8/20/21

E-Book: Apa Agaknya yang Ana Lihat Tadi Ya?

Hello!

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sejahtera.

Post kali ini mungkin agak berbeza dari posting beberapa tahun kebelakangan ini. Post ini melibatkan satu berita di dunia penerbitan. Ewah!

Sebagai pengenalan aku akan ceritakan sikit latar mengenai projek yang aku usahakan ini. 

***

Suatu hari di tahun 2015, aku telah menghubungi Fareez atau lebih dikenali sebagai John dalam kalangan kawan-kawan sekolah untuk meminta kerjasamanya. Aku terangkan tentang hasrat aku untuk menyertai sebuah pertandingan penulisan buku kanak-kanak. 

Aku memang minat dengan buku kanak-kanak dan picture book sebab aku rasa di sebalik cerita yang ringkas mahupun ilustrasi yang comel ada kekompleksan dalam penghasilannya. Macamana nak jadikan idea tu ringkas, mudah difahami, macamana pula nak jadikan ilustrasi tu membantu penulisan / penceritaan di manuskrip dan menjadikan keseluruhan idea itu bermanfaat dan seronok untuk dinikmati.

Dalam projek aku rancang ini, aku akan bertindak sebagai penulis dan John akan dilantik sebagai ilustrator.  

Tanpa banyak pengalaman dalam pengurusan projek, kami sedia mencuba apa saja. Ketika itu aku sedang membina kerjaya sebagai pembaca pruf dan pengalaman membuat projek buku kanak-kanak semasa degree masih segar. Jadi, aku agak optimis untuk menggerakkan projek ini. 

John bersetuju dengan hasrat untuk menyertai pertandingan itu. Maka, bermulalah kerja-kerja kami menerusi e-mel. 

Kami hantar penyertaan di bawah kategori Unpublished Work. 

Keputusannya, kami tak menang. Bila lihat senarai pemenang dan peserta memang ramai yang sangat berpengalaman. 

Kami okay sahaja sebab hasrat pun memang nak cuba-cuba. Manuskrip itu terus disimpan sebab belum nampak jalan untuk diterbitkan kepada umum. Sesekali dalam simpanan tu ada jugalah aku scroll dan tengok-tengok.

Sehinggalah baru-baru ini di tahun 2021 ini, Siti Amanda berkongsi poster webinar dari Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) USM bertajuk "Di Balik Tabir: Penerbitan E-Book Kanak-Kanak" oleh Puan Kartini Ariffin dan Puan Vay Fern. 

Setelah mendengar webinar tersebut, aku kembali menjadi aku di tahun 2015 -- aku buka semula file manuskrip itu dan bentangkan cadangan aku kepada John. John setuju.

Sebaik sahaja mendapat kata putus dari John aku terus, semak semula manuskrip yang ada. Menambah baik manuskrip dengan segala pengalaman yang telah dikumpul dari tahun 2015.

Semua ini diikuti dengan langkah rasmi untuk memohon e-ISBN dan CIP.

Dan ... 

Kini manuskrip itu sudah boleh dinikmati dalam bentuk e-book: 


Tajuk: Apa Agaknya Yang Ana Lihat Tadi Ya?
Penulis: Aimi Rosli
Ilustrasi: Fareez
Tahun Terbit: 2021
e-ISBN: 9789672570707
Halaman: 26
Jenis: E-book
Harga: RM 8.00

Sinopsis:


E-Book "Apa Agaknya Yang Ana Lihat Tadi Ya?" boleh dibeli di indie@USM.

***

Sampai berjumpa lagi!

No comments: