7/13/13

Setahun Berumah Sewa

"I'm coming out of my cage and I've been doing just fine." 


Aku baru mula cuti dari semester tiga ni. Bolehlah aku bersantai-santai tapi tak boleh bersenang-lenang sangat pasal result exam akan keluar 5 hari sebelum raya dan aku nak kena fikir cari rumah sewa baru.



 "Alangkah indah kalau dah tak susah, jadi pemilik bukan sewa rumah." 



Cepat juga setahun tu -- Dari lantai berhabuk kepada lantai berseri yang boleh buat cermin muka. Rumah ni mula dapat sentuhan dari kami sendiri. Penghuninya dari tak reti tukar lampu rosak sampai termasukkan starter dalam perumah (masih tak dibaiki). Dari penghuninya tak reti guna mesin basuh manual sampai mesin basuh rosak dan elok balik, siap lari-lari pergi belakang nak ketawakan kawan sebab spin tak jadi (kalau aku, jerit dari blik je). Dari tv mula buat perangai berbunyi macam nak meletup (aku takkan tengok kalau duduk sorang) kepada tv baru yang kalau nak kuatkan kadang-kadang tertukar jadi channel lain (apa jugaklah!). Dari bersihkan kipas guna penyapu kepada bersihkan kipas guna tangga yang dipinjam dari jiran.



Dan di samping pelbagai perkara yang berlaku, di rumah inilah kami berkumpul menonton drama, tengok bola, makan-makan bersama. Kadang-kadang macam library, semua tengah baring dekat katil dan baca novel.


Suatu hari ketika aku tidak di rumah sewa, aku dapat panggilan telefon ada ejen nak tengok rumah. Aku macam 'Huh, apa ni ?'. Aku bukan biasa hal-hal macam ni. Rupanya tuan rumah nak jual rumah. 


Kontrak menyewa rumah ni bakal tamat Ogos ni. Kawan aku kata kalau ada apa-apa hal macam jual rumah (misalnya), tuan rumah akan suruh keluar dari rumah. Tapi tuan rumah aku ni macam tak cakap apa-apa. Tuan rumah aku ni juga pernah offer untuk kami semua sambung kontrak lagi setahun. 


Jadi, sekarang aku tanya korang -- kalau korang, korang cari rumah baru dalam kawasan yang sama atau sambung kontrak ? Aku nak kena telefon tuan rumah dulu, rasanya.


Bilik aku dekat rumah sewa ni, dapat wi-fi dari kampus. Jiran kami baik.



Salam Ramadhan.

6/24/13

Jerebu Idea, Jerebu Cuaca.

Aku masih lagi tengah buat research proposal ni walaupun 2 hari lagi adalah paper final aku untuk subjek lain.


Idea buat research ni tak datang macam kau pergi karaoke dengan kawan dan kemudiannya kawan kau pilih satu lagu. Kau pantas-pantas jawab "Aku tak tahulah lagu ni" sebaik sahaja nampak tajuk lagu dan nama artis.


Bila muzik berkumandang atau sampai korus, rupanya kau paling tahu lagu tu.


Kawan aku dah mula tanya "Bila kita boleh berbual topik kasual dan bukannya research ?"


Aku rasa aku tengah lalui sesuatu yang dipanggil 'Brainfog' (a state you may hit a dark blank wall and want to give up).


Apa-apa pun, sasaran aku nak hantar kerja pukul 2 walaupun waktu submission ditetapkan 5 petang.


Bila difikirkan balik tak tahu kenapa tak ada idea. Literature Review ni, kau ulas je scholar kata apa, journal catat apa, buku tulis apa lepas tu compare.



"Bumi yang tiada udara bagai tiada nyawa"

6/1/13

Qil. Dia ada penyelesaian.

Qil, berusia 16 tahun.


Dan setelah hampir 6 bulan duduk di asrama, hari ini dia pulang. Maklumlah cuti penggal orang kata.


Walaupun seorang remaja lelaki tetapi Qil tak suka bangun lambat. Tambah-tambah lepas masuk asrama ni, makin rancak dia bangun awal.


Sebenarnya, peribadi bangun awal ni dibentuk oleh sifat bersaing yang tinggi. Komputer ada satu, yang nak mainnya ada empat. Jadi, siapa bangun dulu, dia yang dapat pegang lama. Haa.


Jadi, suatu pagi Qil telah mengetuk pintu bilik kakaknya untuk meminta kebenaran keluar. Dia tahu dia sepatutnya ambil adik perempuannya di sekolah. Tapi dia dapat kebenaran jadi dia keluar.


Pulang dari berjalan.


"Haa, tengok cerita apa ?" soal kakaknya pantas selepas Qil masuk ke rumah. Kakaknya sedang online sambil menonton tv. Kalau boleh semua benda nak multitasking. Multitasking ni kalau tak fokus mana-mana, tak bagus juga. Serba rugi.

"Epic."

"Oh!" kakaknya tak banyak soal walaupun hatinya sedikit berdetik 'ingatkan jiwa remaja gini nak tengok Fast &Furious 6. hmm, mungkin tiket habis'.


Selesai sesi berbasa-basi, Qil masuk biliknya. Kakaknya sambung aktiviti onlinenya.

Qil update status:
"Niat nak tgk fast 6, tapi malangnya umur tak cukup. Alahai."



Diam-diam kakaknya ketawa. Padan muka tak ajak aku, aku boleh jadi penjaga! Kehkehkeh.






5/23/13

Berdiri

Semasa aku menulis entri ni, aku berada di perpustakaan.
Aku suka duduk lepak dekat perpustakaan, kecuali kalau aku lapar atau pun rasa macam nak kena tinggal bas. Waktu-waktu tak tenang macam ni, aku tak sesuai berada dekat perpustakaan.


Sekarang ni, aku lapar, rasa nak kena tinggal bas dan nak kena pergi banyak tempat.
Tapi depan aku ada laptop dan barang-barang yang nak kena jaga. Paling mengikat aku dekat sini, aku tak bawa kad pelajar. Jadi, aku buat keputusan untuk sampaikan sebuah cerita.


Minggu lepas, banyak juga guna tenaga mental dan fizikal. Ada satu hari tu, aku tertidur dalam kelas masa kawan lain tengah buat presentation.


Presentation mereka dimulakan dengan 'Ok, siapa nak coklat ?'


Aku cepat-cepat angkat tangan. Hari sudah petang dan aku tak makan tengah hari. Mungkin sebab tu aku tak malu sangat.


Rasanya coklat tu umpan supaya tak mengantuk. Malangnya, aku tertidur sejurus lepas makan coklat tu.


Aku bangun juga kejap-kejap sebab takut tertangkap tidur oleh pensyarah. Ada satu time tu dia tangkap dua pelajar tidur dan suruh pergi basuh muka. Aku pula jenis mengantuk, bukan yang jenis basuh muka boleh hilang mengantuk. Tidur je yang boleh hilangkan mengantuk.


Dalam pada aku ingatkan semuanya dah berakhir. Boleh akhiri kelas macam biasa tanpa dugaan. Pensyarah tu boleh pula, suruh semua pelajar berdiri. Siapa dapat terangkan konsep, boleh duduk.


Sampai habis kelas aku berdiri.


Dan dia tak habis dekat situ. Denda tu kekal sampai minggu ini. Menjadikan aku antara pelajar yang perlu tanya soalan selepas rakan sekelas buat presentation.


Aku harap otak aku makin cergas lepas balik dari Taman Negara, Pahang ni. Maklumlah baru lepas mendekatkan diri dengan alam. Kalau tidak, kenalah aku gagahkan kaki untuk berdiri seperti ingin menaiki tangga menuju ke Canopy Walk di Taman Negara, Pahang.


Ok, aku patut baca buku untuk tanya soalan dalam kelas nanti.

4/13/13

Ayuh!

Ag adalah seorang kawan yang pernah menjadi classmate ketika zaman diploma. Dan walaupun kami sering memanggil sesama sendiri 'annoying' dan simbah-menyimbah air di kafe, kami tetap berkawan sampai ke hari ini. Keep in touch kata orang.


Zaman diploma, Ag selalu muncul dengan cadangan seperti 'Jom berkayak!' 'Jom naik Broga!' tapi tak pernah menjadi kenyataan. Tapi ada jugalah satu petang tu, kami naik bukit depan kampus tu.


Jee adalah kawan yang Ag kenali ketika zaman Degreenya bermula. Dan Ag telah perkenalkan Jee pada hampir kesemua kami. Yang bagusnya, Jee telah menyokong niat Ag bertahun-tahun yang lalu untuk bermain kayak di tasik.


2 minggu lepas pula, kami semua telah naik ke Broga.


Kami semua tu bukan 3 orang tetapi 9 orang. Aku, Ag, Jee, Maria. Dan 4 orang classmate degree Ag dan 1 orang kawan kepada classmate Ag.


Mengah juga panjat Broga ni.


Secara tuntasnya, ada 4 puncak di Broga. Kami cuma berjaya naik 3 puncak.


Pulang ke rumah, aku bagitahu pada kawan aku yang pernah naik sebelum ini 'lain kali kalau naik, aku perlukan helikopter!'


Sampai dekat puncak pertama aku kata pada Ag 'Balik nanti aku nak update status akulah 'selain barbakat tahan fire extinguisher dengan kaki, saya juga berbakat panjat bukit.' Haha!'


Ag ketawa.


Beberapa minggu sebelum panjat Broga ni, ada pemadam api terjatuh terkena bahagian bawah betis aku. Tak ada kecederaan yang serius kecuali lebammnya masih tak hilang sampai hari ini.


Kembali pada Broga, kepuasan naik Broga di awal pagi dicapai melalui bersandar pada batu, ditiup angin sejuk menderu sambil melihat bulan menggantikan matahari. Dan bukan kau sorang yang kejar matahari tu. Ramai lagi. Ramai tahap aku tak tahu siapa yang sampai dekat puncak pertama sekali pagi tu.


Turun dari Broga, kami menuju ke sungai. Aku tak begitu in dengan aktiviti mandi sungai. Tapi aku ok je sebab boleh buat fish spa percuma.


Sedang aku duduk-duduk. Datang satu kanak-kanak lelaki cuba menangkap ikan di kawasan fish spa aku. Untuk tak nampak awkward, aku pun break the ice dengan bertanya


'Naik Broga tak ?'

'Naik. Nampak akak tadi,' dengan selamba dia menjawab.





Broga Hill, 5.22 A.M - 7.37 A.M, 30/3/2013.


bukan setiap hari aku akan kata "jomlah! bila lagi ?" dan ini adalah salah satu hari yang aku pilih untuk cakap macam tu.