11/6/12

Pengaruh

Masa zaman kanak-kanak drama-drama TV saya programkan saya dengan pemikiran supaya berhati-hati dengan kawan di universiti, mereka akan hasut kawan-kawan yang lain untuk membeli telefon canggih menggunakan duit pinjaman.


Syukur, bila saya masuk ke universiti saya tak dikelilingi dengan kawan-kawan yang menghasut supaya sentiasa menukar telefon bimbit kepada yang lebih canggih.


Tapi sekarang saya ada satu dilema. Begini ... 


Saya ajak 2 orang kawan saya join pertandingan online untuk menangi tiket supaya dapat tengok movie percuma, malam esok. Tanpa disangka-sangka kami semua menang. Movie bermula pukul 9 malam di sebuah pawagam di bandaraya. 


Kawan saya kata mesti bertolak pukul 6 petang -- saya kata kelas saya habis pukul 7. pergi pukul 7. 


Dia kata tak sempat dan dia kata ponteng kelas pukul 4.30 petang hingga 7 tu atau keluar awal (keluar awal ? memang tak lah, nak cakap pun takut). Kelas 4.30 tu pun sebenarnya ... bermula pukul 4 tapi sekarang ni, jurusan yang saya ambil ada buat Talk. 


Jadi, kenalah ... saya dengan classmate pergi lambat kelas kul 4.00 sebab Talk tu wajib. 


Talk tu dijangka habis pukul 4. Untuk solat dan ambil bas ke fakulti, saya jangka kami sampai pukul 5. Saya tak nak missed benda-benda penting dalam kelas tapi saya juga nak raikan tiket yang saya menangi. 


Persoalan sekarang -- patut ke tak saya ponteng kelas tu ?

4 comments:

Soren Mohd Noor said...

Sebagai pelajar yang berwibawa, anda tidak sepatutnya ponteng kelas... :P

Amie said...

waduh sangat dilema ye. hm.

amie selalu akan judge begini. kalau kelas tu tak pernah ponteng, why don't ponteng for the first time.

& lepasni berjanji kepada diri sendiri untuk tak ponteng lagi kelas tu sampai habis sem.

hihi.

bukan selalu menang tiket percuma, ye dak?

skulluv said...

sempatla rasanya kalau pergi pukul 7 tu..

:)

Liyana Aziz said...

hey, dah macam cerita impian ilyana.. hahahah...

apa kata ikut kata hati? selalunya ikut kata hati betul, tapi tu bagi kita la...

x tau kalau awk cane, yg penting sentiasa ingat, yg mana jadi pilihan, yang itulah yang dh ditulis oleh Dia...

=)