3/19/14

Dalam Perjalanan

Now Playing: Apa Khabar - Joe Flizzow ft SoneOne


Kami masih lagi berada di kedudukan di mana ada abang-abang dan kakak-kakak yang perlu kahwin dulu. Sungguh pun ada di antara rakan-rakan batch zaman diploma yang sudah berkahwin tapi kelas kami masih steady hidup bujang. Namun semasa pos ini ditulis, kawan kami, Yana telah pun selamat bertunang. Tahniah!

Setelah satu percaturan dibuat, aku, Manda, Shah dan Ag pun berangkat menuju ke kenduri kahwin kakak Diah. Pastilah Ag membawa Jee bersama. Aku sudah tidak ingat bila kali terakhir kami semua lepak bersama dalam jangka masa yang panjang. Ada lah sekali dua bertemu di kedai makan sekejap-sekejap. Lepak berbual di kedai tidak cukup panjang kerana semasa diploma dulu hampir setiap hari masa dihabiskan bersama. Dari kelas, kemudian lepak di gazebo untuk buat keputusan, kemudian ke diningsambung lagi kelas, gazebo, kandang, balik bilik, buat assignment, mesej-mesej bertanya assignments sesama sendiri.

Jadi, wajarlah perbualan di dalam kereta itu berkisar tentang hal-hal 'Weh, kau suka dia ke? Dia baik kot dengan kau, korang boleh kahwin', 'So, macamana life sebagai pemimpin pelajar sekarang?', 'How's the script that you've been working on?', 'Macamana kau boleh decide nak kerja sambil belajar? Gilalah!' tapi above all 'Weh! Weh! Lagu Gadis Jolobu ni! Diam, diam. Dengar aku rap.' Untuk petang itu sahaja, 3kali kami dengar lagu itu disiarkan.

Kami sampai agak lewat di majlis itu. Lewat sehingga Paan dan Ejam terpaksa pulang sebelum sempat berbual panjang. Jadi, penghujung hari kami boleh bergambar di atas pelamin sambil menggunakan semua perhiasan atas pelamin itu sebagai props. Ah, Shah dan Ag yang paksa! Kami berhenti bila Manda kata "Eh, kita dah macam budak-budak ni tahu tak?!" sambil menunjuk ke arah dua kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejar di atas pelamin.

Perjalanan pulang dilatari dengan pemandangan damai walaupun jerebu dengan pergerakan lancar di atas jalanraya selepas beberapa siri terlepas simpang dan ragu-ragu melalui jalan yang betul. Ahhhh, hidup memang macam tu, selalu dalam ketidakpastian dan persoalan. Raikanlah bila kita bertemu dengan kawan-kawan yang ada menghadirkan senyuman di dalam perjalanan kita.




Ok, aku ada proposal dan surat sponsor nak ditulis ni. 

No comments: