11/28/11

#1 : first time gigi tercabut masa bila?

- soalan dari Iki Ali, Si ObsesTeori Darwin.

masa aku bagi peluang orang untuk tanya soalan, aku tak dapat agak pula ada orang akan prihatin tentang gigi aku. aneh. mungkin dia pernah bercita-cita mahu jadi doktor gigi. tapi sebab aku yang buka peluang jadi aku kena jawab.


dan bila aku nak jawab pula, aku tak tahu nak jawab apa. haha. aku keliru adakah soalan ini bertanyakan pengalaman pertama gigi aku dicabut doktor atau bagaimana. jadi, aku pun membuat andaian dan hipotesis bahawa pemilik soalan ingin mengetahui bila kali pertama gigi susu aku tercabut.


sebenarnya, aku tak ingat pun bila. selalu gigi susu tercabut masa kecil kan ? tapi aku anggarkan dalam usia 7-8 tahun sebab peristiwa awal yang paling aku ingat tentang cabut gigi ialah waktu malam. malam itu, aku makan jambu batu.


jambu batu memang sedap. strukturnya mungkin agak keras. namun, bahagian berhampiran biji pula lembut dan enak juga. apa pun, kerangupan jambu batu merupakan nikmat. dari kecil memang dah biasa makan jambu batu sebiji macam makan epal. kadang-kadang, dibelah lapan.


malam itu, aku makan sebiji. gigi belah atas ni memang sudah bergoyang-goyang di tahap sederhana. gigitan pertama aku pada buah itu, gigi masih bergoyang seperti biasa. beberapa kali, gigitan mula terlekat seketika pada buah tetapi boleh ditarik balik. cuma gigitan tunggal ini, sukar sedikit mahu ditarik.


akhirnya, aku lihat darah pada buah yang di tangan aku. aku cuci buah itu. aku juga terasa lopong pada bahagian gigi yang bergoyang tadi. rupanya, gigi aku sudah terlekat pada buah jambu batu yang aku sedang makan tadi. lalu aku berkumur, cabut gigi pada buah itu. aku sambung makan buah jambu batu tadi sambil berjalan keluar rumah. di tangan kiri aku genggam gigi tadi. sampai di luar rumah. aku campakkan ke atas bumbung.


ini zaman aku, gigi bawah tercabut baling ke bumbung, gigi atas tercabut baling ke tanah. aku tak tahu siapa ajar atau kepercayaan apa. baru-baru ni, aku dengar budak-budak sekarang percaya tanam gigi nanti tumbuh jadi pokok. nak kata pengaruh filem, tak ada lagi filem tunjuk macam tu. mana depe belajar ni ~


alamak, aku tersilap !
gigi aku yang tercabut belah atas. patut campak kat tanah lah.


sekian.

kemukakan soalan di formspring user wannabe.

4 comments:

Iki Ali said...

waah. tak expect panjang benau jawapan kau. hebat, hebat!

btw, aku ANTI-Darwin ok? aku tak obses. aku pangkah teori dia habis-habisan.

anyways, thanks for the very funny, LOOONG, descriptive answer. :)

Kupi Sajuk said...

Iki Ali, Aimi belajar daripada aku cara menjawab dalam bentuk karangan ni.

Aimi, gigi kau ni mengingatkan aku tentang KESAT semester satu.

Hanz Lee said...

kenapalah tak boleh like komen cassie. haha
tp tu tuk soklan lain. soalan bila pertama kali gigi anda patah? atau bila pertama kali anda pitam semasa kawad. haha

thslly said...

Hahaha
Lawak la pulak baca..
Boleh pulak pasal gigi.
Dah tak ingat dah bila masanya gigi mula2 tecabut dulu.