aku baca satu entri berbentuk cerita di blog paan. cerita itu mengenai 5 orang kawan : Pian, Idham, Dzia, Aima dan Mandy. cerita itu ditulis dari pekspektif pian. jadi, aku nak tulis dari perspektif aima pulak. walaupun nama paan bagi ni macam ntah apa-apa. so here it goes.
aima sebenarnya tahu mengenai event yang akan diadakan di map kl ni dari mandy. kelas aima dan rakan-rakan lain habis pukul 5 hari itu. jadi, aima, dzia dan mandy pun pergi makan malam. sedang asyik makan (aima order makanan paling sedap padanya untuk makan malam) tiba-tiba pian call mengatakan nama aima dan dia dipanggil di pejabat. aima tak tahu nak rasa cemas atau bengang sebab aima nak habiskan makanan dia jugak. nak tambah bercelaru fikiran aima datang lagi sorang kawan bagitahu yang memang nama aima dipanggil melalui pengumuman. aima tak peduli, aima makan. bila makanan dah habis aima melihat jam di tangan. 'ohh, baru jam 5.45 petang. sempat kot pergi pejabat' bisik hati aima. aima pun menghantar pesanan ringkas kepada pian untuk sama-sama ke pejabat. mandy dan dzia ditinggalkan kerana pengumuman itu. tapi tiba-tiba, pian membalas 'tak payah pergi pejabat dah tutup hal itu pun dah settle.' reaksi aima " sigh ! nasib baik dia berhenti di hadapan perpustakaan dan tidak lagi sampai di hadapan pejabat.
aima ambil keputusan masuk ke perpustakaan untuk buka google maps dan tengok sikit-sikit intipati event yang dia akan pergi malam ini. berdasarkan, perbualan ketika sedang makan malam tadi mandy pun macam tak berapa pasti jalan. pian pemilik kereta pun tak tahu jugak. alasan dia 'kalau dari kl aku tahulah.' jadi aima pun buka facebook. aima terpandang di sudut 'events'. aima terlupa atau tak perasan yang dia pernah dapat invitation ke event itu juga sebenarnya. aima jawab 'maybe' dia akan pergi sebelum ini. saat itu jugalah dia tukar kepada 'attending.' lebih menerujakan keadaan bila penganjur acara itu menhantar mesej di facebook aima 'jumpa malam ini. there will be free food !'. aima senyum tanda macam dah tahu aku nak pergi. aima kembali melihat peta-peta untuk ke sana.
aima tak faham sangat nak tengok peta. jadi, dia update status berbunyi seperti 'dulu belajar kajian tempatan tak habis, sekarang terkial-kial tengok peta. map kl, semoga aku sampai !' tiba-tiba, aima ternampak seseorang yang dia kenal masuk ke pusat it dan duduk di sebelahnya. mandy. disebabkan mandy dan pian online facebook juga ketika itu, aima pun hantar peta untuk ke map kl agar mereka tak sesat nanti. mereka pun dah umumkan diri mereka sendiri sebagai pemandu rasmi hari itu. peta dalam bangunan aima dah tangkap gambar dan simpan dalam phone. peta jalan raya memang aima tak dapat tolong. pian kata jumpa jam 6.45 petang. aima segera undur diri ingin bersiap-siap. 'alamak baju apa aku nak pakai ni ...' perkara itulah yang difikarkan aima ketika menaiki tangga untuk pulang ke biliknya.
dzia sedang berbaring membaca buku di ruang tamu kerana dia sudah bersiap. aima tergesa-gesa bersiap kerana jam sudah menunjukkan 6.30 petang. aima akhirnya memilih untuk memakai kardigan biru firus, t-shirt ungu dan jeans hitam bersama tudung putih. setelah siap aima mengajak dzia turun ke pagar depan untuk bertemu pian dan idham seperti yang dijanjikan. sampai di pagar depan aima tak nampak pian dan idham. aima mengeluh. sia-sia dia cepat-cepat bersiap. aima buat-buat nak beli makanan kat gerai-gerai yang ada di hadapan kolejnya itu. tiba-tiba, dzia tegur "ima, nak beli makanan ke ?." aima menggeleng dan melihat dzia jalan terus. ohh, rupanya pian dan idham sudah siap tunggu di kereta. gerai-gerai ni lah halang pandangan aku, aima mengomel dalam hati.
tak sangka aima, dzia, idham dan pian kena tunggu mandy bersiap selama setengah jam. aima agak tentu si mandy ni ter-overdose online kat perpustakaan tadi. mesti dia balik mandi-mandi dulu ni. tekaan aima tepat bila mandy turun dengan rambut yang masih basah. perjalanan mereka ke acara itu pun bermula. acara yang mereka ingin pergi ini adalah sebuah acara menonton filpen dan pelancaran sebuah buku. acara itu akan bermula jam 8 malam. tapi 7.30 baru mereka mula bertolak. arah tuju perjalanan ditentukan sepenuhnya oleh mandy dan pian. kalau salah jalan itu salah mereka. idham, aima dan dzia di belakang duduk dengar lagu dan melihat pemandangan. kemudian, idham bagi satu persoalan untuk difikirkan 'macam mana kalau dunia ni tiada lampu ? macam mana kalau thomas edison tak cipta lampu ?' semua pun diam dan berfikir. kemudian, melemparkan pandangan keluar kereta melihat lampu-lampu kereta yang terang.
semua yang di dalam kereta wira itu mula mengukir senyuman bila sudah hampir tiba ke destinasi. kawan pian bernama fiq ada pesan 'senang je nak cari. tempat tu nampak macam tempat makan kat belah depan. then, kat dalam macam tak siap sikit. tempat tu tempat baru.' setakat ini cakap-cakap fiq tak salah lagi. setelah perking kereta, aima dan rakan-rakan pun bersedia untuk berjalan kaki ke tempat acara itu diadakan. aima mengeluarkan peta lokasi yang ditangkap untuk melihat di tempat acara itu berlansung. di bawah peta itu sebernanya ada satu nota tertulis seperti : par at the blue zone, near to the black box. aima berasa aneh kerana mana ada blue zone. tempat parking mereka adalah d1. kebetulan di situ ada satu kedai makan. kedai makan itu tak ramai orang. mereka pun mengambil keputusan untuk bertanya dengan pekerja di situ.
menurut pemerhatian aima, kemungkinan besar pekerja itu negro atau sewaktu dengannya. hal ini demikian kerana kulitnya yang gelap dan bertubuh tegap. mereka menolak antara satu sama lain untuk bertanya arah jalan. tetapi mandy yang paling bertanggungjawab jadi dia yang bertanyakan soalan. ternyata pekerja tadi juga tidak tahu. dia mengarahkan mandy untuk bertanya pada managernya. manager yang mempunyai semangat bob marley (kelihatan dari cara pemakaiannya) tak segan-silu membantu menunjukkan arah pada mandy supaya boleh guide kawan-kawan lain. sementara itu, aima dan yang lain masih berdiri bersama pekerja asing tadi. tiba-tiba, pian dengan otak biolnya (mungkin sebab pian pernah jatuh terhantuk kat batu dan dapat 7 jahotan) telah menyanyikan lagu smack that dengan kuat. 'tahulah mat karaoke tapi tak payahlah nak tunjuk bakat kat mana-mana je' desis aima dalam hati. aima tahu itu metafora pian terhadap rupa pekerja tadi seperti akon. sebab itu jugalah aima dan dzia gelak. mereka cuba kawal perasaan tapi perkara itu sukar dilakukan. pekerja itu memandang pelik ke arah aima dan rakan-rakan. mujur mandy sudah selesai bercakap dengan manager kedai.
rupanya bangunan yang aima dan rakan-rakan nak pergi tu seberang dengan tempat mereka parking. nak ke sana tak boleh lintas jalan tapi kena lalu, laluan bawah tanah dan naik lif. sekali lagi betul kata fiq, kawan pian. tempat tu memang macam tak siap. aima teringat gambar-gambar kawan-kawannya yang lain yang pernah ke situ semester lepas. seingat aima tempat itu cantik. jadi, tempat tak siap ini apa ? escalator pun tak bergerak. dzia bergerak menuju ke arah escalator. tiba-tiba lampu escalator menyala dan escalator mula bergerak. ohh, energy saving rupanya. hebat betul. aima dan rakan-rakan menaiki setiap escalator. sampai di satu tingkat tinggal hanya satu lagi escalator. kesemua mereka buntu. mandy kemudian naik ke atas. dzia melaung "kalau sepuluh minit kau tak turun, ktorang selamatkan kau." tiba-tiba, mandy menjerit dari tingkat atas "ada jalan, ada jalan !". maka, kesemua mereka menaiki escalator.
sampai ke atas, aima rasa tertipu sebab jalan yang mandy cakap tu di luar bangunan. dan mereka sebenarnya kini di tingkat atas sekali bangunan. macam mana nak pergi ke jalan raya pulak. 'mandy ni terlupa ke yang kawan-kawan dia tak ada kuasa macam power rangers' bisik hati aima sendirian. entah macam mana, mereka semua memilih untuk belok ke lorong di sebelah kiri. mandy masih lagi mengetuai rombongan. boleh kata, mandy yang uruskan semua. sampaikan surat pulang lewat untuk pengawal pun mandy yang tulis. mandy jalan laju di depan. tiba-tiba, mandy kelihatan seperti bercakap seorang diri di suatu arah. bila mereka semua jalan ke hadapan sedikit sebenarnya mandy sedang bercakap dengan seorang pekerja di situ. 'apa saja untuk hidup. gila betul, pak cik ini kerja sorang-sorang kat sini' fikir aima. pian sekali lagi buat benda biol dia pergi tengok pak cik itu jejak tanah ke tak ikut celah kangkang. malang buat mereka semua sebab pak cik tu tak faham bahasa melayu atau inggeris. dia cuma boleh bertutur bahasa dari negaranya sahaja. maybe pak cik itu patut beli buku 'bahasa melayu 101' dengan gaji pertamanya.
sekali lagi, aima dan rakan-rakan berjalan mengikut naluri. aima tersedar sesuatu di peta yang ditangkap tadi. pada peta itu tertulis lokasi acara itu diadakan dia sebelah A6. sedikit nur mula dirasakan bila terlihat papan tanda yang mereka semua berada di A2. jadi, mereka berjalan dengan pantas. sehingga keluar bangunan papan tanda berakhir dengan A5. kemudian ada tangga di hadapan. di hadapan lagi ada roda-roda besar sebagai perhiasan dan ada orang-orang sedang berdiri. nampak seperti ada pameran lukisan 'Ahh, tak guna betul. tengok peta ni macam senang je.' mandy memberi cadangan untuk naik menggunakan tangga. entah bagaimana, mereka semua decide untuk turun kembali. bila sudah turun mereka bertanya kepada orang-orang di situ di mana tempat acara itu diadakan dengan soalan "boleh saya tanya, di mana black box ?" kemudian, seorang lelaki menunjukkan jalan. syukur, mereka tak naik tangga dan sesat lagi.
aima lihat muka lelaki yang tunjukkan jalan itu seperti kenal. ya, tak syak lagi. lelaki itulah yang pernah berlakon drama siri kegemarannya. aima memang suka tengok tv dari dulu lagi. cuma semanjak ada facebook acara itu dikurangkan. terdetik juga di hati aima 'wah, yang tunjuk jalan pun pelakon. siapa lagilah yang akan ada nanti' sebab di mesej yang dihantar pada aima di facebook turut mengandungi ayat seperti : most of the Malaysian directors will be present / there will be guest star. masuk-masuk ke black box itu mandy masih lagi lead. aima dan lain-lain ikut dari belakang. tepat pukul 9 mereka masuk. 1 jam lewat. ini sudah filpen keberapa pun aima tidak tahu. black box ketika itu sangat gelap sebab ada filpen yang sedang ditayangkan. sepanjang filpen itu ditayangkan aima tidak tenteram sebab memikirkan rupa black box itu bagaimana dan berharap agar lampu segera dibuka. di samping, filpen itu sudah separuh jalan jadi aima tidak dapat hayati. kalau filpen baru nak mula mungkin aima boleh beri fokus lebih.
ternyata harapan aima tidak sia-sia. selepas 3 filpen (short film) ditayangkan - yang aima lihat cuma 2 setengah. lampu dibuka. black box itu di cat hitam. di dinding dilekat gambar hasil fotografi, kerusi, ada pentas di tengah-tengah. 'ini betul black box ni. semua warna hitam je' fikir aima. kemudian, pengacara malam itu yang juga penganjur acara mengumumkan akan ada penyanyi jay membacakan bukunya. idham mesti seronok, kata hati aima lagi. jay masuk dan membaca tulisan penganjur itu. mungkin idham tidak blushing sangat sebab mengikut cakap-cakapnya yang sebelum ini dia dah banyak kali jumpa jay. tapi idham ada berangan kalau satu hari jay pula panggil dia untuk baca karya jay di atas pentas. sesi menonton filpen akan dimulakan 10 minit lagi. penonton semua pun keluar dari black box itu.
disebabkan terlampau art sangat design tempat tu. aima dan dzia sesat-sesat nak pergi tandas. rupanya gambar-gambar yang aima tengok kawan-kawan dia pergi semester lepas tu depan tandas. setelah melihat-lihat sebentar kawasan sekitar aima dan rakan-rakan lain naik kembali ke depan black box. ternyata semua hadirin yang hadir kerana menurut penglihatan aima ketika dia baru sampai makanan masih banyak. kali ini bila dia lihat semula tinggal buah-buah dang kuih bingkang 2 3 ketul je. aima ambil air teh untuk diminum. jauh-jauh jalan takkan tak jamah sikit pun. kemudian, aima pergi ke arah idham dan pian berdiri. pian kata "tadi idham kata dia nampak fungus. aku walaupun aku tak kenal aku yakin idham betul." aima mula minat fungus ketika melihat jejaka itu di sebuah rancangan tv. aima tercari-cari tapi masih behava tapi tak jumpa. idham kata "tu tu tu ..." sambil menunjuk ke satu arah pintu. tiba-tiba, masuk seorang lelaki berambut afro dan berbaju basketball. "ini bukan fungus gila," aima menjeling idham. kemudian dia membuang cawan plastik air teh tadi ke dalam tong sampah. mereka pun berjalan masuk ke black box kerana tayangan sudah pun bermula. dalam berjalan masuk ada juga aima terlihat beberapa orang seni yang dikenalinya.
sesi seterusnya menayangkan 3 sort film lain. menjadikan jumlah short film yang ditonton aima dan rakan-rakan 5 setengah. tapi ada satu short film di sesi kedua ini yang tersekat dan tidak ditayang sampai habis menjadikan keseluruhannya 4. tamat tayangan itu aima menoleh ke arah rakan-rakan lain dengan mata yang bermakna 'kita nak keluar sekarang ke ?.' kemudian, idham datang pada aima dan berkata "tengok belakang tengok belakang. fungus kat belakang." aima menoleh kebelakang tetapi ada pak cik tua pula. jadi, aima berjalan perlahan. dan pada ketika itulah muncul fingus, yang dikatakan tadi. dalam hati aima berkata 'i nver expected this day will come' sambil memandang ke arah fungus. mungkin kerana menyedari ada yang memandangnya fungus memandang ke arah aima. aima cepat-cepat melarikan pandangan kerana segan. kemudian, aima cepat-cepat keluar dari black box itu. idham dan pian pun berkata kepada aima "dah dah, tak payah nak blushing sangat." aima tak faham kenapa mereka nak cemburu sangat. tapi aima tak peduli sebab dia dapat tengok fungus tadi. fungus pakai baju hijau malam itu. aima terfikir untuk beli baju warna hijau juga selepas ini. tapi aima terasa dirinya mengada pulak tapi memang sebelum ini aima ada berfikir untuk beli t-shirt baru pun.
selepas itu, aima dan rakan-rakan pun mahu bertolak pulang. memandangkan tempat parkir kereta pun mereka tak pasti di mana jadi mereka perlu cepat. orang lain yang hadi semuanya masih berkumpul dan berborak. pasti mereka semua ni parking dekat blue zone yang ada dalam peta tu. boleh pulak dorang jumpa, bisik hati aima. aima dan 4 yang lain berjalan riang ke arah satu escalator. tiba-tiba lampu escalator itu terpadam. mandy yang berdiri di hadapan sekali segera melarikan diri. boleh dikatakan semua berlari kerana panik. kemudian, mereka bertenang kembali. plan untuk turun escalator dibatalkan kerana kata-kata idham yang berbunyi "kalau lampu atas ni dah tutup korang expect kat bawah tu macam mana ?". jadi, mereka berjalan terus. sampai di satu tempat aima ternampak pak guard sedang duduk bergoyang kaki di atas beranda. kalau itu watak yang seram aima tak mahu melihatnya seorang diri, jadi, aima menunjukkan pak guard itu pada dzia.
pak guard yang sememangnya manusia itu menjadi tempat rujukan untuk mencari jalan keluar. akhirnya, aima dan 4 yang lain menaiki lif. aima bersandar pada dinding lif. ini kerana aima berfikir di dalam cerita seram selalu menunjukkan orang yang menaiki lif berdiri di hadapan pintu lif dan akan diganggu dari belakang. jadi aima pilih bersandar di dinding lif. masing-masing mengambil sudut masing-masing. pian yang claustrophobic berdiri di hadapan lif bersama idham. bila pintu lif terbuka hampir semua penumpang lif itu terkejut dengan tindakan pian berlari ke belakang idham. semua di dalam lif itu menjerit kecil. aima menyangkakan ada orang di hadapan lif itu. namun, sebenarnya bila lif itu terbuka suasana sangat gelap di luar dan ada kayu penghadang bersidai seluar jeans. panik juga mereka kerana laju-laju menekan butang tutup pintu lif. bila pintu lif tertutup masing-masing gelakkan diri sendiri. sekali lagi, butang lif ditekan mengikut tekaan. bila pintu lif mahu terbuka idham tutup muka. tak guna punya idham. tindakan dia membuatkan orang lain rasa tak selamat juga.
syukur, bila pintu lif terbuka suasana terang dan tempat itu kelihatan seperti tempat parking. sekurang-kurangnya, tak lah menakutkan sangat. aima kemudian memeriksa barang-barangnya di dalam beg tangannya. tiba-tiba, rakan-rakannya yang lain terkejut kerana terlihat pak guard melintas dengan tiba-tiba. aima dah perasan pak guard itu dari arah belakang jadi tak terkejut sangat. dzia meluahkan hatinya "adoi, penatlah macam ni semua nak main terkejut-terkejut je." aima setuju dengan dzia. banyak betul kejutan malam ini. tak ada tempat lagi scary ke nak buat evet, cis ! setiap langkah membawa harapan mereka cepat jumpa tempat park kereta itu. nur sekali lagi melimpahi mereka bila ternampak papan tanda D1 tempat parking kereta. mereka berlari-lari ke arah kereta wira yang mereka menaiki. sampai di kereta masing-masing memeluk dan mencium kereta kerana berjaya sampai. setelah itu, mereka singgah makan seketika di kedai mamak kerana mengikut pesanan pengetua kolej yang menandatangani surat kebenaran untuk ke acara itu. pengetua pesan pada mandy "sebelum balik makan dulu ya." what a good day, aima senyum sendirian di dalam kereta.
pulang ke bilik aima mencatatkan kejadian malam di dalam diari hariannya untuk dikenang suatu hari nanti.
TAMAT
perspektif lain :
1. Pian
2. Idham
3. Dzia
4. Mandy
p/s : ini memang entry paling panjang aku ada.
5 comments:
seronok betul kawan2 berlima tu kan. terutama sekali aima. dapat jumpe fungus. blushing sampai nak pitam. haha
mandy tu cun tak?
paan : sajalah kau nak exaggerate cerita. mana ada aima nak pitam.
manda : dalam character biografi aku tulis mandy kurus & tinggi je. cun tu aku tak decide lagi.
mungkin dalam 5 tahun lagi habis la aku bce enrty ni
tak apa, 5 tahun pun.
asal habis baca, haha.
Post a Comment