Akhirnya aku tamat menonton 6 season Teen Wolf. Aku rasa season 3 (A) adalah season terbaik. Masa tu semua karakter dah dapat rentak. Monster/Villain dia pun best. Kalau follow dari awal Teen Wolf ni, masa episod 1 season 5 memang terus rasa aww, so nostalgiccc! Dorang dah senior yearrr. Selesai Teen Wolf, aku tengok Powerless pulak. Sayang ... series ni cuma bertahan 9 episod dan tidak disambung. Idea cerita ni menarik. Masa episod 9 tu macam nampak macam cerita ni boleh jadi lagi best. Anyway, dengan suntikan mood ceria Powerless ni baru mood menulis aku muncul semula.
Tapi jangan bimbang walaupun dah sebulan lebih lawatan aku, Diah dan Nabil ke KK dan Kundasang berlalu, semua detail lawatan dah aku jot down siap-siap sebaik sahaja tiba di KL supaya aku tak missed out any detail. Jadi sekarang aku tinggal elaborate dan tambah gambar bila-bila aku ready untuk publish cerita aku. Haha, aku kan berazam jadi lebih organize tahun ni.
***
Lagu Tema: Pematah Hati - Nabila Razali (Bersepah gambar Nabil dan Diah memperagakan gaya off shoulder dalam percutian ni woi! Haha!)
I think I'm crazy enough to proceed joining this trip walaupun berdepan kemelut kewangan sebab deposit rumah sewa baru yang boleh tahan juga kosnya, so, bangun pukul 4.00 pagi untuk ke air port tu kira normal sajalah. Flight dijadualkan 8.40 AM - 11.20 AM.
Perancangan ke KK dan Kundasang ni kami rancang dari September (tubuhkan group WhatsApp dan 2 kali meeting di Sweetree). Manakala aku berjaya dapat rumah sewa baru pula, penghujung November. Nampak tak kemelut di situ? Haha! Tapi memandangkan Nabil lulusan accounting, dia berjaya buat timeline untuk bayaran flight, hotel, kereta sewa untuk diikuti.
Aku dengan Diah kira standby jelah kalau Nabil nak suruh vote pilihan ke apa.
Berpijak sahaja di bumi KK, kami terus mendapatkan Dunkin' Donuts untuk mengalas perut sementara menunggu kereta sewa. Sambil-sambil itu, Nabil Whatsapp Miza tanya kedai best untuk makan ayam penyet.
Maka, sampailah kami di Warung Bandung.
Secara jujurnya, aku memang berpuas hati dengan rasa dan harga di sini. Menu pun banyak pilihan. Contoh: Nasi boleh pilih nak nasi biasa, nasi teo atau nasi panggang.
Selesai makan dan bersembang, kami check in hotel, solat, letak barang di bilik. Kemudian kembali beraksi di Muzium Sabah. Tiket masuk = RM 2.00
Kami masuk pukul 3.47 petang. Muzium tutup pukul 5.00 petang. Bangunan utama sarat dengan informasi untuk dilihat dan dibaca.
Aku rasa pemilihan meletakkan paus di tengah pintu masuk tu amat tepat sebab aku amat kagum masa mula melangkah masuk.
Di bahagian luar pula ada mesin printing lama, Galeri Kereta Api dan juga Kampung Warisan. Tak sempat nak melawat Galeri Kereta Api dan Kampung Warisan sebab kekangan masa. Muzium nak tutup, pastu kami pula nak menikmati sunset di Tg. Aru.
Dalam trip ni, kami ada dua penasihat Sabah melalui Whatsapp: Miza dan Cassy. Miza classmate aku masa degree, Cassy masa diploma.
Sebelum ke Tg. Aru, singgah sebentar di Perpustakaan Sabah untuk ambil Miza. Perpustakaan ni tutup pukul 9.00 malam tapi kami tak sempat masuk.
Masa kami tiba di Tg. Aru hujan turun rintik-rintik. Tapi masih okay. Hasilnya, kelihatan suasana kuning macam guna filter.
Dalam gambar ni, nampak macam tak ada orang. Sebenarnya ramai. Aku ada kot ter-block orang punya time-lapse masa nak bergambar dengan rakan-rakan. Fuh! Peluh merenik di dahi.
Bila hujan rintik tadi mula menunjukkan petanda bakal lebat, kami beralih untuk melihat sunset dari Lucy's Kitchen. Ini pun kedai makan atas saranan Miza juga.
Ini adalah hari yang kami makan mengikut proper timing. Hari berikutnya ... Haha ... Okay teruskan mengikuti kisah ini.
Selesai makan, kami menuju ke IMAGO Mall. Biasalah hidup tak boleh jauh dari mall. Kah kah!
Ok, menariknya IMAGO Mall ni sebab setiap sejam akan ada persembahan kebudayaan. Sempat kami tengok satu persembahan.
Ahha, inilah hotel bajet kami yang terletak di City Center. Mencabar nak cari sebab kalau dari luar tak nampak. Masuk tempat parking baru jumpa. Apa pun bilik ok, air cond sejuk! Tidur!
Esok kena bangun 5.00 pagi. Pukul 6.00 pagi dah nak gerak ke Sandakan.
Sebelum tidur minum susu dulu untuk dapatkan vibe tempat kami nak lawat esok.
DAY 2 (18/1/2018)
Kami mulakan pagi dengan menuju ke Pasar Besar KK. Gambar pasar tak ada sebab tangan pegang list, otak fikir barang apa nak beli. Kami ada misi untuk masak dinner di Kiram's Village.
Dari KL, aku sasarkan plan ini akan menjadi Kancheong Kitchen.
Selesai membeli barang-barang yang diperlukan, perjalanan ke Kundasang pun bermula.
Kami berhenti di tepi jalan untuk menghargai pemandangan ini. Ini juga adalah antara gambar kegemaran aku dalam trip ni.
Lawatan pertama kami di Kundasang dimulakan di Desa Dairy Farm (Tiket = RM 5.00).
Haa, gambar ais krim ni kira must-have-photo lah kat sini kan. Rasa dia memang sedap.
In future maybe patut ada Hot Chocolate pulak. Sebab sejuk kat sini. Style kan kalau jenjalan dengan secawan Hot Chocolate.
Harga susu kotak Desa beza RM 0.10 je yang dijual di ladang dengan di IMAGO. So jangan risau, belilah susu itu di mana-mana kalau suka. Anda tidak rugi. Pilihan personal antara ais krim dan susu, aku pilih ais krim.
Kami agak lama di Desa Dairy Farm. Dengan segala benda nak tangkap gambar. Nak video lah apa lah. Agak dah sedar diri, kami pun menuju ke Pasar Sayur Kundasang.
Kalau tahu lirik lagu Sayang Kinabalu, korang akan tahu kenapa kami tunggu untuk beli sayur di Kundasang.
Selesai beli-belah, kami menuju ke lokasi seterusnya ... Canopy Walk.
Tak sempat nak celup kaki pun kat poring.
Fokus kami hike dan canopy walk. Sebabkan di belakang kami tiada orang, bolehlah posing macam model ANTM.
Setelah memberikan performance stamina memberansangkan di Canopy Walk tadi kami pun self-rewardkan diri ke Ladang Sabah Tea.
Sebenarnya, aku tak tahu pun ada kafe ni. Aku tak buat research secukupnya pasal ladang teh ni. Baguslah ada kafe. Butter Chicken, nasi, ditemani Sabah Tea merupakan first meal kami untuk hari tu. Begitulah semangat kami dalam mengembara. Sehingga alpa untuk makan.
Padahal pagi tadi sambil makan ais krim di Desa Dairy Farm ada makan sandwich dan waffle.
Mula-mula macam berbelah bagi nak makan nasi ke tak tapi sebab malam kang tak tahu pukul berapa masaknya, eloklah makan dulu.
Beginilah view semasa makan. Sesekali panik bila anjing lalu, walaupun anjing tu tak kacau kita.
Selesai bergambar sehingga habis gaya. Kami menuju ke surau berhampiran dan seterusnya menuju ke tempat tidur kami iaitu Kiram's Village.
Ya, ada misi yang perlu kami jalankan!
Mempersembahkan hasil beli-belah di IMAGO, Pasar Besar KK, Pasar Sayur Kundasang, kedai runcit tepi jalan ... taraaaa ...
Selepas 2 jam ...
Agak impressive lah hidangan ni walaupun satu saja dapur yang hidup (lagi satu rosak sebab tu durasi memasak macam durasi movie). Gambar bahan masakan kemain bersusun elok, siap editing enhance colour. Gambar makanan dah siap ala kadar sebab dah kebulur nak makan.
Apa pun, suasana memasak terkawal. Tidak terjadinya horror Kancheong Kitchen. Hahaha!
Usai berentap di dapur, eloklah bawa-bawa tidur. Dalam rencana kami, kami akan menuju ke Kota Kinabalu semula esok.
Cuaca malam sangat sejuk di Kundasang. Dicampur pula dengan kesejukan selepas hujan, menggigil jugaklah sebelum lelap mata tu.
Sebabkan kami sampai di Kiram's Village hari sudah gelap, jadi tak dapat nak gambar apa pun malam tu (lagipun kan nak masak). Tapi kami tidak lupa untuk ber-posing sakan pada keesokan harinya.
Here's a teaser to kecantikan yang dilihat awal pagi ketiga di Sabah:
Rasanya cerita mengenai Sabah ni aku perlu bahagi pada 2 bahagian. Supaya informasi yang ada tak terlalu cramp.
Akhir kata, jumpa di bahagian kedua! I promise you it'll be more exciting. Ewah!
***
Lain-lain tempat:
1. Solaris
2. Sabah PT 1, PT 2
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II, PT III
6. KL Forest Eco Park
7. Bangkok
8. Royal Belum
9. Kota Tinggi
10. Brunei
2. Sabah PT 1, PT 2
3. Pangkor
4. Lata Medang, Lepok, Mossy Forest
5. Penang PT I, PT II, PT III
6. KL Forest Eco Park
7. Bangkok
8. Royal Belum
9. Kota Tinggi
10. Brunei
No comments:
Post a Comment