4/17/14

Kembara di Pangkor

Song Played: Nuri - Ella

Ada sebab kenapa tajuk cerita ini Kembara di Pangkor. Satu; kerana kami telah mengembara ke Pangkor. Dua; kami meronda di Pangkor naik kereta Kembara.


"Bang, kat sini ada ATM ke?"

"Amboi, hang ingat Pangkor ni sengkek sangat ka ... Kat jeti tuh. Bank apa nak, semua ada," Abang Bot dengan nada bergurau.

"Kehh, tanya je. Manalah kami nak tau."

Itulah permulaan kepada jemputan makan malam di kedai Abang Yaya untuk kami berempat. Jemputan itu beserta dengan tawaran meronda Pulau Pangkor menaiki kereta. Adalah kelebihan untuk mempunyai skil membawa motorsikal kerana sewaan basikal sudah tidak berapa ada di Teluk Nipah dan jika ada, 'the shop is over the hill' (kami tanya pelancong mat salleh). Kalau naik van ke jeti, mau kena RM 15 (untuk 4 orang). Selepas bertanya pada pak cik van, untuk meronda satu Pangkor, bayaran yang dikenakan RM 30. Nak berjalan kaki bolehlah tapi ... Ok, aku tak rasa kau mahu berjalan. Aku masih ingat kenangan berjalan bersama kawan-kawan kelas dan ahli kelab dari Teluk Nipah menuju Dewan Arena. Mestilah terpahat, begitu banyak gambar sepanjang jalan terutamanya di batu penanda Pasir Bogak. Tiba-tiba hujan turun. Berlari juga cari tempat berteduh


Pulang dari menyaksikan matahari jatuh, langit jingga dan berayun di buaian pantai, kami solat dan berehat seketika di bilik. Perjanjian tidak rasmi yang dibuat adalah kawan Abang Yaya akan ambil kami di resort kami malam ini.


"Hello, abang dah kat luar resort naik kereta Kembara," itulah tekaan aku akan butir bicara Abang Kembara kepada Nana di dalam telefon.

Kami pun berjalan menuju keluar resort, haa, kereta dia memang betul-betul depan pintu resort. Selaku pelajar Perhubungan Awam yang cemerlang, Nana duduk di kerusi hadapan. Manakala aku, Linda dan Diah di kerusi belakang.

"Panas ke?" Abang Kembara memulakan ice breaking.

Aku rasa biasa-biasa sahaja.

Aku dengar Diah jawab "Ok je."

"Maaflah, air cond ni, tak tau macamana, keluar angin ja."

"Bukalah tingkap, Bang," Diah mencadang.

"Uiii, tak boleh! Bawa turun nanti, tingkap dia tak boleh naik dah."

"Oh, ok."

Perbualan seterusnya diteruskan oleh Nana. Dia memang ramah, aku dapat rasakan bila aku jadi pelakon terkenal nanti aku nak Nana jadi PR aku. Ok, tak. Cita-cita aku bukan pelakon. Sesekali dicelah Diah dan Linda. Aku tak berapa berbunyi. Sambil-sambil tengok phone yang baru dapat line internet, aku banyak tengok keluar tingkap sahaja. Selepas 15 minit melalui bandar dan beberapa buah rumah, kami pun sampai ke Teluk Kecil.

Kedai makan separa rumah kayu dan separa batu bercat merah, berlogo Arsenal dengan TV LCD terpasang siaran bola Pahang menentang ahhh, aku tak tahu team apa! Kedai itulah tersergam di depan mata. Bahagian yang separa kayu itu adalah rumah Abang Yaya. Dekat sini, ada satu nilai kau boleh ambil; kita kena pandai ambil peluang. Abang Yaya ada bisnes bot dan kedai makan (walaupun nama kedai makan tu Kedai Abang Deen), resort yang kami bermalam tu rupanya di sebelahnya resort kakak Abang Yaya.

Seketika duduk di situ terasa seperti di dalam sebuah drama yang menonjolkan masyarakat aman-damai sentosa. Bayangkan, di dinding tertampal manila card 'Rombongan menonton JDT vs Perak di Lumut', pak cik-pak cik datang mengopi lepas pulang dari surau, pak cik-pak cik bawa roti sendiri cuma air dipesan di kedai, kanak-kanak bermain basikal. Di hadapan kedai terdapat sebuah dewan. Dewan itu kelihatan meriah sebab esoknya ada YB nak datang. Ada latihan persembahan. Ada juga jualan. Linda sesekali terintai-intai jubah/dress yang tergantung untuk jualan itu. Aku bayangkan ada kompang. Kalau ada kompang lengkaplah imej desa permai yang aku gambarkan.

Abang Yaya sebenarnya, ajak ke situ untuk makan Mee Udang. Tapi kelaparan telah mengakibatkan aku order Nasi Goreng Udang. Jadi, kami semua mencicip kuah Mee Udang yang dipesan Linda. Sedap juga! Kami tak boleh lama-lama di kedai Abang Yaya sebab Abang Kembara tak join kami makan. Jadi, kami rasa bersalah. Paling banyak ulang rasa bersalah, rasanya Diah. Maklumlah, esok pukul 8 mereka sudah mahu ke pantai.

"Abang asal tak join sekali tadi ktorang makan?" soal Diah.

"Tak pa lahhh, dah biasa lepak sini. Sini memang selalu kalau orang lepaih habis kerja ka lepas bawa van orang lepak."

Abang Kembara nampak dah sedia nak memandu Kembara. "Abang dah tau dah pasaipa air-cond tak ada tadi. Lupa tekan button ni, patutlah!" Abang Kembara sedikit teruja, kereta menjadi lebih sejuk.

"Oh, tulahh. Saya nak tanya tadi tapi takut kereta ni macam lain sikit ke apa," balas Nana.

Tiba-tiba terimbau, perjalanan datang ke kedai makan tadi. Kami melalui beberapa bangunan baru yang bertingkat-tingkat "Haa, ni semua balai polis, tempat JPJ baru buat nih. Sapa-sapa takdak lesen pasni pandai-pandai depa lah," ujar Abang Kembara. Kehh, Abang ni betul ke dah ada lesen *jahat! jahat! jahat!*. Aku perlukan Diah dan Nana untuk ulas hal ni lebih lagi. Aku pun bukan tahu memandu.

Bertemankan playlist lagu-lagu rock nasihat Abang Kembara, kami pun tiba di Kota Belanda. Siapa sangka di kawasan rumah-rumah orang ada tempat bersejarah. Sempat jugalah bergambar dalam lingkungan 10 keping gambar. Rondaan Pangkor diteruskan. Sebelum pulang, "Bang, ATM kat sini kat mana haa?"

"Oh, kat pekan. Kejap lagi kita lalu. Tapi bukan apalah selalu kalau hujung minggu ni, ATM suka habis duit. Tak pa, kita cuba dulu,"  Abang Kembara memberi harapan.

Dan tibalah kami di hadapan barisan kedai yang menyediakan pelbagai ATM.


Tapi keesokan paginya tu, kami pergi snorkeling naik bot Abang Yaya free



Jadi, ke mana pula kita lepas ni?


3 comments:

Rodiahalim said...

kita pegi melaka lah. ber-coconut shake petang sabtu.

Siti Amanda said...

(tu tu tu tu tu.....tu tu tu... nyanyi lagu NURI)


Nak ikut pergi Melaka!

Amirul Hafiz said...

Nape blog Aimi masih x convert jadi Google+