1/16/12

dibawa bayu ke bawah bayu

Song Played : Anak Kampung - Jimmy Palikat


i'm in SABAH, bebeeeh !

mari lihat peta perlancongan, ke mana kita nak pergi (peta ini sebenarnya di atas sehelai t-shirt yang tidak dibeli).

jadi, perjalanan adalah seperti berikut : Sandakan - Lahad Datu - Semporna : Mabul - Lahad Datu - Tambisan - Sandakan. yang kalau dilihat pada peta hanyalah satu per lima dari Sabah. ok, ok, sebenarnya tak tahu pecahan Sabah. yang satu per lima tu aku buat teori sendiri.

let's flyyy ! up, up, here we go

hari kedua. di lahad datu.

hari pertama tak ada gambar sebab penat. bila sampai dah malam. penerbangan memakan masa 3 jam.

moving on, mari bersiar-siar di Semporna menaiki bot.




kenapa semua awan dalam gambar nampak macam boleh dipegang dan digapai ?


Semporna - 7.15 PM (atas), 7.32 PM (bawah)

sarapan dulu, sebelum sambung berjalan. nasi kuning.






seterusnya, Kunak, 2.36 Petang

bermalam di Lahad Datu sebelum menyambung perjalanan ke Tambisan.

ada apa ramai-ramai di pejabat pos. ada apa aku ke pejabat pos sabah, haha.


8km lagi.


wonder how we got here ?

we got here by sampan. naik sampan Like A Boss


Tembisan, 6.01 AM.

and finally, back in Sandakan.



beli-belah macam explorace sebab sampai lambat. banyak kedai dah nak tutup.

air dan laut di mana-mana. this time : Sandakan !

malam sebelum pulang. dah lembik, jadi berehat sambil menonton 'Bunga April' di dalam bilik.

Airport Sandakan


till then.
cause i'm leaving on a jetplane.

***

tahukah anda, sabah sangat luas dan tiada tol.
aku sedar sabah luas kerana semua perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memakan masa berjam-jam lamanya. i lost count sebab banyak tidur. tidur, di setiap kesempatan. haha. aku tak sedar pun sabah tak ada tol. kawan aku yang bagitahu. haha.

tahukah anda, begita banyak laut dan pulau, tak ada satu pun yang aku terjun.
aku patut pergi terjun di lain hari. kedatangan pertama ini, cuma sesi suai kenal dengan tempat.

tahukah anda, beberapa hari sebelum kami semua ke sana tempat yang kami akan pergi dikatakan hujan. hujan.hujan.
tapi semua just fine. kita semua boleh nampak awan berkepul-kepul dan matahari menyinar dalam gambar-gambar di atas. syukur.

tahukah anda, saya mendengar Sabah FM dan Tawau FM di sana.
Sabah FM ber-tagline kan Bagus Bah ~!. tapi kenapa Tawau FM macam tak ada tagline ? (atau mungkin aku tak dapat tangkap).

oh, aku tak pergi Tawau.

tahukah anda
selepas pulang dari sabah waktu tidur saya sudah kembali normal. yeayy !

9 comments:

Liyana Aziz said...

ada beli kan kita souvenir? entry awak yg paling banyak gambar kita rasa.. kikiki

Akemi Siegel said...

Aimi, lain kali kalau pergi mana-mana jangan tidur tau. Setiap perjalanan tu pasti ada sesuatu yang dapat kita nikmati. Sabah bagus bha kan? :D

sarah mohamad said...

Tak pernah lagi g sabah. Teringin nak pergi. Kawan2 sabah je yg ramai. HEHEHEHE

محمد رازيق said...

wah, syoknya. bilalah nak rasa pi sabah ni. huhu... tak pernah pi lagi.. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri BURUNG BIRU SI PEMALU :)

Meen Ramsa said...

haissshhh.. che meen sampai sini da seminggu tp x g jln lg, hurmm... :(

chemay said...

wahhhh.
taki penah pergi lagi sabah.
nanti nak pergi lahh.
laut dia nampak cantikkk
:)

hati~♡ said...

tahukah anda.. sy br balik dr tawau? hahahah ;p

zulhilmi tempoyak said...

dah bleh jd tourist guide ni...
hhihihih

nnt klu nk pg pggl aimi bleh ek..hihi

oni said...

sabah tidak akan pernah membosankan. gua dah ke kota kinabalu 2 kali, kota belud, kudat(mengayau), kundasang (gunung kinabalu), ranau. next mahu ke tawau, kunak, semporna mau lihat regatta lepa.