"Are you athletic?" .. "Yeah I surf.....the internet. - adalah antara lawak yang aku temui online. Mungkin petanda aku terlalu banyak meluangkan masa di dunia maya ini.
Oleh sebab itu, aku nak keluar berjalan-jalan esok. "mieee, esok pkl 10 tau.semua jadi ikut ke?"
Setelah mendapat pesanan tersebut aku pantas menaip pesanan ringkas "Kawan-kawan, esok pukul 10 pagi. Pakai cantik-cantik. Mari bersuka ria" - Sent!
Malangnya, aku terlupa nak taip "Tidur awal malam ni" macam yang aku rancang sebelum tu. Mungkinkah, terlalu teruja ?
"Tidur awal malam ni" adalah satu lawak. Come on, remaja kan ? Remaja tak tidur awal. That’s how it's supposed to be, living, young and wild and free ~ Tak ada nak young, wild and free sangatlah, aku dah mula rasa tak tidur malam ni bagi efek memudaratkan pada tubuh badan aku, tetapi aku masih tak tahu kenapa aku tak tidur awal.
Aku ada pasang cita-cita juga, cuti semester ni patut pukul 11 malam aku dah tidur. Status cita-cita : Tidak Berjaya - pukul 1 atau 2 aku mesti terjaga. Ada satu malam tu dikejutkan dengan kehadiran lipas terbang (walau dalam gelap, aku boleh rasa kehadiran lipas dengan bunyi sayap atau pergerakannya). Malam-malam berikutnya, aku diganggu nyamuk. Aku tercari-cari juga, mana aku letak ubat nyamuk (elektrik) aku. Bila tak jumpa, aku masih tertanya-tanya di mana ubat nyamuk (elektrik) tetapi tak teruskan pencarian.
Sambung balik mengenai, keluar berjalan-jalan tadi. Sebenarnya, dalam usia sekarang ni, nak keluar berjalan pukul 10 pagi boleh dikira awal juga. Terkenang zaman tingkatan 4, 5. Zaman kereta dan motor hanya dipandu oleh ibu bapa dan bukan anak-anaknya iaitu kami.
Aku dah pernah tak terangkan atau belum, yang tempat tinggal aku ni agak jauh dari kemajuan. Aku tanya mengenai aku dah pernah terangkan ke belum mengenai tempat ni sebab aku ni kadang-kadang bercerita tanpa sedar terulang benda sama dua kali, asyik tercakap point sama, ulang-ulang-ulang-ulang. Ada seorang kawan aku pernah tanya "Aimi, kenapa awak asyik emphsize dekat point yang sama ?". Aku macam ... Damn, it happen unconciously.
Sambung balik mengenai kawasan perumahan. Bukan pendalaman cuma bandar yang sedang membangun. Pembangunan yang lambat mempengaruhi cara pergaulan dan sosial kami. Memang tak ada bas masuk ke dalam kawasan ni. Jadi, kami sebagai remaja di kawasan ini tak pernah keluar hang out / chill out bersama di mall atau shopping complex sehinggalah umur kami mencecah 16 tahun. Maklumat tambahan : kami juga tidak melepak di kedai makan selepas tamat waktu sekolah. Kami adalah generasi yang pulang dari sekolah terus tidur, kelas tambahan, stay back di sekolah, berjumpa di taman pada waktu petang. Paling banyak dalam ingatan adalah menghabiskan masa di sekolah. (Walaupun tidak jadi pelajar paling cemerlang, but yeah.) (Sebenarnya, stayback di sekolah ni pun ada kaitan dekat masalah transportation juga).
16 tahun adalah turning point kepada dunia pergaulan kami. Bila sebahagian dari kami masuk ke asrama, kami berjanji (bukanlah berjanji benar tetapi amat berharap) supaya hubungan persahabatan kami kekal. Jadi, kami semua telah sign up Mail dan Myspace. "Keep in touch dekat Myspace tau!" Kebetulan rumah aku baru masuk internet, tahun tu. Ada yang awal-awal lagi dah ada Myspace. Aku masa itu sangat naif, Myspace pun aku tak tahu apa (Setelah difikirkan, aku memang sangat naif semasa sekolah. Mungkin, masih lagi naif. Aku tak pasti).
Myspace adalah Myspace. Tak sama dengan berbual berdepan. Jadi, bila kawan-kawan dari asrama cuti atau hubungi kami. Sehari suntuk atau seminggu akan rancang macamana nak keluar dari bandar ni. Mak ayah siapa yang akan hantar ke KTM, pukul berapa kena bangun, nak balik pukul berapa. Semuanya telah diaturkan. Boleh kata pukul 7 / 8 pagi dah keluar. Malam sebelum tu adalah yang teruja sampai tak boleh tidur. Nak rocking-rocking in the city, katanya.
Haa, ni sorang kawan aku dah reply mesej aku tadi. "10 Pagi ? Wah, awalnya !"
Oklah, aku patut tidur. Eh, sahur.
Tak sabar-sabar, dah countdown raya ke ?
No comments:
Post a Comment