7/1/12

Kelab


Kelab pertama aku sertai di zaman persekolahan ada kelab ... aku dah lupa. Masa darjah empat aku cuma ingat aku sertai Puteri Islam. Ketika darjah lima aku sertai Kelab Pendidikan Seni (Seni Kreatif, mungkin). Makin lama aku pilih yang makin relaks, aku masih di kelab yang sama. (Mula-mula aku fikir aku dalam Kelab ‘permainan dalaman (indoor games)’ rupanya itu Permainan – tahukan sekolah ada 3 benda dalam kokorikulum  : Persatuan, Permainan, Kelab).

Menginjak ke sekolah menengah, aku dah beralih ke kelab ... HAHA! Aku ingatkan ingatan aku kuat, tapi asyik lupa je.

Ok, aku dah ingat. Aku masuk Kelab Bahasa Inggeris. Dipengaruhi rakan-rakan, aku bukan sahaja speaking malah aku telah berlakon di perhimpunan sekolah. Seperti biasa, aku watak tambahan. Stage fright ni bukan perkara main-main. Naik atas pentas semuanya terkunci termasuk mulut.

Selepas 3 tahun, berturut-turut setia kepada Kelab Bahasa Inggeris, pucuk pimpinan beralih arah. Maka, kami pun berpecah. Di tingkatan 4, tanpa faktor yang jelas aku telah memasuki Kelab Pencinta Alam. Bukan sebab tak cintakan alam sekitar aku menulis kemasukan aku ke dalam kelab itu ‘tanpa faktor yang jelas’ tetapi aku sendiri bingung mengapa aku menukar kelab. Rasanya ada berhubung kait dengan pengaruh kawan-kawan dan faktor kenderaan (sekolah jauh dari rumah).

Selepas tamat zaman persekolahan, zaman diploma telah datang menjemputku (keh keh keh). Rasanya ketika itu memang tak ada kelab-kelab. Koko pun cuma pilih satu benda je. Nak berkawad, menari atau apa.

Masuk zaman ijazah sarjana muda ni, aku dah tak payah ambil koko. Namun begitu, aku diperkenalkan dengan kolej yang begitu aktif membabitkan penglibatan penghuni-penghuninya. Pelbagai kelab diwujudkan. Siap ada kempen ‘1 Kelab, 1 Siswi’.

Malangnya, sehingga tarikh tutup aku masih tak mendaftar. Dan itu merupakan syarat wajib untuk duduk di kolej semester depan. Itu bukan sebab utama wujudnya entri ini. Selepas tarikh tutup menyertai kelab ditamatkan tempohnya baru aku sedar ada kelab ‘menonton filem’ ingin diwujudkan. Malangnya, kurang mendapat sambutan kelab itu dan beberapa kelab lain telah dibubarkan atas sebab yang sama. (Perasaan ketika melihat pengumuman : kalau kelab ni ada, aku dah join. Hihi.)

Hari ini, kelab seperti Kembara, ICT, Kebudayaan, Catur masih utuh di sini. Cuma aku nak cadangkan supaya wujudkan Kelab Pencegah Jenayah. Kasut baru aku, baru sahaja ditibai (jangan tanya kenapa letak di luar bilik. Rak kasut di luar adalah antara jawapan yang akan kau terima dari aku). Kawan-kawan dari aras lain pula kehilangan skinny jeans. Baru-baru ini, ada berita penceroboh mengetuk pintu bilik. Dalam pamplet tu cuma cerita orang tu ketuk pintu bilik dan sebut nama pelajar. Pamplet tu tak cerita, penceroboh tu buat apa. Seram woi !

3 comments:

Amie said...

kite pun puteri islam dulu. gigih dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. haha.

best pulak kalau ada kelab menonton filem. hurm.

Rodiahalim said...

please cerita penceroboh tu cakap apa? peleaseee

zulhilmi tempoyak said...

hmmm... dl pling ingat ialah kelab malam..hahahaha