3/24/11

NOKSS - Sebuah Zine

projek ini pernah tertangguh hampir setahun dulu. tapi ketika itu kami cuma berenam. kali ini, projek ini berjaya. dengan ada 13 penulis lain.

maka, setelah sesi menggunting

gam

dan tampal

terhasillah sebuah zine yang bertajuk NOKSS!

zine ini telah berjaya menghimpunkan 19 orang untuk menulis 2 atau 3 luahan hati, cerita fiksyen, cerita separa benar dan macam-macam lagi. bayangkan jelah 19 orang duduk semeja. walaupun kami tidak menulis untuk duit tapi bagi memenuhi janji (tak lah janji sangat) cuma kat page belakang sekali kami tulis 'akan datang ISU #2' jadi kami perlukan wang. zine ini dijual dengan harga berikut -

By Hand : RM 5

Pos (sila tukar wang anda kepada wang pos di pejabat pos) :
Sem. Malaysia : RM 6
Sabah dan Sarawak : RM 7

hubungi kami di : http://www.facebook.com/9BelasZine untuk alamat surat-menyurat.


dan kalau yang duduk satu kolej dengan kami, kami lah orang yang main rounders petang-petang kat kolej, yang tiba-tiba main pepsi cola, yang kena marah main ku-chi-pang (itu classmate aku, aku tak ada time tu), yang setiap sem buat photoshoot sana sini, yang pergi mandi sungai, yang pergi main boling dan karaoke macam rombongan, yang lari-lari dalam hujan di kuala lumpur, yang apa lagi yang apa lagi ... oh ya, yang tulis zine ini. sekurang-kurangnya, bila kami tak jumpa nanti, ada satu kenangan besar untuk kami simpan. jadi, sokonglah kami punya zine. bangsa membaca bangsa berjaya.

sepertimana, kami gembira mendapat naskhah pertama kami. kami harap anda juga begitu.

Penulis-penulis 'NOKSS!' : paan, ejam, iki, alyssa, diah, ag, elie, shah, ery, atin, cassey, yana, manda, ammar, aishah, ez, tini dan arien.

3/13/11

kalau dapat dibukukan, bagus juga.




Menyahut kata-kata semangat yang berbunyi "orang filem kena tonton filem" oleh karyawan tamu di pusat pengajian mereka. 5 sahabat : Pian, Aima, Idham, Dzia dan Mandy telah pergi ke sebuah event yang menayangkan short film yang bertempat di Map KL. Untuk tidak, kelihatan seperti orang yang sama menulis. Cerita-cerita ini ditulis oleh 5 orang penulis juga :

1. Telemovie Clishe (MAP)


Hari ini mereka berlima bercadang mahu ke MAP di Solaris untuk melihat tayangan-tayangan filem pendek dan sebagai pelajar filem yang menuju ke arah prolifik kegiatan ini amat perlu. Tapi yang membingungkan Pian selalunya dia mengambil kakak sedaranya pulang dari kerja dia selalunya akan lalu di Solaris Soho KL dan dia yakin tempatnya disitu tetapi bila diteliti rupanya MAP tu kat Solaris Dutamas. AHH! Sudah! Kat mana pulak tu? Dengan pengalaman mengambil kajian tempatan sebagai salah satu subjek pelajaran sekolah rendah masing-masing mulalah mengoggle map. (...read more)

Oleh : Farhan Ramli
Masih bersemangat meneruskan kehidupan walaupun kepala pernah berjahit tujuh


2. Ke Solaris - Dari Perspektif Aima

... rupanya bangunan yang aima dan rakan-rakan nak pergi tu seberang dengan tempat mereka parking. nak ke sana tak boleh lintas jalan tapi kena lalu, laluan bawah tanah dan naik lif. sekali lagi betul kata fiq, kawan pian. tempat tu memang macam tak siap. aima teringat gambar-gambar kawan-kawannya yang lain yang pernah ke situ semester lepas. seingat aima tempat itu cantik. jadi, tempat tak siap ini apa ? escalator pun tak bergerak. dzia bergerak menuju ke arah escalator. tiba-tiba lampu escalator menyala dan escalator mula bergerak. ohh, energy saving rupanya. hebat betul. aima dan rakan-rakan menaiki setiap escalator. sampai di satu tingkat tinggal hanya satu lagi escalator. kesemua mereka buntu. mandy kemudian naik ke atas. dzia melaung "kalau sepuluh minit kau tak turun, ktorang selamatkan kau." tiba-tiba, mandy menjerit dari tingkat atas "ada jalan, ada jalan !". maka, kesemua mereka menaiki escalator. (...read more)

Oleh : Aimi Rosli
Masih rajin menyalin nota di dalam kelas walaupun ramai di kira dan kanannya telah tewas.

3. Menonton Filem

... selasa lepas untuk melengkapkan putaran untuk menjadi orang filem ni aku bersama pian, aima, dzia dan mandy (bukan nama sebenar) telah bersama-sama pergi menonton satu tayang shorties di satu tempat yang aku pertama kali sampai, MAP solaris. gilalah, tak cukup dalam rumah, dalam kelas, dan pancha delima bawa keluar pula. dah lah tempat ni macam gampang tak macam kampung aku yang ada kedai mamak, pak aji, dan kedai atong. kedai-kedai yang ada dekat sini memang macam gampang. (... read more)

Oleh : Ezham Noh
Masih dikatakan comel walaupun sudah berusia 20 tahun.

4. Entiti Bukti

Dzia bagitau aku, dia rasa kecik gila masa ikut Mandy, Aima, Idham ngan Pian pergi tgk shortfilm. biasalah dia bukan ahli kelab screening. dia ahli kelab korea tapi dia nak jugak merasa jadi budak film, so dia ikut je mereka berempat ni pergi solaris (... read more)

Oleh : Siti Rodhiah
Masih teguh dengan pegangan menonton cerita-cerita korea.

5. Perjalanan 5 sekawan ke Solaris Dutamas! (Persepsi Mandy)

Fuhh! Payah juga nak interview si Mandy. Status student dengan dirinya cukup mencabar kredibiliti gua selaku wartawan hiburan Punk! picisan. Dah banyak kali gua buat appointment untuk interview ni tapi ada ja hal last minute yang terpaksa post-poned ke tarikh lain. Tapi tak mengapa. Demi Mandy dan untuk melengkapkan Telemovie "Perjalanan 5 sekawan ke Solaris Dutamas" ini, gua tetap gigih bersabar dengan Mandy yang walaupun namanya sedikit murtad, tapi dia tetap Melayu yang sinonim dengan Janji Melayu dan Melayu mudah lupa dan lain-lain (... read more)

Oleh : Siti Amanda
Masih lagi kekal menjadi seorang yang nekad dengan hasrat hati. Terkini, dia selalu nekad ke Melaka.

Apakah nasib mereka di akhirnya ? Sama-sama kita baca (kalau rajin).
------------------------------------




Ok, berangan nak buat buku.
Siap ada cover bagai.
Kerajinan terlebih apabila bahan kajian untuk subjek psikologi & sosiologi tidak ditemui.
Ini betul menguji psikologi.
Ohh, tapi memang kawan-kawan kelas aku ada plan nak buat zine pun.
Untuk simpanan peribadi. Harap-harap sempatlah aku hantar tulisan aku juga (:
"Weh, copy kat blog je tak boleh ke ?." HAHA.