Selepas satu perbualan di laman Facebook, aku rasa nak tulis mengenai rasa minat aku untuk memakai baju kurung. Sebab ada suatu masa dulu aku rasa, raya tak perlu beli baju kurung. Boleh pakai tahun lepas punya atau tahun lepas-lepas punya. T-shirt dan jeans lebih penting. Takkan keluar rumah, lepak-lepak pakai baju sama saja (jenis shopping baju masa nak raya je.). Jadi, beberapa tahun dalam usia belasan tahun itu aku tak beli baju kurung. Tingkatan 3 aku ada beli baju kurung biru. Aku rasa baju kurung biru ini paling setia dengan aku sebab sampai sekarang aku masih pakai. Malah masa aku pergi interview untuk masuk ke universiti juga aku pakai baju kurung biru ini juga. Sampai hari ini pun aku masih pakai baju kurung ini kalau aku mahu.
Masa aku tingkatan 5 aku ada beli satu jubah moden hitam (aku tak tahu kenapa orang kedai ni panggil jubah moden sebab aku rasa dia macam baju kurung dengan potongan badan je)tetapi nampak macam terlalu glamour (dengan kehadiran fashion tajima, yuna dan sebagainya, sila lihat glamour mengikut tafsiran aku) untuk dipakai ke mana-mana selain raya. Jadi, aku tak pakai ke kelas tapi aku pernah pakai pergi ke majlis raya fakulti. Cuma sekarang dah tak pakai sebab tak berapa muat. Ini semua sebab ubat apa entah yang doktor bagi dekat aku lepas aku pengsan dulu. Tak cukup makanlah apalah. Aku rasa efek sampai sekaranglah ubat tu, aku macam makan banyak je sekarang (itu 2 tahun lepas punya cerita kot). Itu tak campur masa tingkatan 4 pengsan dan doktor tu kata tak cukup khasiat ke zat ke apa entah. Apa yang aku cuba sampaikan ialah jubah moden hitam ini mengurangkan lagi list baju kurung normal untuk dipakai sebagai pakaian ke kelas atau majlis orientasi.
Berdasarkan bancian aku, minggu pertama orientasi di universiti seminggu penuh wajib pakai baju kurung. Memandangkan aku ada 1 atau 2 je baju kurung, aku telah shopping 4 baju kurung sekaligus. Aku tak tahulah macamana aku pakai semua baju tu dalam satu minggu orientasi tu tapi baju kurung aku tu tak cukup. Lalu aku telefon mak aku mengadu mengenai masalah ini. Disebabkan jarak kolej dan rumah tidak begitu jauh, hujung minggu, mak aku datang hantar sepasang baju kurung baru. Hari-hari berikutnya, ke kelas aku akan pakai baju kurung sebab tak berapa banyak t-shirt lagi. Malah kalau rajin hari isnin, aku gosok 5 baju kurung terus. Bila fikir-fikir balik, kelas masa part 1 jarang cancel.
Baju kurung menjadi pilihan di tambah dengan pengaruh membaca novel Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani. Masa ni tak silap aku semester 2, punyalah terpengaruh sampai kerja berkumpulan untuk skrip dokumentari pun aku dan ahli kumpulan pergi buat skrip mengenai baju kurung. Masa ini juga, Ana Raffali sedang meningkat naik. Menang AJL lagi. Menyebabkan trend berbaju kurung semakin besar (agaknya). Yang pasti, makin banyak baju kurung yang cantik. Corak dah makin pelbagai. Jenis kain lagi macam-macam. Jenis cotton, paling sweet. Warna putih dan ada bunga-bunga kecil. Tapi kalau nak beli kena testing dulu sebab ada yang kain keras, ada yang tangan senteng. Nak senseng lengan rasa bersalah pula sebab itu aurat.
Basically, beginilah bermulanya fasa berbaju kurung dalam hidup. Aku dah tahu nak beli baju RM 50 kain China Silk sendiri. Kemudian, dah pandai upah orang jahit. Oleh kerana, tak suka orang ukur badan (-,-) aku bagi je salah satu baju kurung aku untuk dia ukur balik. Dan ada beli kain ela juga (tapi salah satu tu dah terbakar, tak guna punya seterika!). Semestinya kita dah kenal baju kurung dari kecil, mak ayah beli, ahli keluarga bagi, orang bagi dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang kita lupa untuk melihatnya lebih dari sekadar pakaian, kita lupa untuk menghargai kesopanannya (aku agak inilah ayat aku letak dalam skrip aku dulu, kejap lagi aku semak balik).
Semester ini aku jarang pakai baju kurung rasanya. Kelas pun kejap batal kejap ada. Tetapi raya tahun ini aku beli dua pasang baju kurung. Sebenarnya, kalau ikut hati semua baju kurung dekat kedai tu aku nak beli. Serius, cantik. Siap aku boleh fikir nak beli baju kurung dekat kedai tu untuk degree nanti pula.Oh, tahun ni fashion polka dot yang hot. Aku nak beli juga tapi takut sama. Mesti ke paranoid macam ini ? HAHA! Nak baju tu warna pink then polka dot dia warna putih. WAH!
Ini cerita ‘baju kurung dan saya’ versi aku. Anda pula bagaimana ?