7/30/11
Percetakan NOKSS #1 dan Jualan Bersama NOKSS #2
NOKSS ISU #2 : Cerita Fiksi Yang Mungkin Ada Kebenarannya
By Post :
- tukar wang anda kepada WANG POS di pejabat pos.
- tinggalkan order anda di http://www.facebook.com/9BelasZine, memandangkan ini rumah baru kami.
- namun begitu, bagi yang tidak mempunyai FB boleh tinggalkan pesanan di alamat emel berikut : azizi_jiji9108@yahoo.com.
- nantikan wakil kami akan INBOX alamat rumah kami kepada anda. tulis juga nama & alamat surat-menyurat anda.
- setelah itu pos kan lah wang itu kepada kami.
- bila wang pos anda sudah di-pos kan kepada kami, maklumkan pada pihak kami sebagai langkah berjaga-jaga.
- tunggu posmen hantar 'NOKSS!'.
- Selesai. Terima Kasih.
Penulis-penulis 'NOKSS! lain' : alyssa, iki, ejam, paan, , diah, ag, elie, shah, ery, atin, cassey, yana, manda, ammar, aishah, ez, tini dan arien.
7/15/11
Hanya Budak Nakal Boleh Kawal Budak Nakal
12.00 TENGAH MALAM
“Hey, saya nak awak semua turun. Saya bagi awak 5 minit,” ustaz yang memakai baju biru tercegat di hadapan pintu bilik rumah.
Ustaz dan pengetua kolej Matahari memang prihatin. Seisi rumah menggelabah.
“Cepat sikit. Saya bagi 5 minit.”
Aima segera masuk ke bilik dan menukar baju. Tiba-tiba Ayi membuka pintu biliknya.
“Akak, kita nak cakap apa ni ?” Ayi sedikit risau.
Aima senyum seperti merancang sesuatu.
Rumah yang dikongsi 8 orang itu, senyap seketika dipanggil ustaz. Ustaz masih tercegat menunggu di hadapan pintu. Yumi mengetuk pintu bilik air memanggil Rosiah. Rosiah yang sedang berada di dalam terpinga-pinga. Mya bertuah kerana tiada di rumah malam itu. Tushee membetulkan tudung di hadapan cermin. Malam buat Farhana kerana sedang belajar tapi masih perlu turun ke bawah. Erna yang sudah siap keluar dahulu dari rumah.
Dalam langkah perlahan dan muka paling innocent, 7 orang menghadap pengetua kolej dan ustaz di padang kolej. Kehadiran mereka tidak diendahkan kerana pengetua sedang berbual dengan pelajar lain. Sehingga Aima terfikir ‘betul ke ktorang kena panggil ni.’
Selepas, 5 minit, barulah pengetua kolej Matahari menghadap Aima dan rakan-rakan yang lain.
“Haa, ada apa tadi ribut-ribut di atas ?” soal pengetua kolej Matahari dengan senyuman yang mencurigakan.
“Tak ada apa sangat. Cuma tadi ada seekor lipas, kemudian saya spray tiba-tiba lipas tu pergi ke bawak kerusi Ayi. Selepas itu, Yumi ambil lipas tu dan usik-usik Erna. Rosiah tak ada kaitan dia tengah mandi tadi,” terang Aima bersungguh-sungguh.
“Saya pun tengah pening-pening belajar, ada test esok,” tambah Farhana lagi.
Pengetua kolej mengangguk-angguk faham. Lipas bukan kes biasa.
“Awak dua orang ni kembar ke ?” soal pengetua kepada Erna dan Ayi seperti cuba beramah-tamah.
Yang lain ketawa mendengar pernyataan itu.
“Awak semua satu rumah memang happening eh ?” tambah pengetua lagi.
“Awak semua course apa ?” sampuk ustaz tiba-tiba.
Seperti dijangka Yumi, soalan mengenai course akan ditanya. Yumi mengajak semua untuk mengaku sebagai budak akaun. Mungkin dengan cara itu hukuman dapat dikurangkan. Tetapi dihalang Tushee kerana risau kad matriks akan diminta.
“Berapa orang penulisan ?” tanya ustaz lagi.
Pertama kalinya penulisan tidak dilupakan begitu sahaja.
“4 orang. 1 orang event management,” jawab Yumi dan Ayi serentak.
“Dia seorang je akaun,” tunjuk Rosiah kepada Farhana.
Pengetua seakan-akan tidak puas hati kenapa budak akaun boleh serumah dengan budak sekolah filem, animasi dan teater.
“Dia ada jiwa seni juga,” jawab Rosiah.
“Saya sekarang tengok novel-novel kurang cerita pasal budak-budak universiti. Kurang cerita-cerita macam ni. Yelah, macam awak kena tahan ni kan. Kalau awak buat novel, ini sesuatu yang orang boleh relate. Tapi tak, sekarang ni kurang. Awak semua nanti cuba tulis. Kalau tulis pasal saya pun tak apa,” pengetua kolej memberi idea dan pandangannya.
Di situ Aima bersetuju. Sekarang memang banyak novel kahwin paksa dan bahagia.
“Saya dulu budak nakal juga, macam awak semua. Awak percaya tak, hanya budak nakal sahaja yang boleh kawal budak nakal. Awak tengok ustaz ni. Nama je ustaz. Dulu geng budak nakal,” kata pengetua yang satu zaman dahulu pernah mengikat pondan dan meletakkannya di dalam hutan. Memang nakal.
“Saya dulu kalau nampak lipas, saya jentik je kepala. Kemudian buat main laga lipas.” ustaz melawak.
“Ok, lah awak semua boleh naik,” kata pengetua kolej Matahari.
“Fuhh, nasib baik tak kena angkat meja batu macam budak lelaki kolej Seroja kena,” luah Aima dan Rosiah.
Seisi rumah berjalan tenang pulang ke rumah. Semua bersyukur kerana tidak disaman malam itu.
2. Dia masih cuba fikir tentang senakal mana dia. Rasanya dia macam budak baik je, haha.
7/9/11
Laporan Ke Karnival 2 (Serius)
Sebelum ini saya sudah menulis laporan, namun itu sekadar draf. Jika saya tidak dapat ke karnival itu sekurang-kurangnya ada sedikit isi untuk dikarang. Namun, hari ini saya berpeluang ke karnival yang ditugaskan jadi saya menulis laporan ini sekali lagi. **Namun, kemungkinan untuk laporan ini beremosi wujud, kerana banyak perkara yang saya lakukan hari ini tidak menjadi. Ohh, lagi satu perkara saya masih mahu ke Urbanscapes. Sila tolong.
_____________________________________
LAPORAN PERASAAN KE KARNIVAL
9 Julai 2011 - Karnival yang diadakan merupakan satu usahasama yang baik. Keadaan sewaktu saya berada di sana sedikit lengang. Saya rasa faktor yang mempengaruhi adalah tempat karnival diadakan kerana pengunjung perlu menaiki tangga yang agak tinggi. Saya tidak pasti jika ramai tahu jalan untuk membawa kereta ke bahagian atas tetapi jika boleh pun, bagaimana ? Hal ini demikian kerana, ada khemah-khemah jualan. Mengenai lif pula, saya difahamkan lif akan di-blok untuk memastikan kelancaran malam gala yang akan dilansungkan malam ini. Salah satu faktor, karnival ini lengang mungkin juga kerana beberapa acara yang berlaku di sekitar seperti Gig TV9 dan juga acara perhimpunan di Kuala Lumpur. Malah beberapa kawan saya juga tidak berani keluar rumah. Apa yang saya harapkan adalah agar bumi ini terus aman.
Seterusnya, mengenai rumah hantu. Berlakunya perubahan yang baik kerana rumah hantu sudah mula dibuka setiap masa. Walaupun tidak berpeluang memasuki rumah hantu itu, saya gembira mendengar ada Hantu Kak Limah di dalamnya. Hal ini demikian kerana, berdasarkan populariti yang dia ada Kak Limah wajar berada di situ. Penjual tiketnya juga ramah kepada saya. Mungkin juga kerana kami sebenarnya kenal. Dia bersungguh-sungguh menjual tiket kepada saya walaupun saya berkali-kali mengatakan tidak kerana memakai baju kurung (saya baru pulang dari kenduri) dan tiada geng. Di akhirnya, dia masih tidak berputus asa dan menyerahkan poster rumah hantu agar saya dapat membuat keputusan yang tepat untuk memasuki rumah hantu itu atau pun tidak.
Selain itu, mengenai malam gala. Nampaknya saya tidak berjaya keluar dari zon selesa. Saya yang sebelum ini tidak pernah ke malam gala, kekal, dengan tidak ke malam gala. Sebenarnya, saya sudah berdiri di hadapan kaunter jualan tiket. Sesekali terlihat kelibat rakan-rakan yang dapat masuk dengan percuma kerana mempunyai pas istimewa. Fikiran saya memang kusut dari pagi tadi, akhirnya, saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Salah satu faktor mempengaruhi saya adalah apabila ayah saya bertanya “Haa, nanti tahu ke balik nanti nak tunggu bas kat mana ?” Sejurus itu, saya beredar dari kaunter.
Kesimpulannya, karnival seperti ini perlu diteruskan. Cuma mungkin di tempat dan tarikh berbeza. Cara perlaksanaan boleh diperbaiki. Dan diharapkan agar lain kali, supaya kelas saya dapat turut serta untuk membantu di dalam acara seperti ini agar dapat merasa masuk ke majlis dengan pas istimewa, wah ! Apa pun, saya boleh tersenyum apabila ternampak Ayam Juvana di karnival tadi. Mahu juga saya menegur “Ehh, Botak mana ? Saya pernah juga minat dia.” Tapi seperti biasa saya memang tak berani tegur orang secara rambang.
Disediakan oleh,
Aimi Amira
( AIMI AMIRA )
Pelajar,
Jabatan Penulisan
Sekolah Filem.
Oh, laporan dari Kuala Lumpur :
Driving around KL after the fact. Practically empty. What a beautiful city we actually have. - 7.38 PM
7/8/11
Laporan Ke Karnival
LAPORAN PERASAAN KE KARNIVAL
Semasa mendapat tugasan untuk melakukan tugasan ini saya tidak banyak merungut hal ini demikian kerana saya sedar akan status saya sebagai pelajar. Dan saya juga bukan pelajar rebel. Tambahan pula, markah dari laporan ini akan dia jadikan markah ujian saya. Mengelak ujian adalah perkara yang saya setuju. Bukan apa, pada minggu yang sama saya mempunyai ujian muzik dan masyarakat serta kemungkinan besar subjek komunikasi sinematik juga boleh melakukan ujian mengejut bila-bila masa. Jadi, kalau subjek ini melakukan ujian saya pasti tidak dapat fokus. Ini ditambah dengan tugasan lain. Walaupun tidak menaip di komputer, saya ada menulis di buku bagi mengelakkan minda yang sedia berkecamuk ini bertambah kecamukannya.
Namun begitu, semuanya berubah apabila saya mendapat tahu bahawa tiada bas diperuntukkan untuk pelajar biasa ke sana. Bas hanya disediakan untuk krew sahaja. Saya dah mula rimas untuk memikirkan hal ini. Sudah lah sepanjang minggu lepas saya habiskan untuk memahami konsep dan aturcara event ini. Mujur salah seorang rakan serumah saya mendapat tentatif program kerana dia salah seorang krew yang menjual tapak karnival. Rupanya karnival ini mempunyai konsep seperti Jom Heboh (ada booth atau khemah-khemah) pada waktu siang hingga malam. Kemudian, di malam hari ada pertandingan menyanyi (jumaat) dan malam gala (sabtu). Di sini juga, saya sedikit keliru, bagaimana mahu ke rumah hantu yang dibuka pada jam 10 malam. Persoalan seterusnya yang timbul kenapa rumah hantu tidak dibuka dari siang.
Sehingga waktu laporan ini ditulis, saya masih tidak pasti bagaimana status saya untuk ke karnival itu. Saya sungguh bersemangat ingin melakukan tugasan ini kerana inilah peluang terakhir saya untuk mendapat anugerah dekan. Saya juga sanggup membayar RM 38 untuk ke malam gala walaupun ramai batch saya dapat masuk percuma kerana bertugas. Lagipun saya memang tidak pernah ke mana-mana malam gala. Akhir kata, sebagai langkah berjaga-jaga saya tidak dapat ke karnival ini, saya telah memasuki peraduan Urbanscapes 2011. Mungkin saya boleh buat laporan acara ini 2 muka surat dan 2 muka surat mengenai karnival yang sepatutnya saya pergi ini berdasarkan gambar yang akan kawan-kawan saya di sana ambil nanti.
_____________________________________________
Urbanscape 2011, here I come.