10/12/17

Menjadi Sebahagian Sejarah di Brunei Darussalam

Now Playing: Keabadiaan Cinta - Anuar Zain

Sedikit perkongsian, kalau tak dapat tukar wang Brunei di Money Changer. Boleh tukar wang Singapura sebab kedua negara ini mempunyai Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang atau Currency Interchangeability Agreement.


Cuma duit Singapura yang koyak tidak diterima di Brunei.

 *** 

Hi!

Aku masih di awang-awangan bila teringat aku dapat jejak Brunei Darussalam minggu lepas. Nak bercerita pun kena buat draf dulu sebab teruja sangat nak cerita semua benda.

Jadi setelah bertenang dan drafting. Aku rasa penceritaan melalui kronologi tarikh adalah yang terbaik.


3 Oktober 2017 (Selasa)

Sebenarnya memang dari bangun pagi aku dah excited pasal trip ni. Aku bangun awal untuk ke KL Sentral. Malah lebih awal dari waktu aku bangun untuk ke tempat kerja. Di KL Sentral aku berjumpa dengan mak cik aku (Auntie Ha) untuk ke Brunei jumpa mak cik dan pak cik aku (Auntie Ros dan Uncle Bad) yang menetap di sana.

Dari KL Sentral kami naik ERL (KLIA Ekspres) menuju ke KLIA. Dekat KLIA ni sekali lagi aku excited sebab first time naik aerotrain.

Naik kapal terbang pulak excited lagi sebab first time dihidang macam-macam dalam kapal terbang. Haha.


Dalam kapal terbang sempat belek majalah Muhibah. Ada artikel mengenai Sambutan 50 Tahun Menaiki Takhta. Keraian Jubli Emas Sultan Brunei yang juga menjadi sebab kami terbang ke Brunei.


Setelah 2 jam 20 minit di udara, kami pun tiba di lapangan terbang. Keluar dari kapal terbang, kami disambut ramah dari setiap arah. 

Excited tiada henti, aku pun berhenti tengah jalan untuk tangkap gambar. Gambar sign board pun tangkap jugak weh. Haha.


Setelah mendapatkan luggage, aku dan Auntie Ha pun bertemu dengan Auntie Ros dan Uncle Bad yang sudah pun menantikan ketibaan kami. Setelah itu kami dibawa ke hotel.

Ini first time aku pergi bercuti bawa luggage rasanya. Sebelum ni, bawa backpack. Boleh dikatakan tangan aku sangat lenguh mengangkut luggage naik turun tangga kat LRT. Masa tu dalam otak aku, siap buat pros and cons lagi pasal luggage vs backpack.

Disebabkan tangan yang lenguh, aku tiada bantahan untuk berehat sahaja malam itu dan memulakan acara pada keesokan hari.

Ini gambar jambatan/jejantas di hadapan hotel aku. Hari-hari berikutnya memang banyak kali guna jambatan ini.


Seperti di Sabah, Brunei jugak cepat sejam terang dan gelap. Alaa, faham tak?
Contohnya: 7.20 pm tu dah Isyak di sana.



4 Oktober 2017 (Rabu)


Setelah bersarapan di hotel, aktiviti pertama adalah ke Kampong Ayer. Meronda dengan bot.
Naik bot ni dah sememangnya aktiviti kegemaran aku, pergi bercuti mana pun.

Bot yang aku naik ni baru 20 hari siap. Siap tampal sticker "Jubli Emas". Semua penduduk Brunei memang menantikan keraian 5 Oktober. Malah rata-rata orang yang aku temui mengatakan aku sangat bertuah sebab datang pada waktu ini.

Di Kampong Ayer ini, aku belajar mengenai dongeng Nakhoda Manis/Jong Batu. Memang boleh nampak batu tu, seperti kapal yang hendak karam.

Kisahnya hampir dengan Malin Kundang dan Si Tanggang. Masa tu, aku dapat rasa akan jadi sangat menarik kalau ada projek tentang penyatuan kisah-kisah dongeng yang hampir serupa dari negara Asean ni.

Selain itu, Kampong Ayer juga ada galeri yang mempamerkan sejarah perkampungan itu. Jadi, input datang dari 2 sumber: 1. pak cik bot, 2. catatan di galeri.


Ruang galeri yang selesa.


Tak tahulah sebab aku sedang bercuti jadi hari terasa ekstra cantik atau memang langit di sini memang lebih biru. Subhanallah adalah ungkapan yang terlafaz. 




Selepas berjemur dan bergambar dalam bot. Acara makan tengah hari pun bermula. Kami makan di Twlev Kafe.

First time, aku makan Ayam Peri yang bukan di Nando's. Pastu rasa macam so sweet sebab ayam dia potong bentuk heart. 


Waktu malam pula digunakan untuk berjalan-jalan di bandar. Tengok kemeriahan malam sebelum keraian Jubli Emas.

Masa nak lintas jalan, aku perasan yang kat Brunei macam tak ada orang bawa motor.



Lepas meronda bandar, singgah pula di gerai jualan. Malam tu, aku rasa Nasi Katok.





Nasi Katok ni memang in betul dengan taste aku.



5 Oktober 2017 (Khamis)

Hari yang dinanti sudah pun tiba. Ramai yang bangun awal pagi pada hari ini. Aku sendiri bangun jam 5.30 pagi. Hotel juga sudah menyediakan sarapan seawal 6.00 pagi.


Lepas dah settle down, 8.30 pagi kami semua keluar dari bilik untuk berhimpun. Kami boleh keluar lewat sikit sebab hotel tu dekat dengan tempat perarakan. Itu pun masa kami sampai orang dah ramai.

Meriah. Ada yang berbaju sedondon, ada yang hadir dengan keluarga. Tak kurang juga yang hadir dengan 2, 3 jenis kamera.




Aku tak banyak tangkap gambar semasa perarakan berlangsung sebab aku terus setting mode video. Aku rakam terus every moment. Kira-kira 11.00 pagi perarakan itu berlangsung di hadapan aku. 

Semua yang menanti sangat teruja. Aku juga sama. 


Moment tu berlalu dengan pantas dan memang terasa epik lah.




Lepas dah rehat-rehat sekejap di hotel, waktu petang pulak kami ke Jerudong Park. Haha, kat sini sebenarnya aku bergambar belah luar je. Tak masuk pun. Nak pula sebab pakai baju kurung, aku tak imagine lah diri aku ni nak main kat taman tema.

Tapi sebelum balik, aku ada ternampak Merry Go Round kat dalam Jerudong Park ni. Sekarang aku rasa nak naik Merry Go Round.




Kemudian, ronda keliling Royal Brunei Polo and Riding Club pulak.




Rupanya bila masuk dalam ada Pantai Jerudong. Dapatlah menikmati sunset di sana.





Acara tidak terhenti di situ. Kami lanjutkan pula lawatan ke Pasar Malam Gadong. Kuih, kebab, nasi, mi semua ada.





Jadi, aku pilih untuk makan ais krim oleh Santan Ice Cream dan juga Nasi Pusu (ikan bilis) yang dibungkus dalam daun nyirik.




Sebenarnya aku nak Nasi Katok lagi tapi sebabkan gerai yang beli Nasi Katok semalam tu tutup, Nasi Pusu ni aku terus makan 2 bungkus. Haha!


6 Oktober 2017 (Jumaat)




Pergerakan hari Jumaat perlu pantas sebab di Brunei jam 12.00 pm-2 pm kedai-kedai akan ditutup bagi menghormati waktu solat Jumaat.




Rasa ralat sikit bila tak dapat masuk muzium alat kebesaran diraja (Royal Regalia Building) pagi tu dan rupanya Kek Tapak Kuda Brunei yang menjadi idamanku perlu ditempah seminggu awal. Jadi, tak dapatlah nak bungkus banyak-banyak bawa balik.

Tak apa, reasons to go back to Brunei in future. Hihi!



Duduk kat Brunei dengan Auntie dan Uncle aku ni macam tak ada masa yang lapar.


15 minit lagi nak boarding pun sempat lagi lepak dekat Gloria Jean's Coffees. Haha! Kau rasa macamana!



Rasa bersyukur yang tak dapat diluahkan.


Dalam flight makan lagi haha!




Oh, dalam flight ni first time aku tengok movie. Travel sebelum-sebelum ni, bersembang tak pun tidur je (selalunya tidur). Aku tonton New Trial, filem crime Korea (sekarang aku tengah in mood tengok movie genre crime dari Korea). Tapi tak sempat habis, dah sampai KLIA.
Aku dah check kat iflix, filem New Trial ada. Jadi, bolehlah aku sambung layan lepas pos entri ni.
Anyway, I found this tourism map really helpful. Kalau nak melancong kat sana, go and get it! Sangat membantu untuk berjalan-jalan nanti.




*** 

I also have been thinking about publishing Zine I-Me isu #3 at the end of this year or early next year. Tell me if you're excited about it!


***
Lain-lain tempat:
2. Sabah PT 1, PT 2
5. Penang PT I, PT II, PT III

No comments: