5/10/17

Faktor untuk ke KL Forest Eco Park

Now Playing: Jampi - Hael Husaini



Hari tu Ain ada hantar Whatsapp, "awak dah tulis ke blog pasal tempat yang kita pergi hari tu?"

Aku blue tick je mesej tu.

Haha, tak mungkin aku sekejam tu. Aku reply, "Belum".

Sebabkan hari ni cuti, bolehlah aku tulis.

Pertama sekali, dalam pos ni tak ada include tempat makan minum sebab trip bersama Mas, Haziefa, Shiera, Ain, Shaz dan Ezzah ni ada yang rajin-rajin. Bawakan sandwich dan kek batik. Air mineral je bawa sendiri. Jadi, habis je canopy walk kami pun makan sebelum jalan-jalan dalam denai pulak.

Dah ada yang rajin-rajin, ada juga yang lapar-lapar ni haa. Jadi tak ada gambar ketika bersarapan. Haha!

Kalau nak jadikan kami sebagai teladan (membawa bekal), jangan lupa untuk buang sampah dalam tong sampah. Bukannya buang merata-rata.

Orait seterusnya, biar aku senaraikan perkara yang boleh menjadi faktor-faktor untuk KL Forest Eco Park atau Taman Eko Rimba KL dilawati:

1. Bajet - Masuk Percuma
2. Trek ringkas - Sesuai dikunjungi ketika cuti umum di tengah-tengah minggu (contoh macam sekarang cuti Hari Wesak = hari Rabu) ataupun nak "hu-ha" dengan kengkawan tapi masa terhad untuk buat trip jauh.




3. Ada canopy walk - Jadi, kalau tak dapat pergi FRIM sebab dah fully booked atau masih kumpul duit untuk fly melawat canopy walk di Sabah usah berduka! Boleh cuba di sini dulu.

Mana lah tahu, ada yang selama ni tak pernah discover diri seorang yang gayat ke apa.




Tangga berpusing. Hati-hati.






4, Di tengah-tengah Kuala Lumpur - Lebih spesifik di sebelah Menara KL. Jalan-jalan dalam denai tu tiba-tiba boleh keluar kat pintu Menara KL. Ada mini zoo kat situ.

Jadi, bolehlah rencanakan aktiviti lain selain window shopping di mall ketika cuti pendek mahupun kecewa tak dapat tengok The Bride sebab wayang penuh masa nak tempah online.


Curi-curi tangkap gambar Menara KL.

Trip #HighschoolGirlfriends with Shiera, Ain, Haziefa, Shaz, Ezzah & Mas.

5. Hal-hal lain - Selain dari canopy walk, ada beberapa denai yang boleh dilawati. Dalam denai tu ada juga jambatan dan pokok-pokok besar untuk dilihat,

Aku tak banyak tangkap gambar masa dalam denai ni sebab sibuk berjalan, tengok sekeliling dan of course, bersembang!


Aku sebenarnya agak teruja untuk tahu yang ada hutan simpan jenis dipterokarpa bukit sebab aku tak tahu pun ada hutan kat KL sebelum ni. 


6. Durasi - Aktiviti dekat sini tak makan separuh pun dari hari anda. Kalau pergi awal pagi, paling-paling pukul 1 dah boleh settle.

Haa, santai kan!

So, balik rumah bolehlah baca buku-buku yang dah dibeli kat PBAKL 2017 tu.

Makin nak penghujung PBAKL, makin dahsyat harga-harga yang ditawarkan.

Rasanya PBAKL tahun ni kembali meriah di PWTC. 

Yang sempat aku beli.

Sebenarnya, ada lagi buku yang aku nak...

Ok, nak pergi baca buku. Ciao!

***

Lain-lain tempat:

1. Solaris
2. Sabah PT 1, PT 2
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II, PT III
6. Bangkok

No comments: