9/13/13

Minggu Pertama Semester Keempat.

Baru empat hari kelas dah dapat cuti empat hari. 

Sekarang adalah masa-masa masih boleh tidur lena sebelum kehidupan huru-hara bermula. Bukan itu sahaja malas rajin naik bas nak makan malam semata-mata. Sebenarnya, jarak rumah dan kedai makan tu tak lah begitu jauh bila naik kenderaan. Kalau jalan kaki,  mungkinlah 45 minit.

"Eh, iklan baru KFC ni nampak sedaplah!"

"Jomlah pergi!"

"Kita pergi malam ni, ok ?"

Jadi, keluarlah kami berempat malam itu untuk ke KFC. Disebabkan kami terlepas 2 buah bas semasa nak melintas jalan terpaksalah kami tunggu dalam 20minit untuk bas lain. Turun dari bas, kami perlu lintas jalan lagi.

Sebelum bertemu KFC kami perlu turun tangga di Medan Selera. Ketika di tangga Medan Selera aku bersuara 

"Eh, korang KFC dah tak ada!"

Serentak semua terhenti dengan muka terkejut gila. Aku tak dapat kawal diri dari ketawa.

"Haha, tak adalah! Dah jom jalan."

"Aduh! Longlai dah langkah tadi," ujar salah seorang rakanku yang bersweater hitam.

Sampai di bahagian Drive Thru sedikit keanehan. Lampu Drive Thru tak menyala tapi tak apa, kami bertiga masih melangkah menuju je pintu masuk KFC. Seorang lagi kawan aku ketinggalan di belakang.

Sampai di pintu hadapan KFC. KFC betul-betul tutup! Kaget.

"Eh, betul-betul tutup!"

"Macamana ni ?"

"Makan medan lah apa lagi."

"Aduh, penat bersweater ingat nak makan tempat sejuk."

________________________________________________________

Aku tak terkejar bas tadi. Jadi, ayah aku ambil di kampus. 

"Pergi mana tadi ?"

"Makan." 

Lanjutannya dalam hati -- Makan hati kedai dress tak buka.