4/23/12

“Aku ada cakap tak minggu ni cuti semester ? Abaikan. Cuti dibatalkan.”

Betapa bahayanya setiap ayat dalam otak berbunyi seperti status-status untuk diterbitkan di Twitter. Walaupun sebenarnya, tak ada Twitter. Dan gejala ini juga, yang mengundang kepada kelumpuhan entri panjang lebar di blog ini. Dulu ada seseorang berkata pada aku dan kawan-kawan bahawa, akademik mampu membunuh kreativiti. Kalau begitu, banyak lagilah punca kenapa aku dah lama tak tulis blog. 


Bercakap mengenai akademik, ya, seperti tajuk di atas aku sedang cuti pertengahan semester. Tapi aku malas nak borak mengenai assignment. Rumit. Hal ini demikian kerana, kita semua tahu di hujungnya kita akan kembali kepada kata-kata ‘tak student lah tak ada assignment.’ Dan kawan aku baru je tibai aku tadi bila aku kata ‘Tapi aku baru part 1 kot. Mana aku nak tahu semua benda.’ Lalu dia berkata ‘Part 1 tapi DEGREE.’ Malas aku nak reply dah. Haha. Ok, sebenarnya aku reply jugalah mesej tu. 


Seterusnya. 


Sebelum ini, aku tidak mengambil pernyataan bahawa ‘membeli-belah mampu menghilangkan tekanan’. Aku pun tidak begitu ingat kalau aku pernah menerima tekanan hebat. Ada dua sebab. Satu, mungkin sebab selalunya aku akan terus mengamuk. Dua, memang tak pernah terjadi. Untuk mengekalkan imej aku yang baik, eloklah kita pergi pada sebab yang kedua. (Sebenarnya, nak letak ‘HAHA!’ selepas pernyataan ini. Tapi nanti tak nampak main-main. Sepatutnya blog, berlatar putih dan bertulisan hitam ini bersifat serius. HAHA! Makin lama, makin menjadi-jadi pula sifat nak letak ‘HAHA!’ untuk semua benda.)


Jadi, cerita bermula apabila, aku dan dua orang rakan tamat menduduki ujian sebelum cuti pertangahan semester (jam 7, hari Khamis), berjalan menuju ke mall. Ia sebenarnya, adalah sebuah dataran yang penuh dengan peniaga. Tetapi bahan jualannya bukan calang-calang. Wajarlah dikatakan bahawa semua pelajar di sini berfesyen up-to-date. Sebenarnya, Isnin lalu, kelas ditamatkan awal. Kelas yang ditamatkan awal ini, bukan ditamatkan dengan suka-suka. Oleh kerana, buntu mengenai tugasan yang diberikan, terapi paling hampir di sini ialah window shopping. 


Window shopping adalah perkara biasa. Perkara biasa sehinggalah ada satu, dua, tiga, empat, lima benda yang buat kita jatuh hati dan rasa perlu untuk memilikinya. Maka, Khamis itu, aku nekad membeli dua helai baju, yang aku dah sasar dari hari Isnin. Dari Isnin ke Khamis, assignment juga makin bertambah-tambah. Kepala makin kusut, memikirkan mana tahu baju sudah dibeli orang. Bagaimana mahu bercuti dengan assignment dan sebagaimanya (hal ini jatuh no. 2 selepas baju [mana logiknya ? awak seorang pelajar]) Ya, ya, kita tunggu duit pinjaman masuk. Dan di saat hari genting, di mana sedikit lagi aras tekanan dalam diri meningkat ke peringkat tertinggi, duit pinjaman masuk. 


Berlakon memang seronok, walaupun tak kaya tapi dengan berlagak sudah buat kita senang. Aku dan dua orang rakan tadi berjalan laju menuju ke mall kami. Kami berjalan sambil berkata “Dah lah kaya, ada masa lapang pula. Tak tahu nak buat apa.” Masing-masing duit pinjaman sudah masuk. Tetapi masih order nasi goreng kampung. Tidaklah, secara tiba-tiba drastik menuju ke Kenny Rogers. Cuma kali ini, aku beli milo ais. Selalunya, aku beli teh o. Ini pertama kali, aku order milo ais, sampai aku baru tahu milo ais dekat sini harga RM 1.30. Ingatkan semua air dalam cup ni RM 1. 


Selesai makan, kami menuju ke kedai baju yang aku sasarkan. Berdasarkan dari pernyataan di atas, sudah menunjukkan bahawa aku tak reti membazir. Kalau aku reti, aku tak sasar pada satu kedai. Sebaliknya, beli di semua kedai. Gila. Malangnya, apabila aku kedai tersebut, salah satu baju yang aku mahu telah pun tiada. Jadi, aku cuma beli satu. Aku tak peduli. Aku sudah puas hati. Kawan aku bertanya ‘Pernah rasa tak, kalau time kita tak ada duit semua benda lawa. Bila ada duit dan nak beli, semua jadi macam biasa ?’ 


Aku mengangguk. 


Pulang ke bilik, aku pantas menyarungkan baju baru yang aku beli tadi, selama 2 jam. Ingatkan mahu buat tidur. Tapi aku perlu mandi. Dari pagi lagi, aku tak jejak bilik. Aku dah keliru. Aku rasa sebenarnya stress sebab memikirkan baju selama 4 hari atau assignment bertimbun. Abaikan. Semuanya tidak sepenting, 9 hari ini : makan lebih kenyang, hati lebih senang, hidup lebih tenang.






Ahh, akhirnya aku di rumah !

Ok, nak kena catch up tv show ni. 

No comments: