Kelab
pertama aku sertai di zaman persekolahan adalah kelab ... aku dah lupa. Masa
darjah empat aku cuma ingat aku sertai Puteri Islam. Ketika darjah lima aku
sertai Kelab Pendidikan Seni (Seni Kreatif, mungkin). Makin lama aku pilih yang
makin relaks, aku masih di kelab yang sama. (Mula-mula aku fikir aku dalam Kelab
‘permainan dalaman (indoor games)’ rupanya itu Permainan – tahukan sekolah ada 3
benda dalam kokorikulum : Persatuan, Permainan, Kelab).
Menginjak
ke sekolah menengah, aku dah beralih ke kelab ... HAHA! Aku ingatkan ingatan
aku kuat, tapi asyik lupa je.
Ok,
aku dah ingat. Aku masuk Kelab Bahasa Inggeris. Dipengaruhi rakan-rakan, aku
bukan sahaja speaking malah aku telah berlakon di perhimpunan sekolah. Seperti
biasa, aku watak tambahan. Stage fright ni bukan perkara main-main. Naik atas
pentas semuanya terkunci termasuk mulut.
Selepas
3 tahun, berturut-turut setia kepada Kelab Bahasa Inggeris, pucuk pimpinan
beralih arah. Maka, kami pun berpecah. Di tingkatan 4, tanpa faktor yang jelas
aku telah memasuki Kelab Pencinta Alam. Bukan sebab tak cintakan alam sekitar
aku menulis kemasukan aku ke dalam kelab itu ‘tanpa faktor yang jelas’ tetapi
aku sendiri bingung mengapa aku menukar kelab. Rasanya ada berhubung kait
dengan pengaruh kawan-kawan dan faktor kenderaan (sekolah jauh dari rumah).
Selepas
tamat zaman persekolahan, zaman diploma telah datang menjemputku (keh keh keh).
Rasanya ketika itu memang tak ada kelab-kelab. Koko pun cuma pilih satu benda
je. Nak berkawad, menari atau apa.
Masuk
zaman ijazah sarjana muda ni, aku dah tak payah ambil koko. Namun begitu, aku
diperkenalkan dengan kolej yang begitu aktif membabitkan penglibatan
penghuni-penghuninya. Pelbagai kelab diwujudkan. Siap ada kempen ‘1 Kelab, 1
Siswi’.
Malangnya,
sehingga tarikh tutup aku masih tak mendaftar. Dan itu merupakan syarat wajib
untuk duduk di kolej semester depan. Itu bukan sebab utama wujudnya entri ini. Selepas
tarikh tutup menyertai kelab ditamatkan tempohnya baru aku sedar ada kelab ‘menonton
filem’ ingin diwujudkan. Malangnya, kurang mendapat sambutan kelab itu dan
beberapa kelab lain telah dibubarkan atas sebab yang sama. (Perasaan ketika
melihat pengumuman : kalau kelab ni ada, aku dah join. Hihi.)
Hari
ini, kelab seperti Kembara, ICT, Kebudayaan, Catur masih utuh di sini. Cuma aku
nak cadangkan supaya wujudkan Kelab Pencegah Jenayah. Kasut baru aku, baru
sahaja ditibai (jangan tanya kenapa letak di luar bilik. Rak kasut di luar
adalah antara jawapan yang akan kau terima dari aku). Kawan-kawan dari aras
lain pula kehilangan skinny jeans. Baru-baru ini, ada berita penceroboh
mengetuk pintu bilik. Dalam pamplet tu cuma cerita orang tu ketuk pintu bilik
dan sebut nama pelajar. Pamplet tu tak cerita, penceroboh tu buat apa. Seram
woi !