8/15/14

Selepas 6 Tahun

Dah lama juga aku nak tulis entri ni. Antara tajuk yang aku berkira-kira nak letak adalah 'Zaman Sekolah yang Gemilang'. Tapi untuk tajuk segempak tu dan kisah adventure yang berjela, elok dibukukan. 
Kekangan sekarang, apa aku tulis jarang aku habiskan.


Aku dah dapat result semester lepas dan ini adalah masa yang tepat untuk aku 'publish' entri ni sebab aku berada di perantara zaman belajar dan kerja -- latihan industri/praktikal.


Ramai juga kawan sekolah aku ni yang dah mula bekerjaya. Kawan-kawan sekolah yang dulu hari-hari kau jumpa, sekarang jadi setahun sekali. Kawan-kawan sekolah yang dulu berhimpit naik van, naik motor tak ada lesen, sekarang yang tak berkereta ni dah pening kepala banyak sangat kereta boleh tumpang nak berjalan raya. Haha.


'Aku perasan kau inbox FB dari kau semuanya ajak datang beraya je.'

'Itu pun aku dah berdebar kalau kau tak balas, tak baca.'

'Orang sekarang pakai Whatsapp.'

'Sabarlah! Kita belum kerja lagi, tunggu lagi sikit kita ada Whatsapp,' aku balas sambil menuang air sirap ke dalam cawan.


Terharu juga tengok perkembangan hidup kawan-kawan aku ni walaupun perangai tak berubah macam dulu (mungkin dah baik sikit). Macam dulu, macam masa kita jumpa hari-hari dulu.



Aku suka betul lagu 'Aidilfitri Ceria' ni.
Salam Syawal (:

No comments: