11/20/14

Makwe Buku milik Pakwe Teater

Blog Diah ni memang tak lekang dek hujan tak lapuk dek panaslah.
Kelakar dia, lawak tahun 2010 pun masih boleh gelak terbahak-bahak di 2014.

Aku pernah bagitahukan Diah ada kepercayaan yang tinggi terhadap aku dalam menempuhi sesi pembelajaran degree ni.

Contoh, aku bagitahu Diah – Powerlah classmates aku. Jadual penuh pun ok je g koko. Kalau aku mesti tak boleh.

“Aku rasa sama je. Diploma kau boleh je,” balas Diah.

Aku bagitahu Diah – Weh! Tadi aku terlambat datang kelas. Aku kena kunci. Tak dapat present.

“Tapi kau survive the dayyy kannnn,” balas Diah.

Aku bagitahu Diah – Mamposlah! Cemanaaa ntah tesis aku. Dengan banyak kerjanyaa kat ofis. Hmmm.

“Kau bolehlah. Dulu boleh jeee,” balas Diah.

Lagipun, Diah tolerate yang aku bayangkan alter-ego aku adalah atlet tapi bila masuk Uniqlo dan Diah pegang satu baju, aku cakap pada Diah “Wehhh, padiaaa nak beli baju hujan!”

“Ni baju jogging lah gila!” balas Diah selamba.


Sebelum-sebelum ni, kalau birthday Diah selalu aku edit gambar pakwe-pakwe Korea Diah (contoh: Jay Park) hantar dekat wall Facebook. Tapi sekarang desktop ni tak ada pula software editing. Takkan nak call abang ICT untuk install selepas 2 bulan di sini, nampak mencurigakan pula nanti. Lagipun, Diah dah tak tergila-gilakan pakwe-pakwe Korea sekarang. Kalau edit gambar Pakwe Teater Diah hantar kat wall Facebook ni kang ...


Selamat Hari Lahir, Diah.

11/18/14

Secawan Teh Susu, Secawan Teh O

Rutin Milo telah aku variasikan dengan Nestum dan Teh O.

Penemuan terbaru di pantri ni uncang teh Boh. Harap minggu depan ada uncang teh strawberi Cameron pula. Selama ni, aku ingat itu paket Boh Teh Tarik Kurang Manis (yang ada pilihan Halia / Oats), rupanya lepas aku teliti, ini uncang teh Boh biasa yang sedap dibuat teh o, cukup sempurna dicicah biskut gula.

Lepas 4 pos tentang cerita di pantri dan kawan aku mula bagi cadangan untuk letak label: Siri ‘Aku, Designer & Pantri’ aku kena jelaskan sesuatu.

Selain dari aktiviti pagi di pantri, tengahari pergi makan di kedai bawah, sepanjang hari kerja aku adalah membaca dan menanda kesalahan untuk penerbitan buku yang sempurna. Sekalipun Johann Wolfgang von Goethe pernah berkata “One learned more from an hour in his company than eight days of studying books”, dia tak tahu yang aku dapat kata-kata ni dari buku yang aku proofread.

Aku atur langkah ke pantri. Aku ada 2 tujuan. 1. Isi air dalam botol 2. Buat teh o hebat.

“Petang ni jom! Pisang goreng!” kawan designer yang sedang membasuh mug untuk membancuh air menyapa.

“Huh?!” aku sedikit terkejut. Random act of kindness apa pula ni?

“Petang ni kau belanja pisang goreng,” ulangnya sekali lagi.

“Oh, boleh-boleh. Apa saja,” hilang kaget aku tadi. Ingat petang ni ada sesi lepak pantri istimewa.

Dia ketawa.

Maklumlah, semalam aku ada sesi sarapan nasi impit kuah kacang dan rendang ayam di pantri dengan kawan-kawan lain. Haa, masa sesi inilah aku discover uncang teh tu.

Dan dia tak tahu ke aku dengan Ag terliur betul tengok kudapan yang disediakan syarikat di level surau dan bilik mesyuarat. Kudapan tu untuk yang bermesyuarat. Walhal cucur dan goreng pisang yang terhidang tu sama je dengan yang jual di kedai kami makan tengahari.

Cuma yang ini PERCUMA! Aaaaa.

“Banyak kerja?” soal kawan designer bila sedar hanya bunyi sudu berlaga dengan mug saja di pantri.

“Banyak juga. Nak bahagi 2 ke?”

“Ah! Emel aku pun dah masuk dah,” aku memang dah fikir, beranganlaaah designer nak buat kerja proofreading ni.

“Macamana dengan galeri?”

“Galeri apa?” keningnya diangkat. Susu pekat manis dalam teh susunya nampaknya sudah terlebih tuang.

“Seni ... Art ... Fine art ...” aku angkat kening juga. “Tahulah susu percuma kat sini. Janganlah tuang satu tin dalam air.”

Kami ketawa serentak.

“Ada. Tengah buat juga. Dulu lagi serius dari ni lepas tu frust dengan art sekejap. Sekarang relaks sikit. Lagipun, dah kerja kan. ”

“Oh.”

“Kau dah grad nanti nak buat apa?”

Aku hirup teh o aku sambil menjengket kedua-dua bahu aku.

“Jual tudung online?” dia menahan gelak.

“What?! Heiiii!” nada nyaring dari mulut aku. Dalam hati aku bersahut, kau tak tahu ke ada dah berangan nak kerja sini.

“Boleh jugakan, jual tudung online ... guna corak yang kau design,” aku hirup teh o aku, angkat kening dan angkat gelas.

Kawan designer melagakan mugnya pada aku.



Atas meja aku sekarang ada seplastik pisang goreng manis.
Dan bukan aku yang beli.

11/14/14

TV Show Launching & Film Premiere

Aku keluar dengan Manda Ahad lepas. Pergi Mid Valley. Kata Manda, tempat popular tu.

“Eh, apahal tak ramai orang pun dalam KTM ni?” soal Manda.

“Sebab semua orang dah kat sana kot.” 

Ternyata benar, sesak Mid Valley.

Aku nak shoe hunting. Satu perkara, kau kena tahu kami suka berlakon jadi pengacara Mad Market.

Jadi, turun dari KTM aku dah ready untuk ambil role aku sebagai pengacara ‘Ok, untuk episode kali ini kami akan membawa anda ke ...’

‘Ish!’ Manda tepuk lengan aku sebagai signal ‘jangan nak mulalah’.

Aku gelak. “Eleeeeh, come onnnnnn,” aku laga bahu aku pada Manda.

Sebelum shoe hunting, kami perlu makan. Aku dah decide untuk makan Nasi Goreng Thai (itu pun selepas 5 kali pusing food court).

“Aku kena beli makanan selain Nasi Ayam. I don’t know why I’m always attracted to Nasi Ayam,” kata Manda sambil meraup dagunya.

“Masa aku tengah pilih makanan tadi, aku terdengar orang cakap ‘eat something you don’t eat everyday’. Ikutlah nasihat dia?"

“Hmm, aku nak makan makanan Jepun ah.”

5 minit kemudian, Manda muncul dengan Chicken Katsu Don.

“Ini macam nasi ayam versi Jepun je,” aku sengih pada Manda.

Manda tepuk dahi. “Shut it Aimi! It’s not!”

“It is!”

“Ok, jom makan!”

“Ok.”

Kami habiskan suapan pertama dalam mulut kami sebelum Manda mula untuk jadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan “Oh, sup ini memberikan satu rasa yang unik. Manis ...”

*** 

Paan merupakan pelajar perfileman. Idola dia Mamat Khalid.

Aku selalu cakap dekat Paan, nanti kalau nak pelakon ambillah aku. Walaupun, aku ada masalah camera shy. Apa-apa spontaneity yang aku boleh buat dengan Manda, aku tak boleh buat depan kamera.

Bila kamera on, pertuturan akan jadi fake dan janggal. Aku rasa nafas aku jadi pendek-pendek. Rasa gementar macam naik lif dengan orang yang kita suka (Kah kah, ini ke perumpamaan terbaik aku boleh bagi?)

Tapi aku tetap berangan yang satu hari nanti, kami akan bercakap di hadapan ribuan orang tentang filem yang aku lakonkan dan Paan arahkan ni. Ahli kerja lain pula kawan-kawan terdekat kami masa diploma dan team yang Paan ada sekarang. Masa tu, semua orang akan tahu yang cerita ni dibuat atas persahabatan power, perkongsian art dan mencatatkan satu penanda aras dalam industri.

Ketika itu, Paan boleh bagi talk konsep ‘cerita biasa-biasa yang diblockbusterkan’ yang dia pegang.

*** 

Suatu hari ketika sedang pilih lauk di kedai makan Ag kata pada aku “Aku nak ambil MUET baliklah.”

Selesai meletakkan ayam goreng ke dalam pinggan, aku kata pada Ag “Ok, we should start practice now!

Perbualan Bahasa Inggeris kami mungkin didengari satu kedai, entah kenapa bila bertutur bahasa kedua dengan kawan yang hari-hari kita bercakap bahasa pasar, nada Inggerisnya jadi tinggi. Ag mula terbawa-bawa perbualan Bahasa Inggerisnya sehingga mengajak Mak Teh (pemilik kedai) untuk turut speaking.

Kami akhirnya mulakan satu program “Hai, anda bersama saya Kak Aimi ...”

“... dan Abang Ag”

“dalam rancangannnnnnnnnn ... SPM Tutor TV! Let’s speak in English!” BOOM!

*** 
Kuat berangan!

Old habit die hard.

*** 

Kau tahu kenapa cerita Paan tu tak ada dialog? Sebab dia tak siap tesis dia lagi. Katarsis – Life of Pi something. Macamana nak lanjutkan angan kalau Literature Review tu tak hantar?

Tahu kenapa aku keluar dengan Manda? Sebab kami pun sama, stuck juga tak buat tesis.

Selamat Maju Jaya buat kita semua dan semua pelajar semester akhir!

Berbeza dan Tahniah buat Ag, dia dah siap hantar dan tinggalkan pesan “Baik kau buat setiap malam lepas kau balik kerja (intern), dari plan kau yang nak cuti 2 hari tu. Boleh ke siap 2 hari tu? Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit!”

 Reality hits hard! 


 Ah, aku tetap nak cuti 2 hari!