3/12/13

Bulatan.

Now Playing : And - The Impatient Sisters



Kadang-kadang saya rasa, saya terlalu banyak sangat berfikir. Berfikir itu bagus, tetapi berfikir yang bukan-bukan itu mendatangkan kemudaratan. Dalam konteks ini, berfikir yang saya maksudkan adalah jenis overthinking.


Contohnya, semalam saya menghantar mesej di Facebook kawan saya yang berbunyi :



'Aku keliru lah. Kau rasa aku patut ke add 'people you may know' yang keluar dekat tepi-tepi ni. Aku rasa terganggu. Hahaha! Walaupun aku tahu sebenarnya, aku tak perlu pun fikir hal ni dan boleh je teruskan kehidupan aku.'

Yang kemudiannya dijawab dengan 'Aku rasa kau patut add. Pastu teruskan kehidupan.'

'Ataupun, aku boleh je tak add dan teruskan kehidupan ?'


Benda-benda remeh.


Atau kalau punya lebih masa,  cuba baca beberapa entri saya yang lepas-lepas. Rasanya, ada beberapa yang bermula dengan 'Sebenarnya, aku nak bercerita tentang blablabla ... tapi ...' atau 'Sepatutnya, aku nak cerita tentang ...'


Ketahuilah, pada ketika itu saya sedang cuba menuliskan sesuatu agar saya nampak bijak di mata pembaca (sebab sebelum itu saya membaca blog, buku atau apa-apa bahan bacaan, yang kemudiannya mendorong saya untuk berkata 'Wah, hebatnya dia ni!' , 'Bijaknya!' , 'Aku mahu menulis sebagus ini!).


Kemudian, saya mula tidak menjadi diri-sendiri dan memadam segala cerita yang saya telah rancang untuk dipaparkan.
_________________________________________


Tapi saya juga, tidak selalu berfikir panjang. Biasalah, dalam dunia realiti kita bertindak lebih pantas. Kalau silap, kemungkinan yang wujud pun dibahan kawan-kawan 2-3 hari (atau masa reunion nanti). Di internet ni, datanya sentiasa ada. Saya dah mula rasa bahang-bahang tak senang hati bila pos-pos muda remaja mentah saya wujud di Timeline FB.


Kalau terlalu panjang berfikir, boleh jadi saya tidak akan bertindak apa-apa. (Contoh : terlalu banyak berfikir sehingga menjadi tidak produktif dan hanya mampu menaip satu entri sahaja untuk satu bulan).


__________________________________________

Saya baru sahaja duduk dalam satu bulatan permainan refleksi personaliti 3 minggu lalu. Dan dalam bulatan itu, semua orang perlu menjawab soalan 'Jika, anda bangun pagi di keesokan hari anda melihat ke dalam cermin dan anda telah berubah menjadi binatang. Binatang apakah yang anda lihat di dalam cermin ?'


Walaupun riak wajah nampak tenang, ketahuilah bahawa sebenarnya saya terlopong mendengar satu per satu jawapan dari individu dalam bulatan itu.


antara jawapan-jawapan yang saya ingat ialah :


'saya mahu jadi obor-obor. orang tak nampak tapi menyengat. saya mahu jadi begitu, diam-diam tapi berbisa.'


'saya pilih harimau kerana sifatnya yang kelihatan tegas, digeruni.'


'saya pilih burung kerana saya mahu terbang bebas. bebas berbuat apa sahaja.'


'aku mahu jadi cacing. menggembur tanah dan secara senyap bermanfaat pada semua.'


and then i go with something like,


'saya pilih harimau juga tapi saya tak ada jawapan yang power sangat. saya pilih harimau sebab saya tengok life of pi. saya rasa imej filem tu sangat kuat dan itu jelah binatang yang saya boleh ingat sekarang.'


apa yang saya tak cakap ialah, ada 3 imej life of pi yang melekat dalam otak ;

1. harimau.
2. ikan paus melonjak, lautan bercahaya.
3. pulau parasit.


dan selepas saya, senaraikan 3. satu per satu imej lain datang. imej yang macam ikan terbang, langit dan lautan tak ada beza kerana jernihnya pantulan, watak utama imbas kembali bersama imej berganti-ganti di dalam air.


entah apalah, orang fikir masa saya jawab begitu.


kuat betul, visual filem ini. masa pulang dari pawagam saya update status saya dengan mengatakan 'life of pi adalah sejenis cantik yang menakutkan.'


buktinya, sampai hari ini saya masih tak dapat lupakan filem 2012 ini. hal ini tidak sama dengan ngerinya melihat betis naomi watts luka di dalam 'the impossible' atau naomi watts muntah darah berganti-ganti dengan pesakit katil sebelah dalam filem yang sama.


sebenarnya, saya ada juga terfikir nak jawab 'saya pilih harimau ...' dengan sebab yang lebih  serius tapi sehari sebelum saya sertai bulatan ni, saya tonton 'The Dark Knight' dan the disturbing Joker always say 'why so serious ?'. ok, itu bukan sebabnya. nak bergurau 'sebab saya penyokong harimau malaya' macam melampau pula, ini sesi ice-breaking.


sebabnya, dah ada orang jawab tentang ciri-ciri harimau dan takkanlah saya mahu melakukan pengulangan lalu menjawab 'samalah macam dia'. mana keseronokannya nanti ?


dan mungkin juga, ketika itu saya ada terfikir 'ini game ke benda apa ? kena serius ke boleh main-main ?'.


jadi, saya pun menjawablah dengan perkara yang sememangnya pernah menjadi hal yang difikirkan sebelum tidur. tak terlalu serius tapi mengundang kerutan di dahi yang mendengar.


keh keh keh, deep juga benda-benda yang aku fikir sebelum tidur! (contoh kepada tak fikir panjang sebelum taip).

_______________________________________________

"Over-thinking ruins you. Ruins the situation, twists things around, makes you worry and just makes everything much worse than it actually is."

Ahh, benda ni kau dah tahu! Boleh jumpa dekat Tumblr dan Twitter. Bersepah.

_______________________________________________

Ok, sekarang nak add 'people you may know' ke tidak ?

No comments: