Jika anda tertanya-tanya dan teragak-agak dalam membuat keputusan untuk membelinya, di sini dijelaskan 10 sebab untuk anda membeli Zine I-Me tanpa ragu lagi :
- Seorang penulis memerlukan pembaca.
- Seorang pelukis memerlukan pemerhati.
- Dengan harga kurang dari RM 10, anda akan mempunyai teman yang tidak pernah anda sangka hingga ke hujung tahun.
- Sekarang adalah musim hujan. Kalau tak mahu basah, kena duduk dalam rumah. Kalau tak mahu tv, radio, telefon dan modem rosak, kesemuanya hendaklah dimatikan dan tidak digunakan. Kalau tak mahu tidur (kerana anda sudah seharian tidur), kenalah berjaga. Tetapi tak tahu mahu buat apa. Oleh itu, aktiviti membaca adalah sesuatu yang logik dan paling munasabah untuk dilakukan.
- Dan jika anda, penat melihat tulisan, anda boleh melihat lukisan-lukisan yang ditampilkan bersama.
- Kerana buku terakhir yang anda baca adalah buku pelajaran. Lalu otak menjadi tepu, mahu keluar rumah pula tidak sempat. Kemudian anda merasa down dan mula mengomel seperti tiada life. Mungkin zine ini boleh memberikan sedikit life kepada anda.
- Setelah begitu banyak sebab anda baca, takkan anda tidak terpengaruh untuk membelinya lagi ?
- Anda tidak pernah mendengar perkataan Zine. Jadi, kenapa tidak jadikan Zine I-Me ini adalah zine pertama anda. Supaya suatu hari nanti bila ada orang berkata 'ehhhhhhh, kau tahu tak zine blablabla ...' , anda boleh menjawab 'ohhhhh, aku bab baca-baca ni kurang sikit. tapi aku pernah baca satu zine dulu ...'
- Kerana keesokan harinya apabila anda membuka Reading List, blog ini masih bercerita mengenai zine ini. (HAHA!). Sebab yang sebenar -- anda mencari suatu kata-kata yang dapat menerangkan jiwa atau perasaan kini tetapi tidak ditemui, anda berkemungkinan besar jumpa gambaran perasaan itu di dalam zine ini.
- Bangsa membaca adalah bangsa berjaya. Sokonglah produk tempatan.
Sebab tambahan :
Penulis memerlukan wang untuk menggantikan 30 paket Milo Fuze yang telah dihabiskan tanpa sedar sepanjang bulan lepas ketika menyiapkan zine ini.
Makluman :
Bagi yang membeli melalui pos, cara pembayaran adalah melalui Wang Pos (:
3 comments:
like !
selalu gunakan adik sebagai model kan? haha
btw aimi, ur 10 reasons really reasonable. :)
sweet je :)
Post a Comment