7/15/11

Hanya Budak Nakal Boleh Kawal Budak Nakal

12.00 TENGAH MALAM

“Hey, saya nak awak semua turun. Saya bagi awak 5 minit,” ustaz yang memakai baju biru tercegat di hadapan pintu bilik rumah.

Ustaz dan pengetua kolej Matahari memang prihatin. Seisi rumah menggelabah.

“Cepat sikit. Saya bagi 5 minit.”

Aima segera masuk ke bilik dan menukar baju. Tiba-tiba Ayi membuka pintu biliknya.

“Akak, kita nak cakap apa ni ?” Ayi sedikit risau.

Aima senyum seperti merancang sesuatu.

Rumah yang dikongsi 8 orang itu, senyap seketika dipanggil ustaz. Ustaz masih tercegat menunggu di hadapan pintu. Yumi mengetuk pintu bilik air memanggil Rosiah. Rosiah yang sedang berada di dalam terpinga-pinga. Mya bertuah kerana tiada di rumah malam itu. Tushee membetulkan tudung di hadapan cermin. Malam buat Farhana kerana sedang belajar tapi masih perlu turun ke bawah. Erna yang sudah siap keluar dahulu dari rumah.

Dalam langkah perlahan dan muka paling innocent, 7 orang menghadap pengetua kolej dan ustaz di padang kolej. Kehadiran mereka tidak diendahkan kerana pengetua sedang berbual dengan pelajar lain. Sehingga Aima terfikir ‘betul ke ktorang kena panggil ni.’

Selepas, 5 minit, barulah pengetua kolej Matahari menghadap Aima dan rakan-rakan yang lain.

“Haa, ada apa tadi ribut-ribut di atas ?” soal pengetua kolej Matahari dengan senyuman yang mencurigakan.

“Tak ada apa sangat. Cuma tadi ada seekor lipas, kemudian saya spray tiba-tiba lipas tu pergi ke bawak kerusi Ayi. Selepas itu, Yumi ambil lipas tu dan usik-usik Erna. Rosiah tak ada kaitan dia tengah mandi tadi,” terang Aima bersungguh-sungguh.

“Saya pun tengah pening-pening belajar, ada test esok,” tambah Farhana lagi.

Pengetua kolej mengangguk-angguk faham. Lipas bukan kes biasa.

“Awak dua orang ni kembar ke ?” soal pengetua kepada Erna dan Ayi seperti cuba beramah-tamah.

Yang lain ketawa mendengar pernyataan itu.

“Awak semua satu rumah memang happening eh ?” tambah pengetua lagi.

“Awak semua course apa ?” sampuk ustaz tiba-tiba.

Seperti dijangka Yumi, soalan mengenai course akan ditanya. Yumi mengajak semua untuk mengaku sebagai budak akaun. Mungkin dengan cara itu hukuman dapat dikurangkan. Tetapi dihalang Tushee kerana risau kad matriks akan diminta.

“Berapa orang penulisan ?” tanya ustaz lagi.

Pertama kalinya penulisan tidak dilupakan begitu sahaja.

“4 orang. 1 orang event management,” jawab Yumi dan Ayi serentak.

“Dia seorang je akaun,” tunjuk Rosiah kepada Farhana.

Pengetua seakan-akan tidak puas hati kenapa budak akaun boleh serumah dengan budak sekolah filem, animasi dan teater.

“Dia ada jiwa seni juga,” jawab Rosiah.

“Saya sekarang tengok novel-novel kurang cerita pasal budak-budak universiti. Kurang cerita-cerita macam ni. Yelah, macam awak kena tahan ni kan. Kalau awak buat novel, ini sesuatu yang orang boleh relate. Tapi tak, sekarang ni kurang. Awak semua nanti cuba tulis. Kalau tulis pasal saya pun tak apa,” pengetua kolej memberi idea dan pandangannya.

Di situ Aima bersetuju. Sekarang memang banyak novel kahwin paksa dan bahagia.

“Saya dulu budak nakal juga, macam awak semua. Awak percaya tak, hanya budak nakal sahaja yang boleh kawal budak nakal. Awak tengok ustaz ni. Nama je ustaz. Dulu geng budak nakal,” kata pengetua yang satu zaman dahulu pernah mengikat pondan dan meletakkannya di dalam hutan. Memang nakal.

“Saya dulu kalau nampak lipas, saya jentik je kepala. Kemudian buat main laga lipas.” ustaz melawak.

“Ok, lah awak semua boleh naik,” kata pengetua kolej Matahari.

“Fuhh, nasib baik tak kena angkat meja batu macam budak lelaki kolej Seroja kena,” luah Aima dan Rosiah.

Seisi rumah berjalan tenang pulang ke rumah. Semua bersyukur kerana tidak disaman malam itu.


Pulang dari perjumpaan itu, Aima fikir :
1.Mahu tulis novel perjalanan menjadi pelajar universiti
2. Dia masih cuba fikir tentang senakal mana dia. Rasanya dia macam budak baik je, haha.

4 comments:

Iki Ali said...

manusia sekarang mana ada yang betul2 baik. haha.

Liyana Aziz said...

hebat...

Elie Lily said...

umah korg ke yg tuan haji n ustaz naik semalam?

Aimi Rosli said...

haha, ktorang lah, 'budak nakal'.
btw, ustaz je yang naik.