memandangkan ada 'sesuatu' yang penting perlu aku hadiri sabtu ini bersama 'sesuatu' yang perlu dituntut dari pejabat hal ehwal pelajar, aku kembali menjejakkan kaki ke (bekas) sekolah filem aku. aku bertolak dari rumah jam 4.00 petang. berbekalkan pengalaman yang aku ada, aku sasarkan aku akan sampai ke (bekas) sekolah filem sekitar 4.15 petang. ternyata, jangkaan aku tepat mengenai sasaran. turun dari kereta, aku pergi ke pejabat bendahari untuk beramah-mesra dengan bendahari di situ. siapa tahu kalau-kalau hatinya lembut dan aku tidak perlu membayar sebarang perbelanjaan untuk pengajian aku di masa akan datang. selesai, urusan aku di kaunter bendahari aku terus melangkah meninggalkan angan-angan untuk belajar percuma tadi. aku berjalan pantas untuk menuju ke pejabat hal ehwal pelajar, aku akui yang jantung aku dup dap dup dap juga risaukan pejabat hal ehwal itu tutup. masa sekarang menunjukkan 4.30 petang. sesetengah pendapat mengatakan pejabat itu tutup jam 5.00 petang, ada yang kata pula, pejabat itu tutup jam 4.45 petang. aku tak pernah siasat hal itu sepanjang pengajian atau mungkin aku terlupa. sampai sahaja di kaunter aku disambut dengan senyuman dan kata-kata 'awak ni, datang lambat-lambat.'
aku dengan termengah-mengah berkata 'saya baru sampai dari kampung'. semuanya benar. memang rumah aku 15 minit dari (bekas) sekolah filem itu tapi sebelum itu aku pulang ke kampung. sebab itu aku bertolak pukul 4.00 petang ke sekolah itu.
kemudian, aku meneruskan kata-kata untuk menyelesaikan 'sesuatu'. dalam perkiraan aku, 'sesuatu' itu akan selesai dalam masa 5 minit. bukan susah sangat pun, print, tandatangan, cop. namun, begitu, sasaran aku meleset jauh, bila aku perlu berdiri dengan kadar masa yang lama. boleh dikatakan, semua pamplet di kaunter aku habis baca dan semua surat-surat yang tidak dituntut juga aku sempat semak.
penjaga kaunter yang kagum dengan semangat aku yang tidak beranjak dari kaunter itu, akhirnya mengajak aku berbual-bual. sambil-sambil dia menaip pendaftaran pelajar baru (berdasarkan perbualannya dengan rakan sekerjanya sebelum ini). kafe dan dining yang ditutup kerana tidak menjaga kebersihan menjadi topik perbualan. kali ini kafe dan dining yang menjadi tempat makan pelajar pada waktu tengah hari ditutup selama dua minggu gara-gara kebersihan yang tidak dijaga. aku malas nak ulas sangat isu ni. setiap sem tak pun, setiap dua sem mesti ada je tempat makan pelajar ditutup. bila nak berubah woi.
buat yang berada di kolej semoga tabah. tak pun, boleh call domino's pizza delivery, hehe.
domino's pizza baru mesej aku promosinya yang terkini tadi tanpa diminta.
1 comment:
dining da tukar orang pun still kotor lagik! apelah! T_T
Post a Comment