boleh dikatakan bilik saya antara yang memiliki lampu kalimantang paling terang. bila saya kata antara, saya cuba terangkan bahwa banyak rumah teres di sini tetapi setiap lorong terbahagi kepada beberapa bahagian, corak dan design. sebegai contoh lorong rumah saya, mempunyai hanya satu deretan rumah teres. jumlah kesemua rumah kemungkinan 20 buah sahaja. jadi, dalam 20 buah inilah, bilik saya mempunyai lampu paling terang. bila berada di kawasan yang mana floranya masih baik kehadiran ini serangga-serangga kecil yang tidak diketahui nama dan spesis yang sangat cintakan cahaya adalah tinggi. dulu banyak kes rumah orang dimasuki ular. saya sangat bersyukur hal itu tidak terjadi di rumah saya. cuma serangga sahaja yang masuk. antara yang tak rare ialah kelkatu. kehadiran mereka semua terkawal selagi saya tidak memasang cadar warna putih. hal ini demikian kerana, cadar putih akan memantul cahaya terang keluar kemudian mengundang lebih banyak serangga. ini hipotesis saya saja.
perkara ini tidak menjadi masalah sangat pada saya kerana kehadiran seekor cicak yang datang tak diundang lalu memakan semua serangga-serangga yang ada. oleh itu, lantai saya jadi bersih. saya tak pasti kalau ini cicak yang sama atau berbeza tetapi setiap kali ada serangga cuma ada satu saja cicak yang akan datang untuk memakan semua rezeki yang ada di depannya. kalau boleh saya nak lastik cicak biar dia mati. tapi saya tak ada kemahiran melastik. selalunya akan terpelanting ke belakang. jadi, terpaksa saya biarkan sahaja toby dengan aktivitinya di lantai atau dinding.
ok ok, sebenarnya saya tak pernah secara serius memberikan nama kepada cicak. i mean like ... euww! hmm, beberapa hari lepas muncul pula mac dan lily. rupa mac agak pelik. mungkin dia bukan sekadar cicak. mungkin dia ada kacukan. dekat 2 hari dia berkeliaran di dalam bilik ini. saya sangat runsing. mujur dia tidak muncul lagi selepas itu. kalau tidak, mungkin tidur saya tak akan lena kerana paranoid takutkan cicak. tapi saya perasan satu perkara tentang cicak ini, kalau kita sergah (bukan guna suara tetapi mengetuk apa-apa objek yang berhampiran dengannya) dia akan lari. hari sama, mac tak datang, ada lily. kecil gila. mungkin baru lahir. triple Euww ! cuma bertahan sehari dalam bilik ini. mungkin dimakan toby. bagus juga tu. haha, sebenarnya saya tak tahu. saya tak pernah nampak lagi cicak makan cicak. tapi saya tahu, cicak makan lipas.
begini ceritanya, semalam saya dengar ada kepak sedang bergesel. sesekali terdengar bunyi objek itu berlanggar-langgar di dinding. saya buat tak endah. biasalah serangga atau kumbang. ahha, lipas. ini saya cukup benci. saya dengan pantas mencapai bygone berbotol hijau dan spray sepenuh hati pada lipas tersebut. akhirnya lipas itu mati. yeah, kill lipas 'like a boss'. tak lama lepas itu saya terdengar bunyi benda menggelupur di tepi pintu. saya tahu itu cicak. dulu saya pernah nampak dia menggelupur sebab cuba telan kumbang kecil. hipotesis saya, cicak itu menggelupur kerana kumbang itu masih hidup. (cicak itu akhirnya, berjaya makan kumbang itu). sambung balik mengenai lipas tadi. saat itu juga, saya menyedari lipas yang saya spray tadi, hilang! setelah diamati, rupanya lipas itu berada di mulut cicak yang menggelupur di pintu tadi. lipas itu sudah separuh di mulutnya. cicak itu terus menggelupur dua tiga kali. memang annoying. saya teruskan online dan terlupa nak pesan bahawa lipas itu telah diracun tadi.
hari ini saya mengemas bilik secara besar-besaran. saya cuma jumpa kepak lipas semalam. saya percaya toby dah telan kesemua bahagian lipas yang lain. hari ini juga serangga di lantai tapi tak ada yang datang makan, saya rasa toby dah mati. mac dan lily pula mungkin dalam keadaan trauma hebat.
ok,kejap.
yang tengah main kejar kupu-kupu kat tingkap ni siapa pula ?
5 comments:
HAHHAHAHAHHA what the hell!! nice pet names you got there. serius lawak cerita kau ni.
wow aimi dah set new tab untuk post comment! ;p
saya nak like/favourite komen rodiah :p
diah : haha, glad you like :p :p
manda : this is for 2012, oy ! :D
cassy : ((:
haha. nice entry... hikhik. seronok aku bc.. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri : DAHULU itu.
Post a Comment