10/10/13

Menyimpang.

Semalam aku pergi makan Tom Yam dengan kawan-kawan.

"Susah ke subjek tu? Kawan aku ambil subjek tu sebagai minor, dia dapat A."

Aku diam. Teringat frasa yang dilontarkan oleh pensyarah aku ketika dia berkata "Hei, awak semua tak tahu hal ni! Ini general knowledge tau."

Tapi nada tu masih lagi acceptable, tidak masuk kategori buat sesiapa sentap. Kami masih boleh ketawa kepada diri-sendiri kerana itu memang general knowledge.

Aku lebih teringatkan kesan frasa "Awak semua tak pernah baca Animal Farm ? Ini Great Literature, you know?!" di suatu zaman pembelajaran yang lain.

Aku akhirnya menjawab kepada kawan aku yang sedang menghirup Tom Yam Sotong 'This is not legally blonde. Rasa bimbo belajar law.'

Sepatutnya aku tengah bertungkus-lumus menaip take home test law aku tapi aku telah ditangkap oleh teman serumah sedang rancak bermain level 197 Candy Crush.

"Amboi, main game pula dia!" 

"Tak ada idealah nak buat," aku balas dengan nada mendatar sambil tangan masih rancak menggerakkan gula-gula. Submission pukul 9 pagi.



Maaf, aku dah mula rasa tak sabar nak cuti.

9/13/13

Minggu Pertama Semester Keempat.

Baru empat hari kelas dah dapat cuti empat hari. 

Sekarang adalah masa-masa masih boleh tidur lena sebelum kehidupan huru-hara bermula. Bukan itu sahaja malas rajin naik bas nak makan malam semata-mata. Sebenarnya, jarak rumah dan kedai makan tu tak lah begitu jauh bila naik kenderaan. Kalau jalan kaki,  mungkinlah 45 minit.

"Eh, iklan baru KFC ni nampak sedaplah!"

"Jomlah pergi!"

"Kita pergi malam ni, ok ?"

Jadi, keluarlah kami berempat malam itu untuk ke KFC. Disebabkan kami terlepas 2 buah bas semasa nak melintas jalan terpaksalah kami tunggu dalam 20minit untuk bas lain. Turun dari bas, kami perlu lintas jalan lagi.

Sebelum bertemu KFC kami perlu turun tangga di Medan Selera. Ketika di tangga Medan Selera aku bersuara 

"Eh, korang KFC dah tak ada!"

Serentak semua terhenti dengan muka terkejut gila. Aku tak dapat kawal diri dari ketawa.

"Haha, tak adalah! Dah jom jalan."

"Aduh! Longlai dah langkah tadi," ujar salah seorang rakanku yang bersweater hitam.

Sampai di bahagian Drive Thru sedikit keanehan. Lampu Drive Thru tak menyala tapi tak apa, kami bertiga masih melangkah menuju je pintu masuk KFC. Seorang lagi kawan aku ketinggalan di belakang.

Sampai di pintu hadapan KFC. KFC betul-betul tutup! Kaget.

"Eh, betul-betul tutup!"

"Macamana ni ?"

"Makan medan lah apa lagi."

"Aduh, penat bersweater ingat nak makan tempat sejuk."

________________________________________________________

Aku tak terkejar bas tadi. Jadi, ayah aku ambil di kampus. 

"Pergi mana tadi ?"

"Makan." 

Lanjutannya dalam hati -- Makan hati kedai dress tak buka.
 

8/31/13

Pendengaran.

Laptop aku dah kembali.

Patutnya aku dah boleh menulis dengan produktif macam apa yang aku bayangkan bila aku tak ada laptop. Tahu jelah manusia ni dengan sikap 'kalau-kalau' nya.

Tapi bunyi dari speaker laptop ni masih pecah. Tak dinasihatkan untuk baiki.
Jadi, aku dalam dilema untuk memilih alat bantu bunyian pada laptop aku. Antara earphone atau speaker. Aku cuma boleh pilih satu.

Aku bukanlah penggemar earphone (dekat sini kau boleh konklusikan yang aku memang tak pernah dengar lagu dalam kelas ketika pensyarah mengajar.) Lagipun, bila pakai lama-lama gegendang jadi sakit.

Earphone juga buat aku macam takut nak nyanyi kuat, takut rupanya aku tengah menjerit. Kalau speaker, aku lebih peka tentang kuat mana dan boleh perlahan kan.

Tapi ramai yang mula bagi pendapat untuk beli earphone atas sebab privasi, katanya. Sebab tak semua orang nak dengar apa yang kita dengar.

Aku mempertimbangkan speaker sebab gempak sikit sound system bila tonton filem dengan kawan-kawan atau ahli keluarga beramai-ramai. Lagipun, ada banyak artikel yang tak menggalakkan pemakaian earphone kan. Tambah pula, dengan speaker bebas wayar jadi boleh bangun dan menari-nari mendengar lagu.

Satulah yang pasal earphone yang aku tak tahu orang lain rasa macam aku ke tak, sebab dah lama aku simpan hal ni tapi tengok tak ada orang utarakan pun.

Betullah, earphone untuk privasi dan tak semua orang nak dengar apa yang kita dengar. Tapi bila yang pakai tu mula menyanyi dan dengar macam tak ketahuan, itu lebih mengjengkelkan. Tambah pula, bila kita dah hint 'Oi, diamlah!' tapi dia tak dengar sebab asyik sangat dengan apa yang didengar dalam earphone tu.

Sekurang-kurangnya bila pakai speaker, apa yang dia sedang dengar tu kita dalam dengar dan rasa tak terganggu sangat.

Tapi jenis yang dengar benda orang lain secara jelasnya tak boleh terima dan dia tak ikut buat bising, patut pakai earphone.


Pandangan, anda ?

8/23/13

Khabar Syawal

Laptop aku rosak. Maksud aku hard disk dia rosak.

Di hari-hari biasa aku akan online guna handphone aku je. Jengah khabar dunia dan kawan-kawan sikit. Sehinggalah suatu hari aku rasa 'online phone biasa: sakit ibu jari menaip banyak. online guna smartphone (pinjam adik) : typo semedang. solusi : offline- online bila laptop siap dibaiki.' Jadi, aku pun masuk ke kamar adik aku sekejap dan pinjam komputer dia.

_______________________________

Cerita 1:

Raya tahun ni aku berkesempatan untuk balik ke kampung aku di Kelantan. Di Machang, ada Pasar Isnin (Pasar Sena) yang terkenal dengan pelbagai barang jualan yang merambangkan mata. Nasib baik juga, dekat Shah Alam aku dah latih diri aku jangan nak beli semua benda. Haha. Jadi tak adalah 'shop till you drop.'

Adik aku -- Isyia, 12 tahun merupakan peminat tegar Khairul Fahmi, penjaga gol skuad kebangsaan.
Jangan pernah  kutuk Khairul Fahmi depan dia sebab dia akan jadi defender hebat.

Ayah dan adik lelaki aku telah menuju ke kereta lebih awal berbanda\ing aku, Isyia dan mak aku. Kami akhirnya pulang dengan barang yang telah kami beli.

"Fuhhh, berhenti Isyia jalan tadi. Terserempak dengan Khairul Fahmi," ujarku ditempat duduk belakang sambil ketawa. 

Isyia tersenyum-senyum. 

"Kat mana ?" ayahku bertanya. Aku rasa memang dia dah sense dah loyar buruk aku.

"Bas. Muka dia dekat bas," jawab aku dan Isyia serentak.

Iklan Belycream (macamana eja ni).

Jumpa jugalah adik aku dengan Khairul Fahmi. 
Malam perlawanan Malaysia vs Barcelona tu kami tak dapat tengok penuh sebab kesesakan lalu lintas.

When you go beraya, there will be this one conversation sounds like;
"Jammed lah wehhh! "
"Keno kelik musim tok rayo baru puah nok berjale"

_________________________________

Cerita 2:

Aku sedang menonton salah satu telemovie dariABCFamily di Yotube ketika adik aku Ain,10 tahun datang mengetuk pintu. Dia memang tahu, aku tak tidur malam.

Biasalah, semasa semester minggu akhir balun buat kerja tak ingat siang malam. Antara rajin atau last minute, fikirlah sendiri. Terbawa-bawa perangai ke rumah. Nanti mula semester, terbawa-bawa perangai tidur awal pula. Mengada.

"Aimi, Ain tak nak tidurlah," sambil berjalan selamba menuju ke katil aku.

"Dah kenapa pula ?" aku kehairanan sebabgai budak sekolah dia dah patut tidur sekarang.

"Ain, excited nak pakai baju raya pergi sekolah esok."

"Hmmmm"


________________________________

Cerita 3:

Manda pernah inbox aku dengan berkata "Fuhh, aku ingat aku sorang je loser bercerita pasal adik-beradik dekat blog. Dia pun cerita juga, ok lahhh." selepas dia membaca blog milik Vlogger terkenal yang aku berikan link.

Hari ini aku inbox Manda "aku online guna desktop adik aku kejap ni tapi kalau taip tak boleh pandang keyboard. nanti panik. kalau taip spontan baru dapat huruf sebenar. kau tahu sebab apa ? sebab huruf dekat keyboard ni dah terpadam."

Dan pernyataan tu dibalas dengan ketawa oleh Manda.

Sempena musim AF nak dekat ni, aku sakan dengar Bersama Kamu nyanyian Rich dan Velvet.
Tapi aku lebih nantikan Super Spontan. Nak tambah skil jadi spontan. Haha.

7/25/13

15 Ramadhan

Now Playing : Ten Cent Blues - Eisley.



Aku mengantuk tapi tak lelap.
Aku lapar tapi aku rasa kalau masak Maggi melampau sangat.
Jadi, aku tunggu waktu sahur.


Masih berkenaan rumah sewa. Siang tadi, aku bawa kawan aku yang bernama Ain untuk teman aku cari-cari rumah sewa baru dan tengok keadaan rumah sewa sekarang.


Aku tak call lagi tuan rumah aku. Aku ingat nak suruh mak aku je yang cakap. Aku kalau cakap telefon ni blur. Eceh.


Pertengahan puasa ni macam dah ramailah pula yang upload teaser baju raya, bertanya-tanya kawan pakai baju warna apa. Aku tak beli lagi. Pagi tadi, masa ayah aku hantar aku dan Ain pergi rumah sewa, ayah aku dah hulur duit. Kot-kot aku nak pergi tengok baju raya dengan mall berhampiran.


Tapi penyudahnya, aku tertidur dekat rumah sewa tu. Ain tengok Sherlock Holmes dan movie-movie apalah yang dia nak dekat laptop aku. 30 minit sebelum ayah aku sampai untuk ambil kami, kami tengok drama dekat TV sama-sama.


Dalam kereta ketika perjalanan pulang, aku jadi DJ. Macam rimaskan kalau mulut rasa nak nyanyi tapi radio tak henti-henti iklan. Bila ada lagu pula, lagu jenis yang tak berapa nak berkenan dengar. 


Aku tukar radio sampai satu tahap

"Aimi, kenapa awak tukar radio. Lagu tadi macam comel je," tegur Ain dari tempat duduk di belakang.

"Hish, dengar sikit je kita dah tak berkenan!"


Tapi bila aku tukar radio lain, tak ada lagu yang best pun. Aku bukalah radio tadi balik. Dapatlah Ain dengar sikit lagu tadi. Selebihnya, DJ radio ada umumkan tajuk lagu dan nama penyanyi. Aku harap Ain dapat tangkap dan dengar di Youtube.


Ada satu tahap tu, aku dah malas nak tukar radio. Tapi ayah aku kata pula "Lagu apa ni ?" Mungkin dia rimas mendengar, DJ di radio tu mem-parodi lagu tak tentu hala. Jadi, aku kembali bertugas.


Akhirnya, kedengaran satu irama yang sesuai dengan citarasa semua.

"Haa, lagu raya!" ujar Ain di belakang.



Jadi, lagu itulah yang kami duetkan bersama sehingga sampai di hadapan rumah Ain. Sesekali badan digerakkan ke kiri dan kanan sambil memandang keluar tingkap kereta.


'Berdendang mari berdendang, Berdendang di seluruh alam, Bergema suara bergema, Nazam Lebaran ~'