11/18/14

Secawan Teh Susu, Secawan Teh O

Rutin Milo telah aku variasikan dengan Nestum dan Teh O.

Penemuan terbaru di pantri ni uncang teh Boh. Harap minggu depan ada uncang teh strawberi Cameron pula. Selama ni, aku ingat itu paket Boh Teh Tarik Kurang Manis (yang ada pilihan Halia / Oats), rupanya lepas aku teliti, ini uncang teh Boh biasa yang sedap dibuat teh o, cukup sempurna dicicah biskut gula.

Lepas 4 pos tentang cerita di pantri dan kawan aku mula bagi cadangan untuk letak label: Siri ‘Aku, Designer & Pantri’ aku kena jelaskan sesuatu.

Selain dari aktiviti pagi di pantri, tengahari pergi makan di kedai bawah, sepanjang hari kerja aku adalah membaca dan menanda kesalahan untuk penerbitan buku yang sempurna. Sekalipun Johann Wolfgang von Goethe pernah berkata “One learned more from an hour in his company than eight days of studying books”, dia tak tahu yang aku dapat kata-kata ni dari buku yang aku proofread.

Aku atur langkah ke pantri. Aku ada 2 tujuan. 1. Isi air dalam botol 2. Buat teh o hebat.

“Petang ni jom! Pisang goreng!” kawan designer yang sedang membasuh mug untuk membancuh air menyapa.

“Huh?!” aku sedikit terkejut. Random act of kindness apa pula ni?

“Petang ni kau belanja pisang goreng,” ulangnya sekali lagi.

“Oh, boleh-boleh. Apa saja,” hilang kaget aku tadi. Ingat petang ni ada sesi lepak pantri istimewa.

Dia ketawa.

Maklumlah, semalam aku ada sesi sarapan nasi impit kuah kacang dan rendang ayam di pantri dengan kawan-kawan lain. Haa, masa sesi inilah aku discover uncang teh tu.

Dan dia tak tahu ke aku dengan Ag terliur betul tengok kudapan yang disediakan syarikat di level surau dan bilik mesyuarat. Kudapan tu untuk yang bermesyuarat. Walhal cucur dan goreng pisang yang terhidang tu sama je dengan yang jual di kedai kami makan tengahari.

Cuma yang ini PERCUMA! Aaaaa.

“Banyak kerja?” soal kawan designer bila sedar hanya bunyi sudu berlaga dengan mug saja di pantri.

“Banyak juga. Nak bahagi 2 ke?”

“Ah! Emel aku pun dah masuk dah,” aku memang dah fikir, beranganlaaah designer nak buat kerja proofreading ni.

“Macamana dengan galeri?”

“Galeri apa?” keningnya diangkat. Susu pekat manis dalam teh susunya nampaknya sudah terlebih tuang.

“Seni ... Art ... Fine art ...” aku angkat kening juga. “Tahulah susu percuma kat sini. Janganlah tuang satu tin dalam air.”

Kami ketawa serentak.

“Ada. Tengah buat juga. Dulu lagi serius dari ni lepas tu frust dengan art sekejap. Sekarang relaks sikit. Lagipun, dah kerja kan. ”

“Oh.”

“Kau dah grad nanti nak buat apa?”

Aku hirup teh o aku sambil menjengket kedua-dua bahu aku.

“Jual tudung online?” dia menahan gelak.

“What?! Heiiii!” nada nyaring dari mulut aku. Dalam hati aku bersahut, kau tak tahu ke ada dah berangan nak kerja sini.

“Boleh jugakan, jual tudung online ... guna corak yang kau design,” aku hirup teh o aku, angkat kening dan angkat gelas.

Kawan designer melagakan mugnya pada aku.



Atas meja aku sekarang ada seplastik pisang goreng manis.
Dan bukan aku yang beli.

3 comments:

Amanda said...

cheezyyynya pisang goreng kau niiii

Aimi said...

yelaaa, menu tu kan femes sekarang ni.

HAHA!

Rodiahalim said...

Aku nak cc kan ke kawan designer kau tu. Biar dia tau indahnya moment tu buat kau.