'tak ada apa yang memalukan, kau cuma malu' bila aku bercerita pada dia dan sering memulakan cerita dengan 'kenapalah aku selalu memalukan diri-sendiri.'


Dan Diah adalah seorang yang berkata 'aku rasa kau boleh. sama je mana-mana. kau boleh' bila aku kata aku kagum dengan kawan-kawan degree yang ada tambahan 1 subjek iaitu koko (aku dah ambil masa diploma) dan aku tak rasa aku boleh.


Maria pula, seorang yang sedikit pendiam. Ok, 'sedikit pendiam' maksudnya dia akan bercakap bila perlu. Aku sifatkan dia sebagai tenang. Contohnya, bila ada kerja berkumpulan dan bahagian terakhir belum bertaip keadaan jadi cemas dan semua orang tak dapat berfikir. Dia akan taip dengan tenang. Aku rasa sebab tu dia boleh jadi komander.


Bukan tidak berfesyen tapi aku kategorikan kami sebagai bersederhana. Entah, kadang-kadang aku pun keliru dengan konsep stailista ni sebab kampus kami tu nak pergi kelas 5 minit je. Kalau terbabas, memang sambar apa yang nampak.


Manda selalu diusik dengan pertanyaan 'dah mandi ke belum Manda ?'. Kadang-kadang budak lelaki kelas kami memang lancang (Positifnya, mereka membuatkan kami tak terikut aliran fashion yang bersifat Gaga). Aku dan Diah ada dua tudung. Diah ; Krim, Putih. Aku ; Putih, Hitam. Kebanyakan masa aku akan pakai putih. Maria lain sikit, dia ada banyak tudung. Selalunya, dia akan pakai baju kurung dan tudung sedondon. Ah, yang penting tak ada make-up = natural.


Itu cerita, lebih kurang 2 tahun lepas. Sikit-sikit kami melangkah ke hadapan. Sekarang, kami dah buat improvasi. 


Contohnya, Manda mula memakai maskara untuk ke kelas. Diah makin banyak shoppingnya (Dia dah mula suruh panggil dia Datin Dee). Maria memiliki sweater Power Rangers dan dah pakai beg comel berpatung arnab.



'Weh, Maria! Comel gila beg. Beg baru ea ?'

'Haha, mata dia dah tercabut satu doh,' jawab Maria sambil ketawa.



Oh, dan aku dah makin banyak tudung berwarna. Sekarang kalau packing baju, keliru nak bawa tudung yang mana.


Aku cerita pada Diah, aku rasa macam nak nangis bila orang lukiskan celak pada aku. Sakit. Diah cuma kata 'Memanglah sakit. Tapi tak adalah sampai nak menangis.'


Macamanalah aku boleh lupa dia dengan Manda pernah eksperimen liquid eyeliner berdua. Nasib Maria tak ikut sama. Haha!



Universiti ni taklah menakutkan macam yang aku bayangkan. Aku naif sangat waktu tu. Dan orang tak berkongsi make-up lah! Make-up mahal.

3 comments:

Hanz Lee said...

Bukan nak nmpk romantik ke apa, tp lagi suka perempuan yang tak pakai mekap tebal2. Lagi natural. Tp tipulah klu tak suka artis2 yg cantik2 lawa2 pakai mekap tebal tu kan. Tp at the end, bila derang tak bermekap fikir dua tiga kali semula. Hihi

Hakim. said...

Make-up ni bergantung la. Tak semua cantik pakai make-up. Dan kadang-kadang tahap muka dia, kena pakai make-up. Kalau tak, orang ingat hantu.

Rodiahalim said...

aku punya eyeliner dah naik keras dah .