"Bangkok."
"Pesan saya balik dari Bangkok ... jangan bengkok," Pegawai Imigresen.
Itulah kali pertama pasport aku dicop.
***
Aku pergi berbekalkan RM 849 yang menjadi THB 7260.00.
Aku tak sempat nak study pasal Bangkok betul-betul. 2 hari sebelum pergi, baru Google beberapa information. Kebanyakannya post lama / blog dari Indonesia. Jadi aku pun berniat untuk tulis sikit bila pulang.
Budgeting, tentatif, tempat tinggal, tiket serta khidmat nasihat pelancongan ini semua disediakan oleh: Nabil Basaruddin, Tarmizi Salleh dan Harmiza Hashim. Mereka buat semua sehingga job yang tinggal untuk aku adalah design baju.
Apalah ertinya travel dengan Aimi tanpa tshirt sedondon. |
Sebagai generasi Y ketagih internet, tiba sahaja di Don Mueang International Airport kami segera membeli sim card demi survival!
Dibayangi akak yang meniaga dengan kata-kata, "Why pay more?" |
Aku tanya kenapa ada harga THB 150 ada THB 199. Dia cakap THB 150 tu untuk sehari je.
Seterusnya adalah masa untuk keluar dari airport!
Cara untuk keluar dari airport adalah bertanya dengan petugas sekeliling.
Naik bas dengan harga THB 30 kemudian akan diturunkan di stesen BTS Skytrain. Kami turun di stesen Mo Chit. Dari sini, pandai-pandailah bawa diri.
Journey starts now! |
Sampai-sampai je terpesona tengok iklan dessert KFC yang apahal nampak sedap sangat. |
Lepas tu terbau roti pulak. |
Surviving train kit in Bangkok. Kad dia lebih kurang macam kad lama KTM. |
Rasa macam kat KL pun ada. |
Di Bangkok kami tinggal di Decor Do Hostel yang berdekatan dengan mall Sena Fest tapi langsung kami tak sempat jejak because so many things to see, so little time that we have.
Tepi katil ada meja kecil, lampu dengan plug peribadi. So, roomate tak boleh kacau kita haha. |
Lampu dengan meja tu bolehlah dijadikan mini studios untuk photoshoot segala macam benda. |
Hasil beli-belah tahap infiniti di 7E Thailand. |
Decor Do Hostel ni best tau walaupun masa mula-mula nak cari tu ingatkan dah sesat. Nak pula berjalan cari hostel cam panik-panik sekejap bila nampak anjing.
Haa, bilik selesa lepas tu ada pantri (supaya kawan-kawan dapat buatkan kita breakfast) dan tempat lepak.
Tempat lepak tapi jangan bising sangat. Their neighbour is sleeping. |
Lawatan kami ke Bangkok meliputi Siam Paragon, MBK Center, Grand Palace, Chatuchak Market, Khaosan Road.
Hari pertama tiba di Bangkok, kami melawat Siam Paragon, MBK Center (ada surau), pasar di seberang jalan Siam Paragon,
Di tepi-tepi jalan nak ke Siam Paragon ada beberapa jualan juga. Tapi aku rasa yang selalu menggoda aku dekat sana adalah minuman buah-buahannya. Dah lah masa tu, aku berpantang ais / minuman sejuk sebab baru baik batuk. Aku bagi satu contoh:
Godaan di tepi jalan dalam pelbagai cara. Terutama untuk seorang yang tak boleh minum air sejuk. |
Makan berat pertama kami di Bangkok di Yana Restaurant, MBK Cemter. Jadi wajarlah kami teruja menangkap gambar makanan kerana ianya amat signifikan.
Bila dikenang kembali, setiap hari kami di Thailand, kami makan berat pada waktu malam sahaja. Itu pakej breakfast, lunch, dinner.
Ini adalah makanan pertama kami di Bangkok. |
Setiap kali teringat peristiwa yang kami sangat lapar ketika di MBK Center, aku macam tak boleh berhenti gelak. Setelah berfikir sejenak, aku rasa mencabar jugaklah nak cari tempat makan halal ni.
Ada satu tahap tu, kawan-kawan aku dah ternampak dari jauh nama food court. Mereka pun berlari. Nabil paling hadapan.
"International Food Hal..." tiba-tiba boleh pula depan tu ada bunting. Jadi tak nampak ejaan penuh. Mereka jengah ke belakang buntung.
Aku berjalan di belakang. Tak mampu berlari.
"Alaaaa, International Food Hall! Dia tertinggal 'A'" kata Nabil. Hampa.
Aku dah tergelak-gelak macam nak berguling. Teringgal 'A' = Hal'A'l.
Hari kedua dimulakan dengan semangat untuk: Grand Palace, Chatuchak Market, Khaosan Road.
Sebelum kami ke Grand Palace, kami sempat temu bual Iyan yang telah lebih dahulu ke sana. Kami tanya agak-agak berapa lama masa akan dihabiskan berjalan di dalam Grand Palace.
Iyan tanya, "Suka bergambar ke tak?"
Kami berpandangan sesama sendiri.
1/12 dari kemegahan Grand Palace sehingga kami perlukan 4 jam berjalan di dalam ini. Tidak termasuk melawat Queen Sirikit Museum of Textiles pula. |
Di sana kami naik pelbagai jenis transport. Walaupun aku ada tertidur beberapa kali dalam teksi tapi ada masa aku tak lupa untuk menjenguk ke luar tingkap bersama Miza. Tujuannya adalah untuk melihat poster-poster iklan yang dihiasi hero-hero filem Thailand. Bahkan ketika train ride dari Mo Chit, aku dah nampak iklan lakonan Mario Maurer pada TV dalam train. Rasa nak jerit pada Miza yang berdiri sedikit jauh dari aku pada ketika itu.
Ada sekali tu nampak billboard besar pada bangunan. Aku tunjuk pada Miza, "Eh itu ..."
"A'áh pelakon SuckSeed," Miza laju membalas.
Sampai sahaja di Khaosan Road, berebut-rebut nak bergambar di sini. Nak shopping -- poket pun macam dah tinggal habuk je . |
Malam tu, ktorang betul-betul menghidupkan kata-kata "shop till you drop". Ktorang tak pergi Floating Market sebab takut sampan tu tak float, punya banyak shopping.
Favourite market aku personally, Chatuchak! Seriously, i want everythinggggggggggg here. Kah kah, kawan-kawan aku dah penat nak dengar. Sebab kenapa aku suka Chatuchak adalah barang semua cantik-cantik. Barang jualan dia tak berulang-ulang even ada corak yang sama pun, design dia mesti lain. Jadi setiap kali kita tertoleh satu kedai mesti rasa, "Omg! Ni aku tak ada lagi."
Masa tu rasa macam fashion knowledge updated to 80% bersama feeling jadi pengacara Mad Markets.
Walaupun dah balik kekadang aku masih meroyan dekat Group Whatsapp sebab tak beli drawstring bag yang cantik sangat tu (Sebenarnya kalau beli pun nak pakai pergi mana. Aku dahlah nak kena bina imej korporat). Tar reply, "Tak apalah, good thing kita berjaya balik Malaysia. Tak tergadai bershopping kat sana."
***
Jadual nampak macam kami rushing kan?
Ini memang 1 / 5 je dari yang kami buat. Kalau tidak, takkanlah masa pergi nyanyi lagi Where Are You Now, balik mulut tersasul nyanyi Jomblo Happy (padahal pergi Thailand).
Dan ... sebelum ke Bangkok, kami telah ke Pattaya dahulu. But like people says, "What happens in Pattaya, stays in Pattaya".
Ini memang 1 / 5 je dari yang kami buat. Kalau tidak, takkanlah masa pergi nyanyi lagi Where Are You Now, balik mulut tersasul nyanyi Jomblo Happy (padahal pergi Thailand).
Dan ... sebelum ke Bangkok, kami telah ke Pattaya dahulu. But like people says, "What happens in Pattaya, stays in Pattaya".
Haha!
Actually that is not what they say. They say, "Good guys go to Heaven, Bad guys go to Pattaya".
Angkat kening.
***
Pulang dari Thailand aku tak sempat untuk terus update blog, masa tulah tak ada laptop dan aku nak ke Johor, Melaka, kerja. Sampai kawan-kawan panggil, "Traveler".
Aku memain cakap, "Weekend Traveler. Tapi hashtag nak eja Wknd supaya geng dengan Wknd Sessions. Haha!"
Tapi masa bas aku dari Melaka-KL lambat, aku skrol Instagram sampai rasa nak serius pula pasal #WkndTraveler tu.
***
Lain-lain tempat:1. Solaris
2. Sabah PT 1, PT 2
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II
Lokasi seterusnya adalah ...
No comments:
Post a Comment