Tak sangka juga dah dua tahun menyewa. Antara elemen penting dalam berumah ni adalah jiran yang baik.
Syukur, jiran kanan kami seorang pak cik berkeluarga yang prihatin. Contoh; satu hari kawan-kawan kelas saya ligat mengangkat barang program untuk disimpan sementara di rumah sewa ini. Saya yang lambat turun, bertembung dengan pak cik di lif.
"Banyak lagi ke barang?" soal pak cik sambil menyorong troli barang pasar.
"A'ah, banyak juga."
"Kalau nak pinjam troli rumah pak cik ada."
Lif kami terbuka. Kawan-kawan riuh di lif berhadapan, pintu lif hampir tertutup, satu air mineral kotak koyak, lif sudah berbunyi nyaring. Tiba-tiba pintu mereka tertutup. Saya mengangguk dan menuju ke kereta yang menunggu di tepi bangunan.
"Barang dah habis lah weh!"
Jiran kiri kami pula,bujang-bujang yang khabarnya fakulti undang-undang. Adalah beberapa siri bertukar-tukar juadah, pinjam tangga.
Haa, baru sebut! Ada yang tekan loceng, nampak ada yang sedang pegang pinggan.
***
Bulan Julai ni kami semua bakal berpindah keluar untuk meneruskan peringkat seterusnya dalam pembelajaran iaitu latihan praktikal (InsyaAllah).
***
Mula-mula ingat nak upload gambar spageti oleh jiran tapi kalau suatu hari jiran terjumpa blog kita macamana, segan ah. Kahh!
Rumah Sewa: #1, #2