Baiklah bersambung dari bahagian yang pertama, aku akan zass terus kisah hari ketiga, keempat dan terakhir di Sabah tanpa membuang masa.
DAY 3 (19/1/2018)
Sebenarnya, ada je aktiviti yang terkenal di Kundasang yang aku, Diah dan Nabil tak buat. Misalnya, pergi ke Luanti Fish Spa mahupun main flying fox di Kundasang Mount Valley Recreation and Resort. Tapi tak apa sebab semua aktiviti yang kami letak dalam top list masih lagi on track.
Pagi di Kiram's Village dimulakan dengan bersarapan nasi goreng dari dapur istimewa kami. Setelah itu baru kami melawan kesejukan untuk mandi dan bersiap.
Rencananya nak berphotoshoot lah. Namun, kami hanya merancang. Hujan turun dengan sangat lebat. Jadi kami photoshoot di dalam rumah.
Kami jadualkan selewatnya jam 12.00 kami perlu bergerak ke KK semula. Kerana perjalanan ke sana memakan masa 2 jam. Di KK kami ingin menuju ke Mari-Mari Cultural Village. Sesi yang kami ingin sertai bermula jam 2.00 petang.
Kesabaran kami menunggu membuahkan hasil, akhirnya hujan yang lebat tadi bertukar menjadi hujan rintik. Dapatlah kami melihat keindahan Kiram's Village yang tertutup dek gelap malam semalam.
Sekuat mana pun jiwa modelling dalam diri, masa tetap mengejar kami. Kami perlu bergegas menuju ke Mari-Mari Cultural Village (MMCV). Maklumat mengenai harga tiket dan sesi lawatan ada di website MMCV.
Di MMCV ini pengunjung diperkenalkan kepada 5 etnik di Sabah: Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau, dan Murut.
Dah kira macam pergi beraya haa, melawat satu per satu rumah. Setiap rumah mempunyai keunikan. Di MMCV ni ada tour guide, jadi tour guide akan terangkan semua benda. Apa-apa yang nak tahu, boleh tanya.
Diah dengan Nabil teruja bukan main setiap kali rumah-rumah hidangkan makanan. Tapi yang madu kelulut ni, aku pun teruja. Bukan main lebah kelulut terbang kat kiri kanan lagi haa.
Sikit-sikit makan dekat 5 rumah tu memang ngam lah untuk megalas perut kami yang tak lunch ni. Ending kepada tour ni ada persembahan tarian yang amat mengujakan. Kemudian, ada minum petang.
Selesai acara, kami pun pulang ke apartmen yang kami sewa melalui Air BNB di Bundusan. Kami pulang untuk settle down sebab malam ada acaran makan seafood di Dataran Todak!
Gerai pilihan kami ialah Gerai Santai Haji Manja. Meriah betul suasananya.
Aku simpulkan pilihan masakan kami ni memang tepat. Lagi-lagi Salted Egg Prawns tu. Hoho!
Ingat lagi aku cerita di Sabah, kami bertiga ada 2 pembimbing? Miza dan Cassy?
Cassy bantu untuk susun jadual berjalan di Kundasang. Jadi malam ini, kami pergi bertemu dengannya. Kali terakhir jumpa adalah masa kami konvo diploma. Dah 5 tahun lebih rasanya.
I can't help it, tiang Borenos ni cantik sangat. Aku nak jugak tangkap gambar dan simpan.
Anyway, Borenos ni dorang cakap KFC Sabah.
Memandangkan aku, Diah dan Nabil dah terlajak kenyang untuk makan lagi setelah membelasah seafood tadi. Kami bungkus 9 ketul ayam Borenos untuk pengembaraan esok.
Bukan apa, ini persiapan kami untuk makan lebih teratur.
DAY 4 (20/1/2018)
Hari keempat bermula!
Ini antara misi besar kami ke Sabah. Kami mahu menaiki kereta api BEAUFORT-TENOM-BEAUFORT.
Setelah bertanya-tanya di sini-sana, maklumat yang kami dapat tiket pertama dijual jam 7.00 pagi. Mengikut perkiraan, perjalanan dari KK ke Beaufort juga memakan masa 2 jam. Bermakna kami perlu bertolak jam 5.00 pagi.
Kalau macam tu, bangun mestilah pukul 4.00 pagi.
Aku bangun awal pagi tu. Aku kejutkan semua orang. Sambil aku tunggu mereka bersiap, aku sempat makan seketul ayam Borenos bahagian dada. Memang sedaplah ayam Borenos. Aku harap bisnes mereka melangkah maju dah buka cawangan di NU sentral, KL ni haa.
Naik je kereta, aku terus tertidur. Sedikit pun tidak berbakti terhadap pemanduan yang berjalan di bahagian hadapan. Aku duduk di seat belakang sorang. Ini juga membuktikan aku amat percaya dengan skil dan kemahiran yang dimiliki Nabil dan Diah.
Tepat pukul 7.00 pagi kami sampai di Stesen Kereta Api Beaufort. Barulah aku buka mata. Selamat pagi Beaufort!
Semasa kami ingin ke Tenom, berlaku sedikit situasi. Dikhabarkan kereta api dari Tenom rosak. Tidak tahu akan sampai pukul berapa. Kalau mahu juga naik kereta api, bolehlah naik sampai ke Halogilat.
Turut bersama kami ketika itu warga setempat yang mahu meneruskan aktiviti harian, pengunjung yang ingin bermain water rafting di Pangi dan selebihnya pelancong yang ingin ke Tenom seperti kami.
Kami akhirnya memilih untuk pergi sahaja ke Halogilat, untuk pengalaman menaiki kereta api. Yelaa, bekal Borenos pun dah bawa. Drive pun dah 2 jam. Takkan nak terus balik.
Dalam sejam lebih kami tiba di Halogilat.
Berita baik di Halogilat, kami boleh membeli tiket dah ke Tenom!
Di Halogilat kami tukar kereta api. Dua-dua design pun aku suka. Perjalanan bersambung lagi 2 jam. Memang puaslah nak merasai pengalaman naik kereta api dan tengok pemandangan. Tidur pun lena beb! Haha. Sila jangan ikut perangai aku. I just can't help it.
Tiba di Tenom kami ada masa sejam untuk berjalan sebab tren pulang ke Beaufort bertolak jam 1.00 petang. Jadi dalam masa yang singkat kami decide untuk pergi ke Yitt Foh Coffee.
Aku bukan penggemar kopi, malah aku tak minum kopi. Tapi kopi Tenom siapa yang tak kenal. Semua orang kenal.
Berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tenom ada Tenom Coffee Valley. Di sini menghimpunkan semua jenama kopi Tenom di samping ada kafe. Diah dan Nabil bungkus kopi untuk diminum dalam tren.
Yang kami belajar dari MMCV, kopi Tenom ini dulunya diusahakan oleh etnik Murut. Jadi Tenom ada Pusat Kebudayaan Murut cuma kami tak berpeluang untuk melwat.
Tepat pukul 1.00 petang kami berangkat pulang. Punyalah lena aku tidur masa perjalanan datang tadi, aku tak sedar langsung yang kereta api tu, ada lalu 3 terowong. Terkejut betul aku bila lalu masa balik.
Pengalaman yang aku rasa kelakar, bila kereta api ni terlepas satu stesen. Tetiba stop lepas tu slow slow undur untuk ke stesen yang terlepas tadi.
Oh ya, harga tiket 1-Way dari Beaufort ke Tenom - RM 2.75 sahaja.
Untuk acara malam, kami pilih sesuatu yang lebih santai dan bersahaja. Kami lepak The B Side. Selitkanlah satu hipster cafe untuk lepak. Barulahhhhh in trend kan u'ólzzzzzzz!
Untuk mengakhiri hari yang manis dan malam terakhir trip kami di Sabah, kami berkongsi sepinggan dessert! Lol! Kononlah kongsi tapi pancake tu sorang satu sebenarnya.
Steady! Esok boleh bangun lewat sikit!
DAY 5 (21/1/2018)
Masuk hari kelima aku jadi lebih bersedia. Aku dah siap-siap tanya Miza mana tempat bersarapan yang best. Lalu Miza mencadangkan kami ke Happy Muslim Restaurant.
Aku tak pandang benda lain sebab masa sampai tu, bau sup dia ni dah mempengaruhi segala pertimbangan aku. Lalu mihun sup daging pilihan aku.
Aku berpuas hati dengan hidangan pilihan aku dan kuantiti daging yang ada dalam sup itu. Setiap suapan mesti ada daging.
Setelah mengalas perut, barulah bertenaga kami nak menuju matlamat kami iaitu Gaya Street.
Pasar ini hanya ada pada hari Ahad. Kalau nak pergi, pastikan susun jadual dengan betul.
Dari Gaya Street kami bergerak pula ke pasar-pasar lain.
Kami pergi ke Pasar Kraftangan KK, Pasar Phillipine, Pasar Ikan Masin, Pasar Besar KK. Semua pasar ini berada dalam baris yang sama. Yang diperlukan hanyalah kekuatan kaki untuk berjalan.
Hasil pemerhatian aku dapati harga jualan di pasar-pasar ini lebih murah dari Gaya Street. Contoh Amplang di Gaya Street RM 10, di Pasar Ikan Masin RM 6 dengan saiz sama, RM 13 lagi besar. Pasar Kraftangan jual beg 5 in 1 RM 20, Gaya Street minta tawar dapat RM 27.50 harga asal RM 30.
Aku sarankan untuk ke semua lokasi yang disebutkan di atas sendiri sebab ada juga barang yang dijual di Gaya Street tidak dijual di pasar-pasar yang disebutkan tadi.
Setelah 5 hari berlalu dan khabarnya kehadiran kami sudah mulai dirindui ramai, tibalah masa untuk kami pulang ke KL.
Sebelum balik makanlah dulu. Luckily, ada kupon. Boleh redeem dan dapat extra fries. Aku lapar beria pulak sebelum naik kapal terbang.
Flight kami dijadualkan jam 4.55 PM - 7.25 PM.
First time juga aku naik kapal terbang guna pintu belakang ni.
Okay, mana fans yang merindui kehadiran kami tu?
Haha! Okay, Alhamdulillah kami selamat tiba seperti yang dijadualkan.
In a nutshell, amat bersyukur trip ini berjalan lancar walaupun cuaca di Kundasang tak berpihak untuk kami melihat Kinabalu tetapi kebanyakan rencana yang kami letak dalam tentatif semuanya tercapai. Paling penting dalam trip semua jadi morning person dengan jayanya setiap hari. Purata berjaga setiap hari adalah dari 5.00 pagi - 12.00 tengah malam. Ada harinya bangun pukul 4.00 pagi. Rabak jugak., hari-hari bangun awal tapi tidur tetap lewat.
Maybe ada yang baca blog ni, follow Instagram aku dan nampak beberapa gambar macam pengulangan dari Instagram Story. Bukan apa, dulu "update semasa"/luahan hati aku buat di Twitter. Bila-bila aku nak menulis blog aku akan skrol balik untuk ingat balik apa terjadi/apa aku rasa masa perkara tu berlangsung. Namun memandangkan aku sudah meninggalkan Twitter dan Instagram menyediakan fungsi Stories Archive yang amat sesuai dengan keperluan aku, jadi, Instagram Story adalah pilihan aku yang terkini untuk post update semasa.
***
Anyway rumah baru dalam cerita trip Sabah Bahagian 1, aku dah pindah masuk pun rumah tu. Alhamdulillah, aku dapat workspace seperti yang diinginkan. Jadi, insyaAllah semua benda dalam list writing yang tertangguh selama ni akan aku kerjakan tahun ni. Untuk permulaan aku hidangkan kisah Trip Sabah dengan panjang berjela. Khabar lain akan menyusul dari semasa ke semasa.
Aku ni memacam list ada; list movie, series nak tengok, list buku nak baca, itu ini.
*Guruh berdentum*
***
Lain-lain tempat:
1. Solaris
2. Sabah (2012) PT 1, PT 2 (2018) PT 1
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II, PT III
6. KL Forest Eco Park
7. Bangkok
8. Royal Belum
9. Kota Tinggi
10. Brunei
2. Sabah (2012) PT 1, PT 2 (2018) PT 1
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II, PT III
6. KL Forest Eco Park
7. Bangkok
8. Royal Belum
9. Kota Tinggi
10. Brunei