Aku cukup tak suka perasaan di minggu orientasi. Rasa takut dengan tempat baru. Tak kenal semua orang. Tak tahu niat orang. Orang yang kita baru kenal akan bagitahu sikit-sikit perihal orang itu ini. Berfikir-fikir kemungkinan 'adakah aku sedang dibuli / akan dibuli?'
Yang paling miserable sekali bila aku rasa semua aku buat tak kena. Lepas tu, sebab dia rancak sangat bercakap, kita pun malas nak speak up untuk diri-sendiri. Mungkin juga sebab kita dah terpengaruh sikit dengan kata-kata kenalan baru kita.
Aku agak terkesan dengan orientasi masa diploma. Pergi sana-sini nak dapatkan tandatangan senior, at least separuh dari list tu mesti ada tandatangan.
Agaknya aku ni penakut sebab benda paling adventure aku kena buat pun teka nama kampung abang dan akak senior tu je. Kah kah. Yelaa, macam Manda dia kejar abang senior tu satu level sambil jerit "rambut abang cantik! rambut abang cantik!"
Sebenarnya, benda ni tak ada masalah pun kalau kau mahir berkomunikasi.
Tapi sekarang, aku rasa macam kura-kura.
***
Lalu lintas belakang kubikel aku mulai sibuk. Aku kena berhenti menulis sekarang.
Gatekeeper berlari-lari cari orang yang diperlukan bos.
"Designer mana designer?"
"Eh, tak datang ke?" monolog secara lantang.
"Dah cuti lah,"kawannya membalas.
"Alaa, designer tak ada lah. Dia dah mula bakar lemang kat kampung," laung Gatekeeper pada bos.
Ok, kelakar juga akak-akak pejabat ni.
Semoga hari-hari selepas ni bertambah gemilang lah!
Untuk 3 hari ni, aku rasa memang perlukan cuti CNY ni.