5/23/13

Berdiri

Semasa aku menulis entri ni, aku berada di perpustakaan.
Aku suka duduk lepak dekat perpustakaan, kecuali kalau aku lapar atau pun rasa macam nak kena tinggal bas. Waktu-waktu tak tenang macam ni, aku tak sesuai berada dekat perpustakaan.


Sekarang ni, aku lapar, rasa nak kena tinggal bas dan nak kena pergi banyak tempat.
Tapi depan aku ada laptop dan barang-barang yang nak kena jaga. Paling mengikat aku dekat sini, aku tak bawa kad pelajar. Jadi, aku buat keputusan untuk sampaikan sebuah cerita.


Minggu lepas, banyak juga guna tenaga mental dan fizikal. Ada satu hari tu, aku tertidur dalam kelas masa kawan lain tengah buat presentation.


Presentation mereka dimulakan dengan 'Ok, siapa nak coklat ?'


Aku cepat-cepat angkat tangan. Hari sudah petang dan aku tak makan tengah hari. Mungkin sebab tu aku tak malu sangat.


Rasanya coklat tu umpan supaya tak mengantuk. Malangnya, aku tertidur sejurus lepas makan coklat tu.


Aku bangun juga kejap-kejap sebab takut tertangkap tidur oleh pensyarah. Ada satu time tu dia tangkap dua pelajar tidur dan suruh pergi basuh muka. Aku pula jenis mengantuk, bukan yang jenis basuh muka boleh hilang mengantuk. Tidur je yang boleh hilangkan mengantuk.


Dalam pada aku ingatkan semuanya dah berakhir. Boleh akhiri kelas macam biasa tanpa dugaan. Pensyarah tu boleh pula, suruh semua pelajar berdiri. Siapa dapat terangkan konsep, boleh duduk.


Sampai habis kelas aku berdiri.


Dan dia tak habis dekat situ. Denda tu kekal sampai minggu ini. Menjadikan aku antara pelajar yang perlu tanya soalan selepas rakan sekelas buat presentation.


Aku harap otak aku makin cergas lepas balik dari Taman Negara, Pahang ni. Maklumlah baru lepas mendekatkan diri dengan alam. Kalau tidak, kenalah aku gagahkan kaki untuk berdiri seperti ingin menaiki tangga menuju ke Canopy Walk di Taman Negara, Pahang.


Ok, aku patut baca buku untuk tanya soalan dalam kelas nanti.