Selamat Hari Wilayah 2018!
Kalau ada buka IG Muzium Negara, mesti perasan yang Muzium Negara mengadakan #wilayahsenyum sempena Hari Wilayah. Tapi aku tak dapat pergi.
Cuma baru-baru ini (7 Januari 2018) aku ada ke Muzium Negara bersama Azian dan Najwa. Jadi, memandangkan hari ini adalah Hari Wilayah memang sesuai entri ini dipos pada hari ini.
Semuanya bermula ketika di A&W. Kami memang berjanji untuk berjumpa dan makan tengah hari bersama. Aku rindukan root beer A&W. Selepas itu, aku rasa yang kami patut berjalan-jalan pulak. Cuma sebelum ini dalam Whatsapp, aku cadangkan supaya kami ke Pameran ALEGORI - Contemporary Art Expressions from Malay Manuscripts di Galeri Petronas. Dalam masa yang sama aku ada terlihat di FB orang kongsi mengenai Pameran Kartun & Kita di Muzium Negara.
Namun disebabkan kekangan masa (kami mahu pulang sebelum Maghrib) jadi, kami boleh pilih satu sahaja tempat untuk dilawati. Kami ke lokasi terhampir dengan kami -- Muzium Negara. Tambahan pula, aku dah tak ingat bila kali terakhir aku ke Muzium Negara. Semenjak stesen MRT Muzium Negara buka, tak pernah lagi aku meneroka ke situ. Sebab sangkakan Muzium negara akan tutup pukul 5.00 petang kami pun bergegas gerak dari A&W jam 3.30 petang.
Oh banyak masa lagi rupanya!
Berjalan kaki dari LRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara mungkin dalam 15-20 minit, perlu naik turun 3-4 eskalator sebelum sampai di hadapan pintu Muzium Negara. Tapi jangan risau sebab seluruh kawasan berjalan kaki itu, indoor dan ber-air cond.
Dengan adanya kadbod (tak tahu dipanggil apa) di tangga muzium ni, kami yakinlah kami menuju ke arah pameran yang betul.
Bila masuk ke dalam kami disajikan dengan 4 bahagian pameran:
a) Sejarah Awal
b) Kerajaan-kerajaan Melayu
c) Era Kolonial
d) Malaysia Kini
Gambar yang aku tunjuk ni mewakili satu part je dalam ruang pameran muzium. Untuk lihat keseluruhan, kena lawat sendiri. Ada banyak benda untuk dibaca. Kalau rajin baca semua penerangan, padatlah otak bila keluar dari muzium. Ruang pameran kegemaran (pilihan peribadi) aku adalah Era Kolonial dan Kerajaan-kerajaan Melayu.
Tapi bila dah jalan-jalan dalam ni, tak ada nampak pula Pameran Kartun & Kita yang dihebahkan di FB tu. Kami akhirnya ambil keputusan untuk keluar. Sebelum melangkah keluar, sempat Pak Guard di situ menyapa, "Dah tengok semua ke, dik?"
Inilah peluang keemasan untuk aku bertanya, "Pameran kartun tu dekat mana?"
Sambil menunjuk ke suatu arah Pak Guard menjawab, "Oh, yang tu kena turun tangga di sana dan keluar."
Setelah berterima kasih, kami berlalu. Haa barulah kami sampai ke tempat tujuan.
Masa hari kami pergi ni, meriah juga Pameran Kartun & Kita ni. Paling ramai yang nak bergambar dengan Kluang Man.
Tengok ni,penyatuan kartun 2 zaman!
Masa kecik aku jugak tengok Usop Santorian. Masa Geng The Movie (Upin & Ipin) keluar wayang pun excited jugak nak pergi tengok.
Ok, tak sangka dalam Galeri 1 ini ada pameran lain. Kami pun ambil kesempatan untuk masuk melawat.
Keluar dari Pameran Bangkit Bersama, tetiba dari jauh nampak macam ada lagi satu pameran.
Peh, memang puaslah melawat. Pameran Pop Yeh Yeh pulak.
Jujurnya, sebelum nampak nama A. Rahman Hassan dan Jeffrey Dean dalam pameran ini aku memang tak kenal muzik Pop Yeh Yeh Malaysia. Di pameran ini ada tunjukkan band lain yang wujud ketika itu.
Aku rasa RM 2.00 yang aku bayar dengan pameran yang aku dapat lihat ni berbaloi. Aku memang tak jangka ada Pameran Pop Yeh Yeah dan Sukan SEA. Yelaa, sebab rencana awal kan nak pergi Pameran Kartun & Kita sahaja.
Di bahagian luar muzium juga terdapat bahan pameran untuk dilihat. Ada kereta lama, ada bas mini. Apa kata orang, insta-worthy background. Haha!
Setelah sakan berjalan, memang ngam diakhiri dengan minuman yang sejuk yang aku gelarkan sebagai self reward!