1/31/17

Mencipta "Red Velvet" Semerah Cinta Kita

Now Playing: City of Stars - Ryan Gosling & Emma Stone


Ewah tajuk kau!

Tajuk mengundang heart attack lepas 3 bulan senyap dan langsung belum ucap "selamat tahun baru".

***
Selamat Tahun Baru!


Penghujung tahun lepas salah satu kawan pejabat aku bagi aku green tea cookies yang dia buat. Masa tu kami pun berboraklah pasal trend baking. Apa yang up to date semua. Macam sekarang memang semua tengah hype dengan green tea. 

Aku pun tak terkecuali. Sampai Garnier keluar product baru, Pure Active Matcha De-tox pun aku dah beli.

Masa berborak tu aku terbuka trend, "Red Velvet". Aku tak betul-betul faham Red Velvet ni benda apa. Like apa yang membuatkan kita boleh kata, "Ahha! Inilah kek Red Velvet yang jadi,"

Sebab kali pertama dan terakhir aku makan Red Velvet macam tak adalah sedap sangat. Rasa kek tu begitu asing di lidah aku.

Kawan aku ni pun cakap, "Laaa, actually Red Velvet kek koko je. Letak warna merah. Cuka."

I was like, "Kek koko?"

Aku teruja sebab aku ni memang pandai makan kek koko / coklat dan sewaktu dengannya je.

Kebetulan petang tu, aku pergi Aeon dan ada pula orang bagi tester kek ni. Sedap weh. Akibat tester aku pun terbeli sebekas Red Velvet = RM 10. Sekelip mata habis masa tengok TV.

Tak disangka-sangka juga, masa birthday aku dapat 2 cupcakes yang sooooo pretty. Dan salah satu dari cupcake tu adalah Red Velvet.

Harrods ni kotak kek pun lawa. Warna pink, rasa macam anak raja masa tu.



1. Birthday celebration with Mas & Shaz. Yang cream putih tu Red Velvet cupcake.

Mula dari sini aku pun berazam untuk buat Red Velvet. Tapi misi aku nak kena rasa dulu beberapa Red Velvet. So, bila aku buat nanti aku tahulah kek aku menjadi.

Tak ke awkward nanti kalau orang tanya, "jadi ke ni?"

Kita jawab, "entah ek."

Aku kalau boleh nak jawab konfiden je, "jadi."

Yang ni tak ada nombor sebab bukan sambut birthday tapi kepala terhantuk teringat tak rasa lagi Red Velvet & Green Tea Frappe McCafe. Jadi reka event "sambutan tahun baru" sendiri untuk cita-cita tersebut.

Setelah rasa beberapa kek Red Velvet, i must say McCafe punya Red Velvet adalah antara yang aku suka.

Ahha! Nampak tak hype minum green tea tu. Bukan main hebat lagi acara hi-tea.

2. Belated birthday celebration for me, advance birthday for Shadiqah with Masliya and Sabariah.

Ini acara usai habis melantak menu utama. Pukul 10 pagi dah terpacak dalam kedai.

Maklumlah lama tak jumpa, tak boleh buang seminit pun untuk bergosip. Jadi dah makan menu utama, order lah kek untuk terus kekal duduk dalam kedai dan berborak.

Masa ni rasa sikit kelakar sebab dapat birthday cake sebab birthday dah lepas macam 2-3 minggu tapi tak menolak haha.

3. Birthday celebration with one of the housemate.

Cewah tak sempat selang sehari pun, dah pergi makan kek dengan housemate pulak. Konon jeee rasa kelakar sambut birthday lepas sebulan tadi tu.

Semua ni sebab kebetulan ada satu hari dia balik kerja, dia tercerita birthday dia hari tu. Aku pun macam ramah lah pulak bagitahu yang birthday aku baru lepas 2-3 hari.

Dia pun cakap, "Laaa, kenapa tak bagitahu awal-awal?"

Haha, aku macam tak terfikir pulak hal tu.

Aku pun cakaplah, "Tak apalah, nanti kita celebrate sekali."

Busy punya busy, sebulan lepas tu baru dapat duduk sekali celebrate.

Masa potong cake tergelak-gelak wish "happy belated birthday" sebab dah belated gilaaaa.

Nampak tak dalam gambar tu sekali lagiii ditemani green tea. Aku punya jus kiwi tu sebenarnya (konon mencari kelainan) tapi bila dapat offer, "nak tak green tea ni?", tak buang masa sedut.

Housemate yang sama telah membelanja kek Red Velvet di suatu hari,

Dan lagi sekaliiiii, hari tu housemate tu rasa nak makan kek lepas makan McD. So, dia pun ajak teman pergi beli Red Velvet Mak' Cik kat Aeon. Jadi dapatlahhhh kita merasa lagiii Red Velvet ni.

Rasanya macam dah boleh conclude dah rasa Red Velvet ni. Aku dah sedia lah nak buat. Cuma kena study resipi dan beli bahan.

4. Belated birthday celebration with Azian and Najwa.

Tapi sebelum tuuuuuuu, ada lagi weh suprise birthday cakeeee. Rasa terharu. Haha, macam padiaaaa sampai sebulan disambut birthday (#25Still). 

Paling dahsyat masa nampak beg kertas Zara tu.

Najwa bagi beg hadiah, "Aimi ni hadiah."

"Fuyoo Zara ke?"

Azian berpeluh dari cepat-cepat jawab, "Eh beg je tu."

"Nasib baik. Kalau tak kita yang berpeluh nak fikir hadiah apa nak bagi next birthday nak beat Zara," aku tertawa dan sambung makan kek. Malam yang cukup menyenangkan hati.

Kali ni tak ada Red Velvet dah sebab Red Velvet seterusnya adalah yang aku buat.

***

Birthday celebration yang dahsyat ni telah menyentuh hati aku merasakan yang all my girl friendsssssss are the best, despite of perangai mengada, clingy, garang dan sebagainya, kekal kawan sampai sekarang.

Kah kah, perangai mengada tu aku macam tak boleh blah.
Contoh: Manda label diri "kakak superhero" sebab bila adik dia nak keluar ke apa dia akan hantar kan.

Diah lak tibai cakap, "Haha aku selalu feeling nak hantar adik adik g jalan jalan. Kalau aku ada adik lah."

Aku cakaplah, "Aku boleh jadi adik kau, kalau kau nak!"

"Oh maiiii takpelah cancel".

Suatu hari Manda nak datang KL.

Kemain pum pang pum pang tentang macamana nak bertemu. Aku tanya, "what about me?" padahal dah separa tau the plan.

Diah balas, "Kang aku ambik la kau. Kau kan adik aku."

Actually, all of my friendssss are the greatest.

 ***

Ok, selesai acara cake testing. Marilah kita membuat cake for real. 

Memang sesuai kan buat Red Velvet ni masa cuti CNY sebab merah = "ong".  
Harap "ong", kek menjadi lah.

Lepas godek-godek Google, aku pilih untuk buat resipi Red Velvet dari blog Eny Abdullah. Resipi ni ada memacam. Jadi, aku pilih yang simple untuk aku faham.

Know your weapon!

Dan dalam resipi tu pulak, ada sebut pasal Buttermilk. Aku yang berada di level beginner dalam hal ni terpinga-pinga membaca Buttermilk. Nak pula dalam kepala rasa macam tak boleh recall rupa kotak Buttermilk atau kat mana duduk benda ni di pasaraya. Aku siap Google "Buttermilk di pasaran Malaysia".

Aku pun buat lagi research. Actually, dalam blog Eny Abdullah tu ada tulis option lain kalau Buttermilk tak ada. Tapi nak memahamkan aku macamana benda tu berfungsi, eloklah aku Google lagi.

Masa tu terjumpa, blog Asam Garam 2 Puteri. Blog ni bagi beberapa option lagi untuk buat / ganti Buttermilk.

Bila dah baca blog tu barulah faham pasal macamana bahan-bahan macam cuka, lemon ni related dengan kek Red Velvet. Tapi rasa lemon is a no! no! no! untuk kek aku. 

Lemon tu ngam buat minum dengan madu. Letak dalam kek aku tak minat.

Pertama kali nak guna dua bahan ni. Excited!

Antara bahan lain yang nak kena ada untuk Red Velvet ni adalah Cream Cheese. Masa tengah buat perbandingan Cream Cheese ikut sukatan dan harga, kepala tertoleh-toleh jugak cari Heavy Cream (alternatif bahan buat ganti Buttermilk). Tiba-tiba ... kotak Buttermilk bercahaya depan mata. 

Happy gila sambil jerit, "Yeay! Tak payah buat sendiri."

Haha! 

Ini kira macam "Heart of Tafiti" kepada Red Velvet lah (Moana addict detected).

Next thing adalah untuk adun semua bahan. Semua dibuat betul-betul mengikut blog Eny Abdullah tu sebab tak pandai nak improvise sendiri. Haha.

Sehinggalah adunan menjadi seperti di bawah:

Masuk loyang!

Punyalah level beginner, masa buat frosting ni pun aku Google "should cream cheese frosting be cook?" sebab arahan dalam resipi tu cuma sampai putar hingga sebati.

Cream cheese frosting in the making.

Frosting ni actually banyak lebih tadi. Maybe boleh buat training rose frosting on cakeeee. So boleh up level jadi expert. Tapi sementara piping bag tak ada ni, cicah biskut Hup Seng yolahhh.

Happy me!
Red Velvet menjadi. Manyakkkk "ong"!

Ketika blog ini ditulis, kek ini sudah tinggal sepotong sahaja di dalam peti.
Dan aku bercita-cita nak buat lagi.

Kawan-kawan yang terbaca dan nak, datang rumah jelah raya nanti.


***

Kek-kek lain: