8/22/14

10% It's Kind of a Funny Story

Antara highlight Raya adalah bila konvoi raya dengan kawan-kawan lama. Highlight konvoi raya adalah bila kereta kawan kat belakang tak ada.



"Manda kata dia sampai kat stesen LRT 20 minit lagi," ujar Diah yang beraplikasi LINE dengan Manda.

"Macam tu, aku hantar korang kat rumah aku. Then, aku ambil Manda," cadang Paan.

 "Alaaa, apasal pula macam tu," soal Diah.

Tak ada siapa tahu lagu apa yang berdendang di radio. Shah alih ke stesen No.1 negara. Ada lagu Melly Goeslow - Ku Bahagia.

"Jangan tukar radiolah, aku nak dengar lagu tadi," jerkah Paan pada Shah.

"Di atas bumi ini ku berpijak ..." aku dan Diah spontan mengiringi Melly Goeslow.

Paan tukar kembali ke stesen asal. Shah tukar lagu Ku Bahagia.

"Apa ni Shah?! Tadi suruh aku speak up!" Paan tak puas hati.

Aku bersandar ketawa.

"Weh! Weh! Mana kereta Ez dengan Yana?" Shah menoleh ke belakang.

"Aku dah kata tadi, bawa slow. Berhenti tepi!" Diah bertegas pada Paan. Paan akur.

Kini, hanya kereta Maria yang ada di belakang. Entah apalah yang dibualkan Maria dan Tini dalam kereta tu. Hari pun hampir maghrib ni. Lama juga kami di tepi jalan.

"Weh, call lah dorang! Call lah cepat!" Paan dan Shah berselang-seli menggesa Diah. Dalam situasi macam ni, aku automatik jadi patung. 

Diah menelefon Ag. Paan di seat pemandu nampak gaya panggilannya sudah mula diangkat Ez.

Macamanalah dorang boleh hilang.
Baru dekat tol tadi Ez di kereta belakang menjerit-jerit "Oi, cepatlah!" dari dalam keretanya di belakang. Gila!

Aku ... merenung ke luar jendela, embun pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa ... Lagu 'Apa Khabar?' bermain di radio. Aku jengah ke luar tingkap kereta. Sambil-sambil itu teringat suasana di dalam kereta Yana tengahari tadi.
_______________

"No. 37, 39, 41, 43" kami kira beramai-ramai dalam kereta.

Kami sangka sudah tiba kawasan rumah Arein. Rupanya tidak. Ada aku, Yana, Ag, Ammar dalam kereta ini. Aku belum naik kereta dengan Paan, Shah dan Diah lagi.

"Weh, mana No. 42?" kami panik.

Masa ini kereta Yana yang lead.

"Alaa, camna ni G? Takutlah kalau dorang marah Yana," Yana meluahkan kegusarannya pada Ag sambil cekap menukar gear.

U-turn perlu dibuat memandang kami berada di jalan mati. Ada 3 kereta di belakang. Ag mula menelefon Arein. Masuk simpang ini dah 2 simpang kami salah kawasan perumahan.

"Arein kata tunggu tepi. Dia ambil kita," ujar Ag selesai bercakap telefon dengan Arein.

Tiba-tiba, kereta hitam memotong di tepi.

"Weh, ikut location Arein bagi ni lah," ujar Ez di tingkap kereta. Ery di tempat duduk pemandu mengangkat tangan ke arah kami sambil tersenyum.

"Weh, Arein dah on the way lah," kata Ag.

"Dorang nak pergi mana tu?" tanya Yana.

"Biar! Biar! Biar!" Ammar mengekek-ngekek melihat kereta Ez u-turn di simpang sebelah kiri.

Kami berbincang-bincang sambil Ag berWhatsapp dengan Arein. Sekejap berWhatsapp, kejap telefon sampailah Ag buat keputusan untuk kami semua gerak.

"Cepat Yana! Depan! Depan! Tinggal dorang," Ammar bertambah seronok.

Aku nampak Ejam gelak-gelak kat tempat duduk belakang. Dia lindung Iki, jadi aku tak tahu apa reaksi Iki masa tu. Haha.

_______________

"Haa, nak apa?!" kuat suara Ag tanpa Diah perlu setting loudspeaker pada telefon pintarnya.

Aku ketawa. 'Haha, kau sesat. Apasal berlagak macam tak perlu bantuan ni!'

"Ag, kau kat mana?" soal Diah.

"Ah, ktorang guna Waze ni," indikasi Ag kepada 'Jangan bimbang!'

Aku tekup mulut, cuba tahan ketawa. 'Orang dalam kereta ni macam nak bergaduh nak suruh call kau, kau tak perlu bantuan ktorang weh.'

 Paan ambil telefon dari Diah. Dia cuba terangkan jalan ke rumahnnya dengan panjang lebar "blablabla Bulatan Pahang ... kiri ... Petronas ... McD"

"Bak alamat rumah kau," pinta Ag.

"K, No. 10 Jalan Amzah," panggilan dimatikan. 

Aku dan Diah ketawa tak berhenti melihat situasi itu.

"Nampak gaya macam boleh ambil Manda terus ni," ujar Paan sambil mengetuk-ngetuk stereng gaya pemain drum.

"Manda kat Rawang lagi," Diah masih lagi beraplikasi LINE dengan Manda.

"Dah, aku hantar korang kat rumah aku dulu."
_______________

Pukul 10 malam kami sampai rumah Elie.

"Lambatnya! Lama gila tunggu! Kata pukul 1," sapa Elie dari dalam rumah.

Kami hanya tersengih-sengih di luar pagar. Kah kah kah, jangan tak tahu. Dorang sampai rumah aku pun pukul 11 pagi. Berkumpulnya pukul 9.

"Masa mesej tadi tertinggal '0' kat belakang," Ag berjenaka. Yang lain tak buang masa. Serbu cream puff Elie.

Selesai beraya dan menghantar Paan serta Shah. Masa untuk girls k(car)aoke  session with Aimi, Manda and Diah -- 'I'm like a bird' one more time, girls!

'You're beautiful, that's for sure You'll never ever fade ~~'

8/15/14

Selepas 6 Tahun

Dah lama juga aku nak tulis entri ni. Antara tajuk yang aku berkira-kira nak letak adalah 'Zaman Sekolah yang Gemilang'. Tapi untuk tajuk segempak tu dan kisah adventure yang berjela, elok dibukukan. 
Kekangan sekarang, apa aku tulis jarang aku habiskan.


Aku dah dapat result semester lepas dan ini adalah masa yang tepat untuk aku 'publish' entri ni sebab aku berada di perantara zaman belajar dan kerja -- latihan industri/praktikal.


Ramai juga kawan sekolah aku ni yang dah mula bekerjaya. Kawan-kawan sekolah yang dulu hari-hari kau jumpa, sekarang jadi setahun sekali. Kawan-kawan sekolah yang dulu berhimpit naik van, naik motor tak ada lesen, sekarang yang tak berkereta ni dah pening kepala banyak sangat kereta boleh tumpang nak berjalan raya. Haha.


'Aku perasan kau inbox FB dari kau semuanya ajak datang beraya je.'

'Itu pun aku dah berdebar kalau kau tak balas, tak baca.'

'Orang sekarang pakai Whatsapp.'

'Sabarlah! Kita belum kerja lagi, tunggu lagi sikit kita ada Whatsapp,' aku balas sambil menuang air sirap ke dalam cawan.


Terharu juga tengok perkembangan hidup kawan-kawan aku ni walaupun perangai tak berubah macam dulu (mungkin dah baik sikit). Macam dulu, macam masa kita jumpa hari-hari dulu.



Aku suka betul lagu 'Aidilfitri Ceria' ni.
Salam Syawal (: