Sebenarnya, kes kasut hilang ni bukan kali pertama. Kasut pertama aku hilang, masa akhir semester satu dulu. Sekarang, aku di penghujung semester lima.
Masa semester satu dulu aku duduk kolej. Malam tu, aku balik lewat. Pagi tu, dengan mamainya aku bangun dan pergi bilik air, cuci muka. Balik bilik, aku terus menonong masuk.
Tiba-tiba, aku terasa ada benda yang tak lengkap dalam pandangan mata aku ni. Aku yang sudah berada di dalam bilik, jalan mengundur menuju ke luar bilik. Sah! Kasut biru (baru) aku hilang. Aku jenguk dalam, luar, dalam, luar bilik juga lah untuk terjemahkan situasi ni.
Kali ini, aku dah duduk rumah sewa.
Aku cadang nak keluar rumah 15 minit lebih awal sebab nak lintas jalan dekat sini boleh tahan juga lah. Kalau aku sampai mall awal pun, aku boleh jalan-jalan tengok jualan raya.
Oleh kerana, rumah ini dihuni oleh 8 perempuan bermakna lebih banyak kasut yang tersusun di luar rumah. Berbanding bilik kolej dulu, hanya 2 orang. Aku punya; 1 kasut hitam (baru), 1 kasut putih, 1 sneakers dan selipar.
Semalamnya, aku tak mahu pakai kasut hitam sebab aku fikir mahu pakai hari ini. Tapi kali ni aku jengah sampai ke peringkat paling bawah rak dah semua ceruk di depan muka pintu, kasut itu tak ada. Aku siap panggil kawan serumah aku sekali, sebenarnya.
Aku siap terfikirkan kemungkinan, apakah aku pulang dari bilik pensyarah semalam tidak berkasut? Tapi apa kejadahnya pula! Aku siap pergi kedai makan, berjalan lepas selesai semua urusan. Takkanlah tak berkasut dan aku bukannya pakai kasut tu semalam.
Aku yang tidak dapat menelah situasi itu terus menyarung kasut putih menuju ke bus stop. Tapi tidak semudah itu. Jalanraya depan pangsapuri ini bukan untuk yang tak tahu melintas. Kereta bertali arus jam 5 petang.
Aku awal-awal pindah ke sini dulu, kawan aku dah kata pada aku “Awak ni independent tapi tak reti lintas jalan.”
Aku terlepas satu peluang melintas. Jadi, aku menongkat dagu menunggu kereta berhenti mengalir atas jalan. Sambil-sambil tu aku masih nak ‘brain’ situasi kasut aku. Tapi kau tahu, terlepas satu peluang melintas, kau ingat senang ke peluang tu nak datang balik. Sampailah tiba-tiba ada satu remaja perempuan datang nak melintas juga.
Aku teruskan berpeluk tubuh, menongkat dagu.
“Patutnya boleh lintas tadi,” sapa remaja perempuan tadi dari belakang.
“Haa, tu laaah kan. Berangan pula!” balas aku yang berhati ‘hmm, nak buat macamana.’
“Jom!” dia tarik tangan aku untuk melintas sama.
“Terima kasih,” sambil tersenyum aku ucapkan setelah selesai urusan kami melintas jalan.
“Lama ke berdiri kat situ tadi?”
Masih ramai orang yang baik di dunia.
Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment