7/13/13

Setahun Berumah Sewa

"I'm coming out of my cage and I've been doing just fine." 


Aku baru mula cuti dari semester tiga ni. Bolehlah aku bersantai-santai tapi tak boleh bersenang-lenang sangat pasal result exam akan keluar 5 hari sebelum raya dan aku nak kena fikir cari rumah sewa baru.



 "Alangkah indah kalau dah tak susah, jadi pemilik bukan sewa rumah.



Cepat juga setahun tu -- Dari lantai berhabuk kepada lantai berseri yang boleh buat cermin muka. Rumah ni mula dapat sentuhan dari kami sendiri. Penghuninya dari tak reti tukar lampu rosak sampai termasukkan starter dalam perumah (masih tak dibaiki). Dari penghuninya tak reti guna mesin basuh manual sampai mesin basuh rosak dan elok balik, siap lari-lari pergi belakang nak ketawakan kawan sebab spin tak jadi (kalau aku, jerit dari blik je). Dari tv mula buat perangai berbunyi macam nak meletup (aku takkan tengok kalau duduk sorang) kepada tv baru yang kalau nak kuatkan kadang-kadang tertukar jadi channel lain (apa jugaklah!). Dari bersihkan kipas guna penyapu kepada bersihkan kipas guna tangga yang dipinjam dari jiran.



Dan di samping pelbagai perkara yang berlaku, di rumah inilah kami berkumpul menonton drama, tengok bola, makan-makan bersama. Kadang-kadang macam library, semua tengah baring dekat katil dan baca novel.


Suatu hari ketika aku tidak di rumah sewa, aku dapat panggilan telefon ada ejen nak tengok rumah. Aku macam 'Huh, apa ni ?'. Aku bukan biasa hal-hal macam ni. Rupanya tuan rumah nak jual rumah. 


Kontrak menyewa rumah ni bakal tamat Ogos ni. Kawan aku kata kalau ada apa-apa hal macam jual rumah (misalnya), tuan rumah akan suruh keluar dari rumah. Tapi tuan rumah aku ni macam tak cakap apa-apa. Tuan rumah aku ni juga pernah offer untuk kami semua sambung kontrak lagi setahun. 


Jadi, sekarang aku tanya korang -- kalau korang, korang cari rumah baru dalam kawasan yang sama atau sambung kontrak ? Aku nak kena telefon tuan rumah dulu, rasanya.


Bilik aku dekat rumah sewa ni, dapat wi-fi dari kampus. Jiran kami baik.



Salam Ramadhan.

1 comment:

Mikael Sahaja said...

Bergantung. Kalau aku, aku buat kontrak bertandatangan dengan tuan rumah kalau betul betul berminat nak sambung kontrak lagi. Plus, dia nak jual rumah tu berisiko jugak.

Tapi cuma ejen je datang tengok. Standard prosedur kalau nak jual rumah. Bukan potential buyers yang datang.