1/8/15

Proses Berperingkat

Now Playing: Suatu Masa - M. Nasir.



Semua benda kita capai dalam hidup ini adalah secara berperingkat sebenarnya. Mungkin kita tak sedar.

Yelah, kalau kita pergi karaoke pun, kita kena susun pilihan lagu kita agar suara dan energi boleh sustain hingga ke jam terakhir.

Aku rasa dalam usia remaja ni, aku 4 kali je pernah jejak pusat karaoke. Tapi aku ada 2 kawan yang win gila dalam bidang ni. Masa dorang ajak aku karaoke pagi tadi, aku tak terkejut. Walaupun ada sikit aku terdetik 'Gila mendaaaa pagi-pagi ajak aku karaoke.'

Kotak vokal aku rasa terbejat ingin menyanyi di pagi hari.


Contoh 'proses berperingkat' aku:

Di awal karaoke, aku biar dulu ada suara M. Nasir iringi nyanyian Suatu Masa aku.

"Eh, Manda tutuplah voice tu. Ada voice lah," arah Paan pada Manda yang duduk di depan skrin pilihan lagu.

"Eh, biar jelah. Aku nak duet dengan M. Nasir lah," aku menghalang Paan.

 "Oh, orang macam ni pun ada eh," Paan kembali bersandar.

Di hujung karaoke aku nyanyi What Makes You Beautiful dendangan One Direction seorang.

"Fuh, penat juga nyanyi untuk 5 orang punya part," aku letak mic dan mencapai air "Dorang patut fikir untuk ambil aku untuk masuk group ni."

"Tak payah group. Kau boleh bawa sorang je lagu tu," ujar Paan lalu mencapai mic.


Begitu juga dalam buat tesis. Prosesnya berperingkat. Mula-mula kena buat Bab 1; letak Introduction, Problem Statements, Objectives, Scope and Ratinale. Lepas tu, buat Bab 2; Literature Review yang kemudiannya dilanjutkan kepada Bab 3; Methodology. Lepas tu, barulah boleh mula buat Bab 4; Findings & Discussion dan diakhiri dengan Bab 5; Conclusion/Recommendation.

Dalam setiap peringkat pula, akan dihadiri dengan tekanan-tekanan. Kita mula kata kita tak boleh, kita tak minat, responden yang diharapkan tak respon dan untuk naikkan semangat kita lecturer acah kita untuk potong markah. Kita mula kelam-kelibut tak tidur, minum Drive M7, minum Livita dan terus berjaga untuk menaip. 

Macam setiap lagu di bilik karaoke juga ada cabaran macam kena tukar key, kena jerit, lirik rap tak dipapar kat skrin, berebut dengan diri-sendiri nak jadi back up atau lead mahupun tauke datang nak hantar bil dan minta duit. Tapi kawan kita yang tak nyanyi tadi cepat-cepat selamatkan keadaan dengan iringi kita dan juga hulur duit pada tauke tadi.

***

Sebenarnya, ajakan karaoke ni dah bermula dari malam tadi. Tapi aku ada urusan lain.

Masa tu Paan telefon dan kata,

"Aku dah hantar tesis tadi. Aku dah siapkan satu hard-copy untuk tunjuk pada kawan-kawan. Bila boleh jumpa?" 

Aku tak ada jawapan. 

Pagi tadi dia dan Manda telefon lagi. 

Kali ini Manda tegas "Ktorang tahu kau ada kerja, ktorang hantar balik sebelum Asar. 20 minit lagi ktorang sampai."

Bila dorang sampai dan aku naik kereta, di sisi aku ada woven bag berwarna ungu. Satu buku kulit keras berkilau-kilau dari dalam. Mungkin sebab warna emas yang digunakan pada font type di muka depannya. Aku tarik keluar buku tu.

"Fuh, inilah yang tak sabar-sabar sangat nak tunjuk kat kawan-kawan tu!" aku keluarkan tesis Paan dari woven bag ungu tadi.



***

Tesis aku belum siap. Aku di peringkat kurung diri dalam bilik.

3 comments:

4umyfans said...

Jangan risau, bak kata M. Nasir dalam nyanyiannya,

tapi ku percaya~
semua telah tertulis~
dan niat suciku~
takkan dipersiakan~

pasti siap juga tu tesisnya.

psst: saya masih dalam proses proposal. all the best, mate. :)

Akemi Siegel said...

Hi Aimi :)

Aimi Rosli said...

hary; Suatu Masa -- tepat sekali.
Alhamdulillah, aku dah submit.

all the best.

Hai Cassy :D