10/30/14

16 Mac 2015

Aku cari mug untuk bancuh Milo macam biasa.

Semenjak baca artikel tentang pentingnya bersarapan, aku berazam untuk bersarapan walaupun itu bukan lifestyle yang aku amalkan selama ni.

“Minum Milo?” sapa random kawan designer.

“Hmm,” aku senyum.

Suasana pantri agak rancak pagi tu sebab ramai yang nak bancuh air. 2, 3 hari ni semua orang di pejabat nampak sibuk. Termasuklah dengan aktiviti packing luggage 30kg berisi buku sahaja.

“Milo … cicah biskut ah!”

Haa, itu memang favourite aku. Tapi aku tak bawa pula biskut pergi tempat kerja.

Pantri ni sediakan biskut apa ntah. Ada 4, 5 tin atas meja. Ada akak jabatan ni pernah offer tapi tak pernah sekali pun aku tengok orang kat pantri ni buka tin tu.

“Hup Seng?” aku cuba dapatkan kepastian.

“Haa, patah dua.”

“Kan …”

Aroma Milo aku memenuhi ruang pantri sebaik sahaja aku tuang air panas.

*** 

Sejak-sejak dah pandai operate mesin air panas/sejuk ni, aku tak cuak sangat nak pergi pantri sorang. Walaupun aku masih tertanya-tanya, macamana nak naikkan level air panas ni tahap maksimum walaupun dah set dekat ‘Hi’. Kalau set ‘Med’ – ‘Low’ ni patut air suam lah kan? Mesin ni ada konsep kena tunggu air masak juga ke?

Syukur hari ni, air tu memang panas dan perfect untuk Vico aku. Ya, aku try Vico hari ni.

Aku pergi pantri awal sikit, supaya tak bersaing dapatkan air panas. Jadi, aku boleh duduk tenang di pantri sambil membelek surat khabar Ahad lepas yang ditinggalkan di pantri ini.

Mungkin aku tak perasan, yang aku suka humming / menyanyi kecil di sana-sini.

“Tenerife Sea?” sapaan random macam biasa. Dia masuk menuju ke sinki.

“Huh?” aku terkejut. Aku cari ‘Tenerife Sea’ dalam surat khabar yang sedang aku belek. Tak ada pun.

“Lagu kau nyanyi tu kan?”

“Oh … a’ah!” aku tepuk dahi. Tak perasan langsung. “Haha.”

“Suka album ‘+’ ke ‘x’?” ok, mungkin ada dua titik persamaan di sini.

“Dua-dua pun layan. Tapi ‘+’ deluxe tu lagi layanlah!” bila aku dengar ‘x’ aku akan dengar sampai lagu ‘Thinking Out Loud’. Lepas tu, aku restart dari ‘One’. Lagu ‘Afire Love’ dan ke atas tak begitu menarik perhatian aku.

“Ed Sheeran datang Mac depan tahu?”

“Tahu jugak … Baru baca semalam.”

“Tak pergi?”

“Tak ada ganglah. Lagipun tak tahu tahun depan Mac tengah buat apa,” masa depan siapa boleh duga. Aku tak tahu aku akan duduk kat mana lepas ni, kerja ke apa ke. Ketahuilah aku berada di phase of transition in life.

“Kita tak ada plan untuk jadi stranger kan di masa depan?”

Aku angkat kening tanda tak mengerti. Terlebih random sangat dah ni.

“Pergi dengan aku.”

Perkara real ke ni? Tapi aku berlagak tenang dan balas “Kan dah kata tadi Mac tahun depan tak tahu buat apa lagi. Tak tahu pun aku kat mana.”

“Alaa, kau buat kerja bagus mesti dorang serap masuk. Tak pun part time ke.”

“Ish!” walhal aku memang harap untuk diserap bekerja di sini. Aku tak ada pun hantar resume kerja ke mana-mana syarikat lain macam yang dibuat beberapa kawan aku “Academic Writing aku pun macam apa je sekarang. Lost.”

“Tapi tak ada plan nak extend kan?” satu soalan terbit.

 Terus rasa nak pergi ke meja aku dan siapkan Literature Review yang aku nak bawa pergi consultation Jumaat ni.

Aku geleng. Gila extend menda. Pandai pula aku nak pujuk diri-sendiri supaya usaha dulu.

“Buat jelah dulu, kau bolehlah. Jom pergi meja aku, kita tengok tiket,” ajakan ini diikuti dengan tindakannya menutup akhbar yang aku baca dan mengangkat mug aku ke mejanya.

Jadi, aku ikut saja.

Lepas klik, sana-sini. Paparan harga tiket RM 285, RM 355 dan venue memenuhi skrin.

Kami berpandangan sesama sendiri. Kami perlu buat keputusan.

“So, kita pergi tak ni?”

Aku angkat bahu dan capai mouse.


 KLIK ‘BUY TICKET’.

10/26/14

Macam Biasa

Aku sedang lapar dalam library ni tapi tak nak balik. Aku ada roti telur dalam beg tapi tak boleh nak makan. Jadi, aku tulis blog.

Hujung minggu lalu, aku, Diah, Manda dan Nana berhasrat untuk menonton teater dengan tiket RM 50.

Sepanjang ingatan aku, ini antara tiket mahal aku akan bayar. Paling mahal sebelum itu, mungkin tiket wayang. Lepas ni, aku bercita-cita untuk ke cinema exclusive / premium yang kerusi macam kerusi urut tu dan boleh order pelbagai menu (aku dengar ura-ura je ni, aku belum pernah masuk lagi).

Tapi siapa peduli tentang harganya, we want a good show and the story! 

Malangnyaaa, selepas ulang-alik turun naik tangga untuk mendapatkan tiket, kami dapat tahu tiket sudah habis. Mujur Diah tahu kunci untuk mendapatkan tiket.

Jadi, kami boleh kembali beratur untuk menonton teater.

Ketika beratur, kami mulai sedar yang tiket kami pegang tidak sama dengan tiket orang lain. Kami mula tertanya-tanya ‘Apa jenis seat kita dapat ni weh?’

Padahal beratur dah semangat depan sekali. Mungkin di salah satu Instagram krew teater tersebut ada muka kami menjerit ‘Awesome!’

Manda tepuk bahu aku dan cakap ‘tak apa, we had it worst.’

Kenangan terimbau saat tengok skrining berdiri di bawah khemah ketika baru lepas hujan, duduk atas kerusi dalam dewan tapi kepala terangkat-angkat sebab orang depan tinggi. Bila skrining ramai sangat orang, kena bersila kat lantai dan berhimpit. Atau sampai lambat ke skrining sebab tersesat dalam building tak siap dan dapat tengok 3 short film dari 10.

Atau kenangan-kenangan lain.

Banyaknya yang terjengah-jengah kepala sebab orang depan lagi tinggi lah. Kalau tengok teater, bila pelakon tu baring atas lantai, ada tahap kita rasa nak bangun atas kerusi sebab tak nampak. Maklumlah dewan bukan jenis auditorium / panggung wayang.

Tapi kami masih bersyukur dan gembira dengan apa yang ada.

Dan kini, mungkin corak aktiviti dah berubah lebih hip sikit. Contohnya, berjalan-jalan dengan kereta Nana dan Diah. Buat kejutan di hadapan rumah Paan. Main baseball di One Utama atau contoh termudah adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menamatkannya.

Tapi ada juga yang sama, aku masih sama macam sebelumnya. Masih lost bila buat academic writing. My mind going places. Tapi masih meneruskan hari-hari optimis dengan bantuan intern di pejabat.

Apa-apa pun,
Selamat maju jaya untuk Manda dengan kertas kerja Bab 4 - 40 muka surat.
Selamat meneruskan separuh lagi semester di kampus buat Diah!
Selamat menjalani hari-hari internship sebagai PR berjaya untuk Nana.

*** 

Selepas entri ini ditulis Manda mesej berbunyi: ‘Aku tak siapkan pun Bab tu sampai 40 pages. Aku datang kelas lambat setengah jam. Alhamdulillah, sem ni masih berjalan dengan lancar!’

***

Oh ya! Tempat yang kami dapat tu, kerusi tambahan sebelah kerusi-kerusi asal dewan. Masih nampak pentas dan kesemua aksi dengan jelas sebab dewan berkonsep auditorium.

Selesai persembahan kami tangkap gambar luar bangunan.

"Weh! Weh! Gambar nampak macam kat Melaka kan? Mungkinkah destinasi kita lepas ni Melaka?"

Jeng jeng jeng!

10/23/14

Padam Api

Lepas sebulan dekat sini, aku sedar perbualan aku dan kawan designer ni tak ke mana. Masih lagi berkisar tentang berapa lama aku intern. 

Jadi, aku rancang untuk naikkan level perbualan kami.

Mungkin sampai ke peringkat yang aku boleh bagitahu yang cover buku yang final dia submit hari tu bukan the best work dia. Aku percaya dia boleh buat lagi baik. Mungkin lepas tu, dia boleh pula jawab apa yang ciri-ciri yang company cari pada sesebuah cover buku.

Aku memandai je ni. Aku bukan pernah tengok pun portfolio dia.

Jadi, pukul 4 petang – waktu biasa untuk dia keluar merokok di tangga.
Aku pula dah mengantuk teruk ni.
Aku rancang untuk sesuatu.

Setiap tingkat di company ni ada tempat merokok. Macam style tangga kecemasan kebakaran tapi ada tong sampah ber-ashtray, lepas tu ada petak empat segi tanpa kaca untuk menghirup udara dari luar (Come on, kita tak nak ada sesiapa lemas asap di sini!).

Aku buka pintu. Aku jengah dalam kegugupan.
Sepasang mata memerhati dengan penuh persoalan.

“Aku nak tengok orang sambil hisap rokok buat apa lagi. Kalau aku pergi time tak ada orang, tak ada pointlah,” aku buat pembelaan tanpa dipinta.

“Aku tengah on fire kot,” asap dihembus ke arah bertentangan.

“Tahu …” aku ambil rokok di tangannya dan padamkan dalam ashtray “sebab tu aku datang.”

“Hmm …”

 Aku jungkitkan bahu.

Kami sama-sama menghirup udara yang lebih segar sambil melihat lalu-lintas di hadapan pejabat melalui petak tanpa kaca tadi.

Janggal macam biasa.

*** 

Aku kembali perform dengan sampai 5 minit awal sebelum waktu pejabat.
Semalam aku sampai lewat. Minggu lepas pun aku ada lewat sekali.

Masuk ke pintu jabatan, jantung aku berdegup kencang. Aku sedang melihat dua tangan yang selama ini selalu memegang mouse dan keyboard, rancak menyusun atur imej dalam Adobe Photoshop, kini, sedang rancak menyusun kad dan sampul yang bila aku jalan makin hampir – ada gambar peta-peta.

Sah! Kad kahwin.

Aku cuba berjalan tenang menuju ke kubikel aku dan berharap tak ada orang dengar degup jantung aku yang sangat kuat.

Aku duduk. Buka Youtube: ‘X’ Ed Sheeran Full Album.

Lepas itu, aku pantas sambung menyemak buku falsafah yang aku tak siap-siap semak dari minggu lepas. Aku try speed up bacaan aku pun tetap tak boleh juga nak habiskan dalam 5 hari.

Masa itulah, ada 2 tangan sedang menghulur satu sampul.

Aku mengangkat muka melihat pemilik tangan itu.

*** 

Bammm!

‘Ouch!’ aku menggosok dahi aku.
Aku jengah juga sekeliling kot-kot ada kad tertinggal atas meja.

Ngeri betul mimpi tadi. Fuh!

Aku tak pernah lagi tertidur sampai terhantuk muka ke meja. Ini yang pertama.

Aku tengok manuskrip depan aku. Ada lagi 100 halaman.
Aku sekarang di bahagian di mana menceritakan kesan kapitalisme paling dalam adalah manusia dianggap sebagai mesin.
Syukur, aku masih nampak nilai aku di sini.

Aku tengok jam.
4.20 PM.
Eloklah aku bawa diri ke surau.

10/16/14

Rentak Kuala Lumpur

Now Playing: Malam Ini Kita Punya - Bunkface


"Jerebu kan?" kawan aku menyoal sambil meletakkan makanan dan minumannya ke atas meja.

Sekarang, habis kerja je terus fikir nak makan apa. Maklumlah, tunggu bas nak ke lrt pun lama. Memang fikir makan malam jelah.

Aku tarik kerusi dan menjengah ke luar tingkap "Eh, ye ke? Entahlah. Tak perasan pun."

Setiap pagi, aku akan berjalan selaju mungkin menuju ke stesen lrt. Beli tiket, tunggu 50 saat, naik lrt. Lepas-lepas tu, aku spent 8.30-5.40 duduk dalam bangunan. Kubikel aku tak berada di tepi tingkap. Dan disebabkan 4 5 hari lepas hujan sentiasa turun pada belah petang, aku ingatkan mendung.

Atau mungkin sahaja, aku memang tak cukup prihatin.

"Cuba kau tengok kat luar tu, KLCC pun tak nampak," tundingnya ke arah luar tingkap food court.

"Eh, ye ke? Mana kau tahu KLCC kat sana?"

"Aku tahulah. Aku duduk sini dengan kawan aku hari tu."

"Oh, ye ke? Aku tak perasan," kalau kau perasan, aku dah 3 kali ulang 'ye ke' lepas tu aku sedut teh o ais RM 1.90 yang jadi RM 2 selepas tax.

***
"Busynya orang kl"

"Laju gila kan berjalan?" aku mengiyakan pendapat kawan aku dengan memberikan pendapat baru.

Awal-awal aku ke sini aku try hard to keep up with the pace of people walking. Sekali pun aku tak berhenti untuk membeli sarapan di gerai tepi-tepi jalan. Semua orang jalan dengan pantas dan yakin ke mana mereka mahu pergi atau berhenti. Untuk orang mahu lihat-lihat juadah macam aku ni mungkin akan dilanggar je nanti.

Tiba-tiba, kami berdua sudah sampai di simpang 3 di dalam mall. Jalan ke depan atau kanan ada kedai untuk sambung window shopping; Belok ke kiri jalan menuju stesen kereta api.

Alaaa, tapi aku tak nak balik lagiiiii.

"Kita nak pergi mana ni?" tanpa disedari aku telah berjalan setapak lebih ke depan dan mula dirempuh hampir 3 orang. "Weh cepatlah!"

"Sini! Sini!" kawan aku mengajak aku belok ke kanan.

"Fuh!"

"Kau yang duduk tengah jalan, dorang yang cakap 'sorry'," nada bergurau atau serius kawan aku semacam tak ada perbezaan. Dalam hati aku menjawab 'Kan dorang yang langgar aku tadi.'

Di mulut aku menjawab "Dah kau lambat sangat nak decide nak pergi mana. Kan aku dah kata orang kat sini semua tahu hala tuju masing-masing."

***

Aku bingkas bangun sebaik sahaja pintu KTM terbuka.
Aku sudah sedia untuk berjalan laju, gaya bersaing untuk masuk barisan menyerahkan tiket keluar. Kemudian, aku sedari yang semua orang berjalan tenang (tapi bukan melenggang).  'Ahh, Shah Alam!'

Aku beli karipap 5 biji - RM 2. Kemudian, aku ambil port di tepi jalan. Aku duduk makan pretzel yang dibeli KL Sentral tadi dan juga karipap sambil mengurut kaki sementara menunggu ayah aku sampai.

10/2/14

Laga Gelas

Masuk hari ni, dah 3 minggu aku jadi proofreader.
2 minggu pertama sekali-dua aku terdengar keluh-kesah oleh proofreader senior “teruk buku ni, teruk.”

Setakat 10 buku yang check ni masih ok lagi. Aku masih enjoy.
Jadi, aku wonder, seteruk mana format buku tu boleh jadi.

Petang tadi, aku dah dapat satu yang buat aku rasa 1% apa yang senior aku rasa. Rasa nak edit terus kat komputer editor/setter. Geram.

Aku tengok cover depan – teringat satu debat tentang konsep buku selalu tak kena dengan isi buku sebab jarang designer cover buku baca isinya.

Mungkin aku patut tanya designer “kau pernah baca buku yang kau design ni?"

Ahha! Aku ada kenal satu designer kat sini.

 *** 

“Minum,” dia senyum sambil mengangkat gelasnya. 

Aku senyum. Aku sedang berjalan dari arah bertentangan untuk masuk ke pintu jabatan. Ini permulaan hari yang baik untuk orang baru 2 hari macam aku. 

Petang itu juga ada perjumpaan staf. Masa inilah aku tahu dia pun pekerja baru. Cuma tak tahu berapa baru. 

Pertemuan seterusnya, di mesin thumbprint. Aku dah scan jari aku, baru aku sedar hujan lebat di luar. Di belakang aku dia beratur. 

“Lebat hujan kat luar tu. Nak redah?” 

“Tadi ingat boleh redah,” aku akhirnya duduk di salah satu kerusi di lobi pejabat. 

“Belajar kat Shah Alam ea?” soalnya sambil mengambil tempat di sebelahku. 

“A’ah.” 

“Course apa?” 

“Publishing.” 

“Oh … Dulu belajar kat Shah Alam gak.” 

“Course apa?” 

“Fine art.” 

“Oh …” aku dah tak tahu nak bawa ke mana topik ni. 

Hujan di luar masih bersisa. Aku nampak bas lalu. Kejap lagi mesti bas ni pusing ke bus stop seberang.

“Orait, gerak dulu!” aku bangun. Surat khabar di lobi aku ambil untuk perlindungan. 

“Eh, tak payah redah hujan. Aku boleh hantar kejap lagi kalau nak.” 

“Kau tak bawa helmet lebih,” sepantas mungkin aku berlari ke bus stop. 

*** 

Pejabat terlalu sejuk. Nak makan roti sekeping di pantri terlalu janggal. Jadi, aku duduk lobi jabatan sambil merenung keluar tingkap. Lif berbunyi. 
Aku toleh. 

“Oi, buat menda sini … Cari ilham?” 

Aku ketawa. 

Setakat ni aku nampak kerja aku lebih kepada cari penyelesaian dari ilham. Kalau ilham pun, cari ilham kepada penyelesaian. 

“Kat dalam sejuklah.” 

*** 

Aku dah tak boleh duduk diam lagi bila tengok dia sedang design cover buku koleksi cerpen. Cerpen tu aku pernah baca. Beberapa kali juga aku ke hulu ke hilir kat belakang kubikel dia. Akhirnya, aku singgah. 

“Pernah baca cerpen ni?” aku pantas bertanya. 

Dari senyum yang terbit ni, aku dapat rasa macam dia tak baca. Tapi aku tak nak bersikap judgemental. 

 Serentak dengan aku melihat mulutnya ingin menuturkan sesuatu, nama aku sudah dipanggil ketua jabatan. 

“Mungkin kau boleh jawab esok bila kau bawa nasi lemak untuk makan di pantri,” gurauku. Aku tak pernah lagi makan kat pantri. 

*** 

“Nasi lemak?” dua bungkus nasi lemak di tangannya di angkat. 

Aku mengangkat kening. 

“Jom!” 

Aku mengikut jejaknya ke pantri tanpa meletakkan beg di meja kerja. 

“Beli kat mana?” aku berbasa-basi. 

“Simpang depan rumah.” 

“Oh …” sekali lagi aku tak tahu nak bawa perbualan ni ke mana. 

“Tak nak tanya pasal aku?” satu peluang yang dia buka. 

“Dah kahwin?” 

Dia ketawa besar. 

“Asal gelak? Semua orang kat sini dah kahwin kot.” 

“Che Mon belum kahwin lah.” 

“Dia lain.” 

“Tapi tak kahwin. Kau pun belum.” 

“Ok ... So, dah kahwin?” 

“Asal nak tahu sangat aku dah kahwin ke belum?”

“Takutlah kalau tengah berbual dengan laki orang.” 

“Gila! Ini first job aku. Tak sempat kumpul harta lagi. Kahwin mendaaa.” 

“First job? Baru ingat nak tanya pengalaman. Ingat dah lama grad.”

“Lunch ni ikut aku, jom?"

“Pergi mana?” 

“Makan ayam penyet best. Kau hari-hari makan kat kedai Mak Teh je.” 

Aku buat muka curiga. 

“Aku dah bawa helmet lebihlah!” 

Selepas itu, kami berbual panjang tentang filem, muzik dan perihal dunia yang lainnya. Baru sahaja teringat persoalan semalam dan ingin membuka mulut, nama aku sekali lagi dipanggil ketua jabatan lagi. 

Rasa begitu hampir ketua jabatan dengan aku. Macam dia di belakang aku. 

Bahu aku ditepuk. 

*** 

“Buku ni boleh siap esok?” soal ketua jabatan lembut. 

Aku mengangguk tapi tak fokus. Aku dah berangan jauh sangat ni. Tak boleh jadi. 

Yang benarnya, sapaan angkat gelas itu saja. Aku bangun dan capai 2 paket Milo 3 in 1 yang aku bawa dari rumah. Kenapa pantri hanya sediakan Nescafe saja? 

Aku bancuh 2 cawan dan bawa ke meja dia. 

“Minum?” soalku. 1 gelas di tanganku, 1 gelas aku letakkan di mejanya. 

“Minum,” balasnya sambil melagakan gelas kami. 

Aku senyum. Dia senyum.
Skrin komputernya terpapar design buku koleksi cerpen. Tak pasti tentang cerpen lain tapi yang jadi tajuk, aku pernah baca cerpennya. 

“So … kau pernah baca buku yang kau design ni?”