Sekarang musim aku dengan geng sekolah tengah gila hiking. Untuk permulaan kami daki tempat berair terjun macam Lata Medang dan Lepok. Bila stamina dah up, kami naik next level dengan pergi ke Gunung Irau, Cameron Highlands.
Nak kata memang handal aktiviti lasak ni, tak jugalah. Aku ni masa latihan merentas desa last sekali kot sampai kat sekolah. Haha!
Sementara aku berada dalam fasa pencarian kebenaran tentang luputnya sifat baik dalam masyarakat. Di Gunung Irau aku temui jawapannya.
Gunung Irau yang juga dikenali sebagai Mossy Forest dikatakan antara yang tertinggi di Cameron. Perjalanan ke puncak 2.35 km. Dari sudut pandang aku, trek Gunung Irau ni mencabar juga. Aku rasa kalau tak ada warm-up dan latihan kat tempat lain, mungkin pancit teruk. Antara faktor yang patut mempengaruhi adalah tahap stamina, cuaca (sejuk. tambahan pula, masa kami nak balik hujan rintik) hutan tu sendiri (berlumut dan licin seperti yang jelas dinamanya Mossy Forest) dan lapar.
Masa balik aku
rasa energy aku dah drain. Stamina yang aku telah jana cuma cukup untuk
perjalanan pergi. 1.35 km untuk keluar dari hutan, aku mula ketinggalan. Mujur waktu ini, masih ramai team lain yang ingin turut turun. Jadi,
aku ikut mereka.
Trek ini
memerlukan seluruh otot tangan dan kaki bekerja. Aku rasa aku ada kekurangan
ketika turun, berbanding memanjat ketika mendaki, untuk turun macam payah
sikit. Ada beberapa siri aku minta pengertian orang belakang yang aku tengah fikir step,
mereka kata “it’s ok, take your time”, “ok, awak ikut saya.”
Bila dah sampai
satu tahap, langkah aku makin perlahan. Jadi mereka terpaksa tinggalkan aku.
Aku cakap “Tak apa, jalanlah.”
Kemudian, aku
bertembung dengan dua orang yang lain pula. Seorang gadis dan seorang jejaka. Aku
macam biasa lambat untuk fikir step. (Oh! Untuk Gunung Irau tak perlu runsing
fikir trek sebab ada petunjuk jalan mana yang perlu digunakan kalau bertembung
dengan simpang). Gadis itu berkata “You ikut i, k?”
Aku cuba ikut
hingga ke satu tahap, aku sekali lagi ketinggalan. Dan dia mula hilang dari
pandangan. Jejaka yang dari tadi berjalan sebelah aku mula bertanya soalan
seperti “Ok tak?”, “Nak air?”, “Nak
coklat?”.
Aku separa
teruja menjawab “Nak!”
Tahulah aku,
punca tenaga aku sangat rendah adalah kerana aku lapar. Kali terakhir kami
makan adalah jam 7 pagi tadi. Mujur aku makan nasi lemak. Pada waktu itu, jam sudah menunjukkan jam 3 petang.
Tak lama
berjalan, aku bertembung dengan salah seorang dari geng aku sedang melepak atas
dahan yang tumbang. Lalu, aku pun mengucapkan Terima Kasih dan Selamat Jalan
kepada jejaka tadi.
Tidak lama
duduk di situ, muncul seorang lagi lelaki memakai key di kepala. Kami mula berbual-bual
tentang ekspedisi ini, di mana akan menginap, kawan-kawan lain. Bila aku cakap,
aku dan geng tak bermalam. Kami mahu terus pulang ke KL, responnya “Gilalah!
Penat kot.”
“Tapi ktorang
kerja,” balas aku. Kah kah! Ktorang jenis workhaholic kot.
Tiba-tiba kawan
aku yang duduk di dahan tu mula mencelah “Ni kawan Aimi ke?”
Aku tertawa. “Mana
ada. Ni haa baru berborak.”
Hutan telah
menjadikan aku ramah tak semena-mena. Dekat sini tak kira dari geng mana, tapi
mesti saling menjaga.
Kemudian,
lelaki tadi meneruskan perjalanan.
Tidak lama
kemudian, aku bertembung dengan lagi 2 kawan aku. Kami akhiri ekspedisi
ini berempat. Bila aku sampai, lelaki tadi berdiri di pintu gerbang tempat
ekspedisi bermula.
“Mesti seronok
gila kan jumpa tangga?” sapa lelaki tadi.
“Tak terhingga.”
Aku dan
kawan-kawan berjalan menuju ke kereta kemudian aku disapa jejaka yang
memberikan aku coklat “Steady?”
Aku senyum “Steady!
Terima kasih.”
Dia senyum.
Kemudian,
kereta aku dan kawan-kawan bertembung dengan team yang bantu aku untuk cari
step turun di awalnya. Kami berbalas hon dan mengangkat tangan.
1. Lata Medang
2. Lepok Waterfall
3. Mossy Forest
and remember ...
"Where there is kindness, there is goodness,
and where there is goodness, there is magic."
Cinderella sangat! Haha, aku dah berabad tak tengok wayang.
Malas nak belanja gambar banyak-banyak. Benda macam ni kena rasa sendiri.
Geng aku tengah planning nak daki Pine Tree Trail, Fraser Hill hujung minggu ni. Geng korang pergi mana?
***
Geng aku je pergi Pine Tree Trail. Aku kat pejabat ni haa buat kerja.
2 comments:
Memang betul kak aimi. Orang kita kalau pergi travel ni tetibe akan jadi peramah. Padahal kalau terserempak kat kotaraya masa kejar lrt ke, bas atau jalan laju2 langgar bahu pun tak mintak maaf. Kak aimi boleh share iti tak?
Kita pun dah berabad tak tengok wayang. Haha
Post a Comment