Minda kesedaran aku akhirnya diketuk untuk menutup apa yang aku telah buka pada tahun 2019. Bukan pintu Jumanji. Ya, tidak lain tidak bukan: Sembang Gebang 2019. Mungkinkah Sembang Gebang 2020 akan berwajah baharu?
Termasuk episod ini, Sembang Gebang 2019 mempunyai 12 episod dengan jumlah keseluruhan rakan tetamu seramai 11 orang.
Untuk Sembang Gebang 2019: Episod Akhir kita bawakan kembali IKI.ALI, MUHAMAD EZHAM, MARWAN ZAHARUDIN, AQIL ASRAF, NABIL BASARUDDIN, HARMIZA HASHIM, HAJJAR IZWANI, AZIAN MOHD NOOR dan SITI AMANDA. Istimewa di tahun baharu, dibawakan seorang tetamu yang belum pernah ditampilkan dalam mana-mana episod sebelum ini iaitu NURUL NAJWA.
Walau bagaimanapun, FARHAN RAMLI tidak bersama kita dalam episod akhir kali ini kerana aku tidak menyambut salam Midsommar yang dihulurkan. Haha! Eh entahlah kenapa! Mungkin dia akan jelaskan sendiri di episod lain. Wow! Betul ke kita akan ada episod lain di 2020?
Usah bertarik tali lagi. Mari kita mulakan Sembang Gebang 2019: Episod Akhir!
***
SOALAN 1: TOP 3 FILEM 2019 PILIHAN ANDA DAN SEBAB RINGKAS.
TOP 3 PILIHAN IKI.ALI
Ya ampun! Kejamnya Top 3 je! Kena pilih betul-betul ni! Walaupun sebenarnya tahun ni agak mengecewakan bagi pencandu filem di Malaysia macam aku.
(。ヘ°)
1. Ejen Ali The Movie – Misi: Neo
Aku sebenarnya pressured oleh orang sekeliling untuk join the hype train. Dan aku tak menyesal. Patutlah bapak budak lagi teruja pasal sirinya; agak matang idea, penyampaian naratif dan worldbuilding Ejen Ali. Bila diterjemahkan sebagai filem cereka, aku makin senggama minda. Tak sangka kita boleh pergi sejauh ni. Kudos kepada pasukan Wau Animation!
2. The Irishman
Lejen yang masih hidup ni masih boleh membikin filem jenayah epik yang power! Walaupun terpaksa berlawan dengan capaian Internet yang macam haram, berjaya juga aku habiskan filem yang bagi AKU (penafian ni kena letak, sebab takut ada yang tersinggung) lebih baik daripada Goodfellas!
3. Joker
Todd Phillips ni satu kes di mana aku respek dia nak teruskan jugak buat filem berdasarkan watak DC paling popular ni dengan jiwa yang kerdil. Tapi payoff dia sangat hebat! Ya, filem ni sangatlah on the nose dan taklah mendalam macam orang canangkan, but the fact that he didn't give a sh*t what people think about his take on the Joker dan membuatkan kaki filem adiwira dan penonton biasa boleh minat sebuah character piece tentang jiwa yang tersakiti ni (gotta include this reference!) yang agak slow-burn ala-ala filem festival ni ialah sesuatu yang memberangsangkan! Boleh kata filem ni sebenarnya pembuka bicara untuk geng-geng ni jadi celik sinema! Sekali lagi gua tabik!
Ah, lantak. Top 3 tak cukup, jadi nak juga letak honourable mentions kat sini, dan ini dia pilihan aku (yang tak ikut susunan kesukaan): Fly By Night dan Motif (sebab mampu menunjukkan yang Malaysia mampu buat crime drama yang gritty dan bergaya), Avengers: Endgame (penamat Infinity Saga dalam Marvel Cinematic Universe yang amatlah cukup rencahnya!) dan Metro Maalai (akhirnya dapat tengok filem Tamil tempatan yang ikut rentak sendiri dan tak terikut sinema Tamil di India selepas Jagat yang sarat dengan human drama dan sisi emo dan cantik di ceruk KL).
TOP 3 PILIHAN MUHAMAD EZHAM
1. Ejen Ali The Movie
Jarang aku ke pawagam tonton animasi. Tak seperti filem Melayu yang lain, filem ni menggunakan dana yang diberikan dengan sebaiknya.
Filem ni mengingatkan aku tentang berusahanya kawan-kawan aku mahu menjadi filmmaker. Payah, walaupun industrinya tak sebesar Hollywood. Aku harap mereka bersedia.
Aku suka dengan isu yang filem ni bawa. Simple, tak perlu sebarang letupan filem ni berjaya bawa aku menonton sampai habis. Filem ni juga bagitahu aku, pendidikan sex tu penting.
TOP 3 PILIHAN MARWAN ZAHARUDIN
1. Joker
Filem ini paling kacau emosi aku dan memberikan pengalaman yang sangat menekan ketika menonton untuk tahun 2019. Sebab itulah best kerana aku tak pernah rasa macam tu lagi dalam panggung wayang. Hampir setiap masa aku terganggu, terganggu dengan keasyikan watak Joker itu sendiri. Ada banyak benda yang aku kagum tentang Joker antaranya cerita dari mana datangnya Joker, skil penceritaan, pengarahan yang hebat, dan kagum dengan rasa yang berjaya ditinggalkan oleh Todd Phillips dalam hati aku sepanjang cerita berjalan. Rasa dicungkil-cungkil dengan ketidak selesaan dan kasihan.
2. Parasite
Parasite terlalu real! Bila tonton filem ini rasa macam cukup lengkap, seimbang dengan elemen-elemen dark comedy, suspen, drama dan ganas yang menghancurkan jiwa. Bila tonton, kau akan faham yang semua ini ditunjukkan atas tujuan untuk memperlihatkan bagaimana dunia yang dibina atas semangat keinginan yang kuat, harapan, kehendak dan keperluan memaksa kita untuk terus berubah.
3. The Irishman
Aku memang suka dengan cerita yang memaparkan sisi gelap sesebuah tempat, masyarakat dan budaya. Bahasa mudahnya 'underworld' - cerita di bawah lapisan dan cerminan bagi apa yang ada di permukaan. Lagi dark lagi best. Lagipun, masa Martin Scorsese umumkan yang dia nak arahkan The Irishman aku dah tahu ia akan jadi filem yang bagus sebab dah ada buktinya melalui filem Taxi Driver. Nampak dia faham betul dengan subjek dan apa yang nak diceritakan.
TOP 3 PILIHAN NABIL BASARUDDIN
Sudah mengikuti sejak sekian lama dari Iron Man sejak 2008, hampir 12 tahun ya sudah tentu ia wajib menjadi top filem hahaha.
Dunia dragon sentiasa menjadi kegemaran ya kenapalah takda di dunia nyata haha.
3. Ejen Ali The Movie
Mengikuti sejak season pertama dalam diam dan yeahh akhirnya muncul sebagai sebuah filem. Asyik yaaaa.
TOP 3 PILIHAN AQIL ASRAF
1. Cold Pursuit - sebab cerita dia cam kelakar tapi dalam cara yang unik.
2. John Wick 3 - action terbaik, Keanu Reeves performzz. Franchise yang always consistent.
3. Avengers: Endgame - sebab memang follow MCU kan, ending dia pula fuh. Final fight tu pun memang tip top!
TOP 3 PILIHAN HARMIZA HASHIM
1. Avengers: Endgame
- Sebab yang paling ketara, untuk tahu kesinambungan daripada end credit filem yang lepas. #TeamHulk
2. Parasite
- Sebagai seorang yang mudah dipengaruh, bila nampak filem ni banyak kali dapat review positif, kita pun kenalah tengok. Plus, ending filem yang kita tak terfikir pun dari awal.
3. Friend Zone
- For personal reason, kita dua kali tengok filem ni. Mungkin aura Naphat Nine kuat sangat.
TOP 3 PILIHAN HAJJAR IZWANI
Setelah termenung dan ingat balik memori filem yang pernah ditonton wah rupanya susah nak pilih top 3 haha. Berikut ialah pilihan kita:-
1. Avengers: Endgame (24/4/2019)
Sudah tentunya peminat Marvel menanti yang final ni. Memang countdown tunggu yang final. Penat ooo gigih focus semua sequel dia. Puas hati la dengan ending dia. Kite ternanti yang final sebab ada characters yang kite suka well ‘hilang’ masa Avengers: Infinity War. Emo ok part ending Spidey lenyap masa peluk Tony Stark. Omg! So, keseluruhannya berpuas hati dengan ending Endgame sebab segalanya terjawab. Walaupun Endgame dah habis sequel lain still bakal muncul nanti. Kene focus lagi. Good luck geng kipas Marvel :p
2. Spiderman: Far From Home (3/7/2019)
Kite memang fan untuk Spiderman dari season 1 dan 2. Season 3 lakonan oleh Tom Holland ok suka juga wey walaupun die muda ok haha. Kecewa kot Spiderman season 2 until 2 filem je haha. Far From Home memang ternanti sebab die sambungan daripada Avengers: End Game. Kejadian setelah tamat perang Endgame. Tetap emo ok bila ade moment teringat Tony Stark haha I feel u Peter! Far From Home bagi kita best. Sama syiok dengan nombor 1. Terharu ok die pewaris Stark dan ada access to Stark Industries. Wow. Ok kene nantikan lagi sambungannya la. Harap jadila ade Spiderman 3. Please.
3. IT Chapter 2 (6/9/2019)
IT pun filem yang kite nantikan lepas tengok yang pertama (2016). Yang pertama dia kureng actually tak uhm! Lagipun berkisar zaman dulu so faham la kenapa tak uhm sangat dan watak-watak pun muda-muda. Bila nampak trailer Chapter 2 wah tak sangka sambung dari one. Pennywise kembali selepas 27 tahun wah. Of course nak tahu why why dan budak budak tu berkumpul kembali pabila dewasa dan sedih ok sorang watak suicide sebab nak selamatkan kawan-kawan. Chapter 2 ternyata wow. Die punya kejam, terkejut semua berganda dari no 1. Amat puas hati. Kita tak akan puji kalau cerita hantu hambar hehe. Kesimpulannya, storyline dan ending kita berpuas hati. Rasa macam dah habis kot entah ade sambungan ke tak lagi sebab tak siasat lol.
TOP 3 PILIHAN AZIAN MOHD NOOR
1. Joker
Kenapa Joker berada dalam senarai Top 3 pilihan kita adalah kerana cerita ni bukanlah cerita biasa-biasa. Ia membawa satu mesej yang sangat berat. Seorang watak antagonis yang berjaya menjadi Hero dalam ceritanya sendiri. Yes! Depression dan masalah mental bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Begitu juga dengan watak Arthur Fleck. Dengan masalah dan malang yang bertimpa-timpa menjadinya seorang Joker. Kisah realiti kes buli, penindasan golongan kaya-miskin, penderaan mental dan fizikal yang sering terjadi dalam kehidupan hari ini diterapkan dalam filem ni. Its a real thing. Itulah yang membuatkan filem ini menjadi bagi kita.
2. Avengers: Endgame
Kita pilih movie ni sebab kita memang pengikut Avengers dan ini adalah titik nokhtah untuk team Avengers. Lepas ni takkan ada lagi group Avengers ni. So kira yang terakhirlah. Banyak aksi, moment komedi dan emosi diterapkan hingga ke babak akhir. Banyak mainkan perasaan penonton. Filem ini diakhiri dengan dua tema iaitu sad dan happy ending. Tak sure patut bersedih atau gembira lepas keluar wayang.
3. Homestay
Okay Homestay antara fav movie kita untuk tahun 2019 ni. Dua kali kita tengok movie ni kat wayang. Haha. Sebab utama kita tengok cerita ni adalah kerana actor dia. Okay jangan kecam dulu. Dalam cerita ini Jamy James (JMJ) sekali lagi membawa watak remaja yang menghidap depressi setelah series S.O.S. Memang salute dengan lakonan dia dalam S.O.S dan bagi kita JMJ sesuai bawa watak ni dan dia memang deliver watak ni dengan sangat baik. Hope dia akan teruskan dalam bidang lakonan dia sebab sekarang dah terjun dalam bidang nyanyian pula!
Note:
Homestay release date in Thailand: 25th October 2018
Homestay release date in Malaysia: 17th January 2019
TOP 3 PILIHAN NURUL NAJWA
Bagi peminat animasi klasik Disney The Lion King versi terbaharu ini jalan cerita sepenuhnya mengikut versi asli 1994 dan filem ini boleh membuat penonton bernostalgia. Trailernya mampu menarik penonton dengan kecomelan watak Simba semasa dilahirkan. Itu boleh dilihat dari komen-komen penonton mengenai betapa comelnya Simba ketika bayi. Seperti selebriti terkenal Neelofa meletakkan komen di media sosialnya "can't wait to see this cuteness" refer to baby Simba dalam trailer.
The Lion King dimulai dengan kemegahan alam semula jadi berserta hidupan di dalamnya diiringi dengan lagu "Circle of Life" berhasil membuat penonton menikmati permulaan filem ini. Lagu-lagu seperti "Hakuna Matata", "I Just Can't Wait To Be The King" dan "Can You Feel The Love Tonight" boleh membuat penonton ikut bersenandung. Kualiti teknologi CGI sangat hebat sampai aku sendiri rasa macam tengok filem live action. Landskap yang sangat foto realistik dan yang pasti binatang juga sangat realistik.
2. Joker
Membawa masej yang sangat berat. Senang cerita filem ini sangat 'deep'. Ok point utama filem ini adalah mengenai kesedaran kesihatan mental. Meletakkan watak Arthur Fleck sebagai seorang gila dalam perlakuan dan penuh dengan muslihat. Arthur dilihat sebagai individu yang berjuang secara senyap sebab takutkan pandangan masyarakat. Lalu apa yang terjadi meyebabkan dia sering kali memakai topeng gembira yang palsu untuk menutup kesedihan dan kesengsaraan dalaman yang dialaminya. Point kedua adalah kecelaruan mental Joker yang misteri kerana dalam filem tidak dinyatakan penyakit apakah yang dialami Arthur hanya diterangkan melalui beberapa simptom seperti ketawa yang terhasil tanpa kawalan tetapi dalam filem disebut medical condition di mana Arthur membawa kad kecil untuk menjelaskan kepada orang sekelilingnya kenapa dia boleh ketawa dalam masa yang tidak sesuai. Point ketiga adalah keganasan dan penyakit mental. Filem ini memberi maksud yang yang mendalam tentang kesengsaraan mereka yang berjuang dalam senyap iaitu keganasan Joker yang membunuh mangsa sepanjang filem adalah hasil kepada kesengsaraan dalaman yang dialaminya. Point filem ini berpotensi mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecelaruan mental berpontensi untuk melakukan keganasan. Dialog Arthur "I used to think that my life is a tragedy but now I know its fucking comedy" is the line where Joker is begin di mana setelah tiada ubat tiada terapi dan tiada bantuan Arthur memilih menunjukkan sisi dalamannya yang kejam sebagai sumber kekuatan. Yang pasti, point sebenar Joker adalah seseorang yang mempunyai kecelaruan mental dan beliau sengsara dengannya.
3. Midway
Filem ini mengisahkan Perang Dunia Kedua yang melibatkan dua negara besar iaitu Amerika Syarikat dan Jepun. Filem ini membawa penonton mengimbau kembali kisah perang dunia seperti Pearl Harbor. Sebuah kisah sebenar yang berlaku semasa pertempuran laut yang epik dalam sejarah dunia yang dikenali sebagai The Battle of Midway pada Jun 1942. Enam bulan selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor. Menampilkan pelakon hebat seperti Luke Evans, Nick Jonas dan ramai lagi.
Yang menarik perhatian dalam filem ini adalah lakonan Nick Jonas sebagai Bruno Gaido iaitu seorang juruterbang pesawat tentera Amerika yang hebat tetapi pesawatnya terhempas dan terkandas lalu ditangkap oleh tentera Jepun untuk disoal siasat. Point utama adalah watak Bruno Gaido ini langsung tidak gentar dengan pihak lawan iaitu tentera Jepun dan apabila disoal siasat dia hanya meminta sebatang rokok dan sempat memaki pihak lawan tanpa menjawab pertanyaan tentang rahsia tentera US. Watak Bruno menggambarkan bahawa sebagai seorang tentera yang sudah bersumpah untuk taat dan melindungi tanah air haruslah berjuang bermatian-matian dan melindungi rahsia tentera. Latar belakang filem cukup menawan dengan kesan CGI dan memaparkan landskap perang yang mampu membuat penonton terasa kagum dan cemas. Deruan enjin pesawat, barisan kapal perang yang gah serta ledakan bom berjaya membuat penonton merasai suasana perang yang sebenar. Secara keseluruhannya, Midway memaparkan ciri-ciri aksi dan nilai sejarah yang tinggi.
TOP 3 PILIHAN AIN NURLISA
1. Boboiboy Movie 2 kerana cerita ini mempunyai pengajaran yang tersendiri contohnya mengajar kita tidak mudah berputus asa dan terus berlatih hingga kita capai matlamat kita.
2. Ejen Ali The Movie kerana animasi yang gempak.
3. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kerana mengingatkan kembali kisah lagenda.
TOP 3 PILIHAN SITI AMANDA
Hi Aimi sorry ya aku amnesia. Filem tempatan tahun ni banyak sangat tak sedap. Ada yang sedap tapi tak cukup puas. Jadi filem tahun ini yang buat aku tersedar bahawa aku masih peminat filem adalah :
1. Ford vs Ferrari: Tentang mimpi dan cita-cita yang menjadi kenyataan.
2. Us: Filem seram yang pelik ni memang aku tunggu-tunggu untuk tonton dan masih kagum sampai sekarang. Aku kagum dengan ideologi yang dibawa.
3. Two Sisters: Aku suka konsep filem ni. Ia tidaklah seasli mana kerana ceritanya seakan-akan A Tale of Two Sister. Punya jalan cerita yang berbeza tapi sama plot twistnya. Bajet filem ini juga kecil. Aku kagum dengan hasilnya.
SOALAN 2: APA YANG ANDA INGIN LIHAT PADA FILEM PADA TAHUN 2020?
IKI.ALI: Filem lokal tahun ni banyak juga yang cuba untuk tampil dengan offering yang berbeza, tapi berapa kerat je yang berjaya buat aku kagum. Tahun depan macam lagi banyak kelainan akan disajikan yang mungkin aku tak perasan. Antara yang aku perasan ialah filem political thriller berjudul Daulat! Lain macam tu! Filem-filem omputih yang aku tak sabar pula antaranya Black Widow (yang sungguh ada aura The Winter Soldier!), Tenet, Free Guy, Sonic the Hedgehog (sebab nak sokong studio Hollywood yang actually dengar cakap peminat!), Ghostbusters: Afterlife (sebab nampak macam tulus ikhlas nak teruskan legasi antara francais yang paling disayangi orang ramai), Godzilla vs. Kong (sebab apa lagi?) The Gentlemen (sebuah comeback Guy Ritchie selepas bikin filem entah apa-apa kebelakangan ni) dan banyak lagi yang masih tak diumumkan atau dibiarkan misteri. Ayuh, pembikin filem semua! Step up your game!
MUHAMAD EZHAM: Harapan aku untuk 2020, aku ada lebih banyak masa menonton filem.
MARWAN ZAHARUDIN: Tahun 2019 aku kurang menonton filem tempatan di pawagam. Tidak pasti sama ada tiada yang memikat hati atau filem antarabangsa yang ada lagi kuat memikat auranya. Jadi, untuk tahun 2020 aku harap filem tempatan lebih berkembang dan hebat supaya ramai melekat termasuk aku sekali la.
NABIL BASARUDDIN: Lebih banyak movie sekuel atauuu fantasi dan juga magis.
AQIL ASRAF: 2020 nak tengok movie animasi Malaysia lagi, maybe Ejen Ali 2? Haha. Takde nak expect apa pun tengok lah apa yang release nanti. Yang penting cerita action lah nak tengok
HARMIZA HASHIM: Mungkin masih sama dengan keinginan tahun lepas, untuk lebih banyak filem yang tidak cliché masuk pawagam negara kita supaya penonton dapat explore genre lain.
HAJJAR IZWANI: Tahun 2020 kita menantikan wishlist filem yang bakal muncul. Harap filem-filem yang dinantikan hebat dan memuaskan hati kita hehe. Antara yang kite nantikan ialah The Conjuring 3, 21 Bridges dan filem-filem Marvel yang lain bakal keluar, oh harap Pee Nak 2 ade la tayang kat Malaysia tahun 2020. Pee Nak 1 kita amat suka cannot move on haha. Kat Thai nak release 20/2/2020. Ok kemon! Jumpa lagi tahun 2020 Sembang Gebang. Love.
AZIAN MOHD NOOR: Kita tak mengharapkan banyak tapi kalau boleh pengeluaran filem-filem Melayu yang berkualiti boleh dipertingkatkan setanding filem luar yang kian membanjiri pawagam kita seperti filem negara jiran Indonesia, Thailand dan Korea. By the way, hari tu tak sempat untuk tonton movie Khun Phaen sebab tempoh tayangannya sangat singkat. Mungkin tak dapat sambutan di sini ... sobb … Harap tahun 2020 akan lebih diwarnai dengan filem-filem yang lebih berkualti tidak kira filem Melayu atau filem luar. Tak sabar menantikan The Conjuring 3!
NURUL NAJWA: Seiring dengan perkembangan teknologi kebanyakan filem yang dihasilkan akan mengikut arus perkembangan dunia. Namun setiap filem yang dihasilkan haruslah lebih mendekati jiwa seorang manusia dan memaparkan motif yang tepat di sebalik jalan cerita. Unsur sains dan teknologi haruslah dikaji sebaik mungkin sebelum diterapkan dalam sesebuah filem namun ianya hanya berlaku di Hollywood dan kita tidak mampu untuk menghalang idea mereka. Untuk industri filem Malaysia, terapkan lebih isi-isi sejarah dalam filem untuk kenangan dan pengetahuan generasi akan datang.
AIN NURLISA: Harapan untuk tengok sekuel The Conjuring – The Conjuring 3 sebab dah pernah tengok Conjuring pertama dan kedua semestinya Ain mahukan yang ketiga.
SITI AMANDA: Tahun 2020, aku nak tengok filem yang sedap. Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan ala-ala badan penapisan tender kantin sekolah. Makanan kantin sekolah tak pernah tak sedap kan?
***
Seperti biasa, giliran aku pula. Top 3 filem pilihan aku ialah:
1. Ejen Ali The Movie
Filem ini best tahap aku hanya nak bersembang dengan orang yang rasa best jugak je. Haha! Aku tak nak ada yang memusnahkan mood aku yang best gila selepas menonton filem ini. Sama macam masa aku tengok Spider-Man: Into the Spider-Verse tahun lepas.
2. Weathering With You
Aku ingat sound effect cerita ni memang sedap. Bunyi, guruh, hujan memang real. OST pun ngam! Sekarang bila hujan lebat, OST filem ini akan terngiang dalam otak aku sambil imej-imej dalam anime ini dimainkan dalam minda.
3. Gundala
Aku suka perasaan selepas menonton filem ini. Rasa penuh. Ada banyak dialog dan babak yang boleh dikaitkan dengan realiti. Aku sedang mempertimbangkan untuk ke pawagam dan tonton sekali lagi.
Harapan untuk filem tahun 2020: Untuk industri Malaysia, teruskan meneroka kepelbagaian genre dan kisah. Antara yang aku dah nampak sinar: Daulat. Harap penyampiannya berjayalah ya.
Selamat maju jaya untuk semua penggiat filem tanah air!
Selamat maju jaya untuk semua penggiat filem tanah air!
Kami menanti seruan membeli tiket wayang.
Kali ini canggih sikit, ringkasan aku buat dalam bentuk jadual haa:
Sampai berjumpa lagi!