2/3/15

lemon dan yogurt

Now Playing: Rindu - Shae & Nukilan



"madam, kira settle lah ni?"

aku hulur tangan untuk berjabat dengan advisor aku sebaik sahaja aku meletakkan tesis versi hardcover di atas mejanya sebagai tanda rasmi tesis diterima. 

tangan aku disambut baik advisor "ok, cepat-cepat cari kerja."


***

seminggu kemudian: aku masih lagi di rumah.

tak pasti antara aku terbaca artikel atau perbualan santai serius di fb. isu yang dibincangkan adalah ramai antara kita yang berpotensi untuk lebih maju tapi kurang keyakinan diri atau malu tak bertempat.

rasanya artikel tu ada betulnya. 
lagi-lagi bila baca job requirements/specifications. rasa diri kecil betul.

aku boleh dikatakan mampu mengawal tekanan dengan baik, ini dibuktikan ketika kawan designer mula bertanya tentang pendapatan intern aku (memandangkan semua orang pun struggle di penghujung tahun lalu demi mencapai target penerbitan syarikat);

"ktorang nak tahu juga berapa kau dapat, kau macam tak stress langsung."

tapi kebolehan ini (dan lain-lain lagi) tak dapat ditonjolkan selagi belum digaji. selepas resume, tentulah interview. beberapa orang berpengaruh dalam hidup aku, telah menasihatkan untuk tampil yakin dan menyerlah (supaya diingati) semasa interview. ini sebab bila syarikat dah call selepas tengok resume kita, mestilah dah ada beberapa percent pertimbangan ke atas kita. 

jadi sementara lapang-lapang di rumah ni, aku ambil masa untuk baiki penampilan dan personaliti supaya keyakinan diri tu boleh naik level. 

aku mula dengan ikut tips-tips kecantikan wajah, terutamanya untuk menghilangkan kesan perang hormon remaja dan tesis di wajah. aku masih tak minat dengan idea ber-make up dan kasut tumit tinggi tapi bila tengok imej korporat yang rakan-rakan sebaya boleh tampilkan, aku mulai bimbang. yelah, kan ada quote 'first impressions last'.

seterusnya, 1.30-5.00 petang jadual aku penuh sebab tonton drama-drama korporat atau keluarga berstatus sosial tinggi dari filipina dan juga malaysia. dua drama filipina tu, aku seimbangkan dengan satu drama melayu yang dalam perkiraan proximity kejadian lebih dekat. drama-drama ni sebagai guideline untuk tengok gaya hidup korporat, perlaksanaan mesyuarat dan juga konflik-konflik yang boleh berlaku dalam syarikat atau organisasi.

kalau ikutkan drama tayang kat tv memang dari pagi. sehinggakan kalau follow drama di semua siaran, masa akan penuh macam latihan untuk adapt dengan office hour. kalau sambung layan drama waktu malam, haa, itu dah macam overtime.

untuk skil komunikasi, aku tak figure out lagi macamana nak improve. maklumlah, jurusan yang aku ambil ni kalau orang baca orang tengok di resume pasti orang jangkakan seorang yang mampu berkomunikasi dengan baik serta ada rangkaian kenalan di sana-sini. 

hmm, mungkin boleh join apa-apa camping, backpacking atau ... nanti aku fikir lagi.

***

sebelum mula internship dulu mak ayah aku ada bertanya, apa perancangan aku bila dah habis belajar nanti masa. nak apply kerja kat mana blablabla. terhenti kecekapan aku mengemas meja makan dek soalan tu.

adik bongsu aku menyelamatkan keadaan dengan berkata "eh ... tapi Aimi kan blogger."

aku sambung mengemas meja sambil tersenyum, 'kau fikir kakak kau ni Hanis Zalikha ke.'

No comments: