6/9/19

Sembang Gebang "TV Siri: Voice Note” bersama Ain Rosli #EdisiCutiSekolah

Now Playing: Teman Pesta - Tulus


Salam Syawal!

Cuti raya ini telah memberikan ilham kepada aku untuk melahirkan satu episod Sembang Gebang. Semuanya hasil dari duduk bersembang sambil makan kuih raya bersama adik-beradik.

Antara sebab aku pilih Voice Note sebagai bahan perbincangan adalah:

a) TV siri ini ada 4 episod sahaja - Mudah untuk kami recall/rewatch ketika menyatakan pendapat. Maklumlah siri ini sudah ditayangkan sebelum Ramadan, sekarang sudah Syawal.
b) Kesesuaian - Aku rasa target audiences TV siri ini adalah remaja. Aku rasa aku ada cerita yang sesuai dan tetamu Sembang Gebang yang sesuai. 
c) Percanggahan - Semasa perbincangan adik-beradik ni, masing-masing ada tafsiran dan pendapat mengenai episod akhir. Jadi, aku rasa perkara ini boleh diketengahkan.

Antara empat adik aku yang sedang sedap makan kuih raya bersama ni, aku jemput salah seorang untuk buat episod Sembang Gebang. 

Masih ingat adik aku yang sangkakan kerjaya aku adalah blogger?

Ya, dia kini sudah 16 tahun. Selepas menonton filem/drama sudah boleh diminta pendapat lebih dari suka atau tidak. Kebiasaannya aku akan suruh dia nyatakan sebab dia suka atau tidak suka sesuatu cerita. Ini juga adalah masa yang sesuai untuk aku ajak dia buat semua ni sebab sekarang cuti sekolah.

Pertama kali juga aku nak buat posting dengan adik-beradik ni.


***


Semua jawapan adik aku adalah pendapat dia sendiri. Bebas dari sebarang pengaruh aku. Sama macam episod Sembang Gebang yang lain - tetamu bertanggungjawab atas pendapatnya sendiri. 

Kecuali masa aku taip balik aku rasa ayat dia tergantung, perlulah aku tanya dia apa dia nak cakap sebenarnya. 

Rasakan exam time raya, Ain! Haha! KBAT ke tidakkk.


***


SOALAN 1: APAKAH YANG MEMBUAT ANDA TERTARIK UNTUK MENONTON VOICE NOTE?

AIN: Disebabkan iklan teaser untuk Voice Note ni dia macam berbeza dari yang lain dan bila tengok first episod dia macam wow tapi tak sangka episod kedua dah membuatkan sel-sel otak saya berhubung :p

AIMI: Sejujurnya kerana kes sama tak serupa (Voice Note vs Gantung) yang aku ternampak di group filem FB ataupun RT di Twitter, tak pasti yang mana satu sumber awal. Yang pasti, perdebatan inilah menyebabkan aku tertunggu juga trailer Voice Note. Waktu perdebatan ini berlangsung, aku rasa Voice Note masih lagi menjalani penggambaran/suntingan.


SOALAN 2: MENURUT ANDA SIAPAKAH PENONTON SASARAN (TARGET AUDIENCES) VOICE NOTE?

AIN: Menurut saya, penonton sasaran yang sesuai untuk drama ini ialah dalam lingkungan usia 16 sehingga 21 tahun kerana mempunyai sedikit unsur pembunuhan dan aksi yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak mengikuti apa yang mereka lihat dan akan mencuba.

AIMI: Remaja. Terutamanya belasan tahun hingga lewat 20-an. Penggemar cerita thriller atau suspens sebab trailer yang release di IG mempunyai look yang meyakinkan untuk menarik orang menonton.

Untuk aku, awal trailer memang buat aku nak tengok Voice Note sampailah bahagian hujung tetiba ada hantu tu macam off sikitlah. Benda ini bukan dipengaruhi oleh sebab aku tak suka cerita hantu tapi sebab aku rasa kemunculan hantu tu tak sync dengan konsep suspens modern yang ditonjolkan awal trailer.


SOALAN 3: ADAKAH ANDA MERASAKAN IDEA SEPERTI VOICE NOTE INI SEGAR DI KACA TV?

AIN: Bagi saya idea seperti ini agak baru dan ada kelainan kerana selalunya drama siri di kaca tv akan mengisahkan tentang percintaan tetapi drama ini mengisahkan tentang misteri atau thriller. Genre drama ini amat berlainan daripada yang lain.

AIMI: Untuk saluran tv swasta percuma, ya.

Memang dah lama tak ada cerita thriller, suspens kan. Nak pula Voice Note ni menggunakan medium yang moden (telefon pintar) jadi nampak relatable dengan penonton remaja yang aku katakan sasaran penonton tadi.

Tapi kalau selalu tengok series di platform online streaming, follow series macam 13 Reasons Why, Pretty Little Liars, baca novel-novel Fixi idea begini akan kelihatan biasa.

Tertanya-tanya juga, adakah TV siri ini satu eksperimen untuk melihat penerimaan penonton TV?


SOALAN 4: APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI SUSUNAN PLOT VOICE NOTE?

AIN: Susunan plot cerita ini agak berterabur pada peleraiannya dan peleraiannya agak memberi sedikit keserabutan kepada penonton. Nampak seperti pengarah mahu menghabiskan drama ini dengan cepat.

AIMI: Susunan ok je kot. Haha!

Di samping cerita Miss Sara yang bergelumang dengan voice note yang diterima, setiap episod akan highlight kisah watak yang ada:

Episod 1 - Ika/Faizul
Episod 2 - The Gang dan Masalah
Episod 3 - Tasya/Jason
Episod 4 - The Gang dan Rahsia, Mira

Cuma dalam perjalanan menuju pengakhiran tu terdapat beberapa masalah plot holes.


SOALAN 5: SIMPULKAN KESELURUHAN PENDAPAT ANDA MENGENAI VOICE NOTE?

AIN: Drama ini sepatutnya episod dipanjangkan agar tidak berlaku keserabutan dan menyusun semula plot cerita ini dengan betul agar tidak berlaku banyak plot twist secara tiba-tiba. Jalan cerita ini dah cantik tapi ada pulak skrip skema dan klise. Tetapi drama ini boleh recommend untuk orang dewasa. Cuma pendek sangat kisah dia sampai orang pening. 

Pada Episod 1 jalan ceritanya dah OK tapi sampai Episod 2 sudah serabut. Lagi-lagi Episod 4 kerana tiba-tiba Miss Sara dimasukkan ke hospital dan di situ berlakunya plot twist dan penghujungnya agak memeningkan. 

AIMI: Secara keseluruhannya, aku rasa ada beberapa bahagian yang dibuat gopoh dan ada juga yang terlalu dipanjangkan. Aku juga lebih cenderung kepada penggunaan setiap watak yang muncul di skrin dari bagaimana cerita ini diakhiri.

Contoh kegopohan yang aku maksudkan adalah bagaimana babak kemalangan Mira dan rakan-rakan dbuat. Semua terjerit-jerit dan boom!

Kemudian, bagaimana karakter Jason yang awalnya angkuh dengan Sir Kamal ketika sesi spot check tiba-tiba masa episod akhir, jadi takut semacam pula diugut ketika rahsia akan dibongkar Sir Kamal. Babak itu tak juga menunjukkan yang dia takut kerana bimbangkan Tasya atau apa. Apa yang cepat sangat berubah tu?

Cerita ini ada banyak watak, kita faham banyak watak ini sesuailah dengan latar kolej. Tetapi masalah kepada kemunculan watak ini adalah bila impak mereka tidak sepadan dengan kemunculan wajah mereka pada opening credit.

Contoh watak Hilman dan Haiqal. Kemunculan mereka tak digunakan secara maksimum.

Macam watak isteri Sir Kamal, penampilannya terlalu dramatik. Mood ketika babak ini seperti berada di drama yang berlainan.

Dua karakter yang dikira OK adalah Mira dan Tasya. Mira dalam voice note memang sering berbunyi anti-lelaki, sesuai dengan buku-buku yang Miss Sara temui di biliknya manakala Tasya yang bersifat cepat naik angin sesuai dengan latar keluarga yang abusive. Orang terlanggar sikit, naik angin dia fuh!

All in all, aku hanya ingin bertanya; Siapa Juita? Haha!

***


Aku baca jawapan Ain ni, nampak dia disturb betul dengan ending Voice Note. Mengingatkan aku semasa aku belasan tahun, aku ada tonton telefilem Astro bertajuk Biarlah Rahsia lakonan Elfaeza Ul Haq, Tiz Zaqyah, Norish Karman, Zahiril Adzim, Zaidi Omar yang aku rasa disturbing betul pengakhirannya. Haha sampai sekarang aku ingat!


***


Aku tak main-main ya bila cakap aku buat macam peperiksaan. Jawab pun atas kertas kajang. Siap kena salin soalan balik! Nasib aku tak bawa balik pen merah dan bagi markah je ni sis.