12/4/11

#3 : 3 Soalan Sekaligus, Aku Habak Kat Hang.

Soalan 1: Siapa ajar buat kapal terbang kertas? Soalan 2: Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda? Soalan 3: Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa? Sila terangkan secara detail. Boleh jawab tak ni? XD

- soalan dari Cassy Patricel Junalis, Cikgu Gitar Bersara


selalu letak tajuk panjang-panjang ok je. kali ni tak boleh pula. rupanya lepas kira soalan ini lebih 40 patah perkataan. jadi, kalau nak buat tajuk entri, tak boleh lebih 40 patah perkataan.

disebabkan soalannya banyak, dan siap minta diperincikan pula, aku ambil masa lama nak jawab.

Soalan 1: Siapa ajar buat kapal terbang kertas?

Rasa macam tak ingat. Boleh jadi, adik lelaki atau kawan sekolah rendah.

Tapi ceritanya boleh jadi begini. Mungkin dari dulu, aku memang pecinta alam sekitar (dan akhirnya di tingkatan 5 aku memasuki kelab pecinta alam) menyebabkan aku tak suka koyak buku. Tak kira koyak separuh atau di bahagian tengah. Kalau kawan-kawan bagi kertas yang mereka koyakkan dari buku mereka tak apa. Aku rasa dari kertas-kertas yang dikoyak dari buku mereka ni aku belajar. Maklumlah, meja zaman sekolah rendah disusun berkumpulan. 4 meja disambung menjadi kumpulan. Dengan team yang inilah kau paling kamcing dan tak rasa bersalah sangat untuk tiru kerja rumah. Kawan-kawan lain, kita jumpa waktu rehat (atau mungkin pagi, petang dan ketika naik van sekolah).

Oh, lupa nak cakap, aku anggarkan waktu aku belajar buat kapal terbang kertas ini masa 9 tahun.

Selalunya, bila dah belajar dari kawan-kawan di sekolah, cuba praktis di rumah kemuadian beradu siapa punya lagi power dengan adik-adik. (Benda ini tak tertakluk pada aktiviti kapal terbang kertas sahaja. Contoh lain : Lawan Pemadam).

Selain dari, buat kapal terbang, kami juga kreatif buat bentuk baju kemeja, love, main magik, sampan dan sebagainya. Semuanya dibuat dengan duit RM 1, nilai tertinggi duit belanja zaman itu. Kemudian, kami bagi duit itu kepada mak cik kantin, bayaran untuk alas perut kami di waktu rehat. Terpaksa mak cik kantin buka 1 per 1 hasil seni origami kami. Maklumlah, tak mahu koyak buku dan membazir kertas.

Tapi sekarang aku tengok kualiti kapal terbang kertas ciptaan aku tak berapa power. Tak terbang tinggi atau jauh. Mungkin tertinggal satu step.

Soalan 2: Apa package/syarat-syarat untuk seorang lelaki menjadi pasangan hidup anda?

Tak tahu. Rasanya tak ada syarat. Buatlah syarat macamana pun, kalau dah suka, suka juga. Tapi kalau dah suka mesti bersebab.

(Aku rasa Cassy ni sekarang kerja dengan pejabat ejen cari jodoh.)

Soalan 3: Untuk pertama kali kau jatuh cinta, apa kau rasa? Sila terangkan secara detail.

Cinta pun tak tahu apa sebenarnya. Inikan pula jatuh cinta. Kita boleh tanya 1000 orang tentang makna cinta tetapi semua akan bagi definisi lain-lain. semuanya bergantung kepada pengalaman dan apa yang telah dilalui oleh diri masing-masing. Macam aku, aku rasa aku tak ada jatun cinta lagi. Setakat 'suka-suka' sikit adalah, benda-benda 'crush' ni rasanya tak sesuai diklasifikasikan sebagai cinta. Hari ini suka, esok lupa. Diikuti bertemu dengan baru dan begitulah kitarannya.

Jadi, dalam isu ni bolehlah kita berpatah balik ke soalan nombor 2, i need a man who can define love for me. ececeh ~

Ahh, esok boleh jadi lain pula. Biasalah seiring kehidupan berjalan kehendak dan keperluan turut berubah.

Tak ada yang pasti mengenai cinta mungkin juga sebab tak ada apa yang kekal dalam dunia ini.

Boleh jawab tak ni?
I just did. Ini kira 4 soalan ke macamana ?


Sekian.

5 comments:

adwafarahin said...

suka jwpn no 2 tu ^^

Kupi Sajuk said...

aku cuma mampu senyum nampak gigi saja bila baca ni.

Aimi Rosli said...

akemi, sebenarnya, kau nak tanya siapa ajar buat burung kertas kan :p :p

HAHA !

Kupi Sajuk said...

tak. sebab aku dah tau siapa >;)

Aimi Rosli said...

cuak juga sebab aku macam dah terlupa cara membuatnya.